Masjid Ash-Salihin, Teras Jernang, 27 Zulkaedah = 15 November (Ahad):
Pasti yang ADUN rasmikan pembukaannya pada 21 September 2008 al-Hamdulillah berjalan dengan baik.
Kini, Pasti ini menurut Pengurusnya En. Mohd Razi bin Abdullah mempunyai seramai 38 orang murid dengan 5 orang tenaga pengajar. Pasti ini mempunyai kelas bagi tahun 4, 5, dan enam.
Pada hari ini bagi julung-julung kali Pasti Ash-Shafie ini mengadakan Majlis Ihtifal 2009 kali pertama dengan mengeluarkan kumpulan pelajar pertamanya seramai 13 orang. ADUN Bangi diberi penghormatan merasmikan Ihtifal dan menyampaikan sijil dan hadiah.
Pelajar terbaik yang dinobatkan ialah Radin Mohd. Fikri bin Radin Mohd. Fauzi.
No comments:
Post a Comment