November 9, 2009

Bantuan Rumah Ditimpa Pokok

Kg. Bahagia, Bangi, 18 Zulkaedah – 7 November (Sabtu):

Seminggu lepas En Norazlan bin Nordin Ketua Kampung Bahagia Bangi telah menghantar surat kepada ADUN menyatakan rumah seorang ahli kariah di kampong tersebut ditimpa pokok kayu halban yang agak besar berikutan hari hujan dan berangin.


Hari ini ADUN melawat rumah mangsa, iaitu En. Rusli Harun (37) bersama dengan Ketua Kampung dan pengiring melihat kerosakan serta menyampaikan bantuan kewangan sejumlah RM500/= untuk membolehkan En. Rusli membeli atap bagi menggantikan atap yang telah pecah dan perbelanjaan membaikinya. Acara ringkas penyampaian dilakukan dipinggir bukit di tepi rumah mangsa. Sewaktu lawatan dibuat pokok yang jatuh ke atas atap telah dipotong dan tempat yang rosak ditutup sementara dengan plastik bagi mengelak dari hujan. Semoga dengan bantuan ini dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh En, Rusli.

No comments:

Post a Comment