November 19, 2009

Khatam Qur`an Dan Hari Kecemerlangan

Sungai Ramal Dalam, 02 Zulhijjah = 19 November (Khamis):



Pagi ini Sekolah Rendah Agama Sungai Ramal Dalam mengadakan Majlis Khatam Qur`an dan Hari Kecemerlangan 2009 dihadiri ADUN Bangi, YDP PIBG, Imam Masjid Sungai Ramal, Guru Besar, ibu bapa dan murid-murid sekolah yang berjumlah 986 orang.

Menurut YDP PIBG En. Kamsari Bin Haji Noor Sekolah Agama Sungai Ramal dibuka pada tahun 1958. Oleh kerana tidak kecukupan tempat pernah menggunakan Masjid Sungai Ramal sebagai tempat belajar pada 1963. Bangunan sekolah yang lengkap kini digunakan pada tahun 1986. Guru Besar Ustaz Jamaluddin pula memberitahu, Majlis yang diadakan pada tahun ini ialah untuk memberi pengiktirafan terhadap kejayaan murid-murid.


Daripada 161 murid yang mengambil peperiksaan akhir tahun ini 67.1% berjaya lulus. Daripada mereka 2 orang mencapai mumtaz, 22 jayyid jiddan, 28 jayyid, 56 maqbul dan 53 dhaif. Sekolah ini adalah salah sebuah sekolah rendah agama terbaik di Hulu Langat.


ADUN Bangi mengucap tahniah kepada sekolah yang dapat mengadakan Majlis Khatam Qur`an dan Hari Kecemerlangan dan mengharapkan sekolah dan murid-murid mencapai tingkat kecemerlangan, bukan saja di dalam peperiksaan yang baru dilalui, tetapi juga pada masa hadapan.


ADUN Bangi bermegah di atas kemajuan sekolah yang mencerminkan kemajuan pelajaran agama di kawasan DUN Bangi. ADUN Bangi diberi penghormatan menyampaikan hadiah kepada pelajar-pelajar berjaya.

No comments:

Post a Comment