November 16, 2009

FUTSAL 3 LAPISAN




Satu perlawanan futsal yang dianjurkan oleh Pemuda PAS Kawasan Serdang telah diatur pada 15 November 2009 bertempat di Megah Futsal,Bangi. Perlawanan persahabatan ini bertujuan merapatkan hubungan antara Pemuda dengan AJK PAS Kawasan Serdang. Pasukan AJK PAS Serdang yang diketuai oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi tiba tepat jam 9 malam sebagaimana yang dirancangkan. Sementara pasukan Pemuda PAS Serdang tiba lewat setengah jam kerana mereka baru sahaja habis menghadiri usrah di Teras Jernang.

Turut hadir dan bermain bagi pihak Pemuda ialah Ustaz Nasaharudin Hasan (Ketua Pemuda PAS Pusat). Dalam perlawanan tersebut beliau muncul sebagai penjaring terbanyak iaitu sebanyak 5 gol. Keputusan perlawanan tidak direkodkan kerana tiada pengadil dilantik. Masing-masing pihak mengaku telah memasukkan berbelas gol kedalam gawang gol lawan. Keputusan perlawanan tidaklah begitu memandangkan objektif dari perlawanan tersebut telah dicapai. Yang menarik ialah perlawanan tersebut turut disertai oleh barisan muda yang terdiri dari anak-anak ahli PAS Serdang. Ini membayangkan perjuangan PAS terus berkesinambungan membariskan barisan pelapis yang bakal mencorak pimpinan masa depan. Insya Allah.



No comments:

Post a Comment