November 17, 2009

Anekdot: Tebu Itu Manis, Tetapi Ada Yang Lebih Manis Dari Itu





Seorang AJK di Pekan Bangi telah menjanjikan kepada seorang petani buta di pinggir pekan itu untuk membawa ADUN berjumpa dengannya. Pada hari ditentukan ADUN turun bersama pengiring menemui Petani yang menghuni di pondok yang serba daif. Beliau tinggal berseorangan bertani dengan sumber air dari perigi ditepi pondoknya. ADUN bertanya khabar dan menyampaikan bantuan.

Untuk menyaksikan bagaimana Petani Buta itu berkebun, ADUN meminta ia keluar ke kebunnya untuk bertani. Beliau keluar dengan cangkul dan menyangkul di kebunnya. ADUN diberitahu oleh pengiring tempatan, bahawa tebu yang ditanam Petani berkenaan amat manis.

Bagi membantunya, ADUN mahu membeli tebu yang ditanamnya sebanyak RM10.00 yang harga sebatangnya diberitahu RM1.00. Petani tersebut memotong tebu berkenaan. ADUN berkata kepadanya,

``Lima enam batang cukuplah``, kata ADUN. Beliau menjawab,

``Tak boleh, satu batang satu ringgit, mesti 10 batang !``.

Begitu prinsip dan pendiriannya !

Setelah cukup sepuluh batang dan diikat rapi, ADUN memegang tangan petani dan berkata,

``Ini harga tebu !``
Sambil ADUN meletakkan wang ke telapak tangannya.

Pada masa menerima wang, ADUN melihat betapa berseri-seri dan manisnya muka petani ketika menerima wang.

``Tentulah hasil keringat yang diterima petani buta itu baginya LEBIH MANIS dari tebu yang ditanamnya sendiri !.

No comments:

Post a Comment