November 16, 2009

Ihtifal Pasti al-Shakirin Teras Jernang

Desa Sentosa, 20 Zulkaedah = 8 November (Ahad):

Pasti al-Shakirin Teras Jernang adalah salah sebuah Pasti yang established dan terkenal di DUN Bangi. Sebagai satu tradisi, setiap tahun Pasti ini mengadakan ihtifal tahunannya bagi meraikan kejayaan murid-murid keluarannya.


Pada tahun ini ihtifal diadakan di Dewan Komuniti Desa Sentosa dihadiri sama ibu-bapa murid-murid. ADUN Bangi mengucapkan Syabas ! kepada AJK Pentadbir Pasti yang telah mengekalkan kemajuan Pasti dan mengharapkan kemajuan lebih dapat ditingkatkan lagi.


Penyampaian hadiah kepada murid-murid berjaya, disampaikan oleh ADUN selepas merasmikan Ihtifal tersebut,

No comments:

Post a Comment