November 11, 2009

Soalan Tambahan

DUN Selangor, 22 Zulkaedah = 10 November (Selasa):

Sidang DUN Negeri Selangor hari ini terdiri dari dua bahagian, ianya pertanyaan lisan dari jam 10.00 – 11.00 pagi diikuti dengan pembentangan Bajet 2010 bagi Negeri Selangor. Daripada soalan lisan yang dikemukakan oleh ADUN-ADUN, ADUN Bangi berkesempatan mengemukakan dua soalan tambahan. Pertama berhubung dengan usaha memutihkan industri-industri haram. Adakah usaha pemutihan bersifat kekal ? ADUN berpendapat pemutihan di kawasan yang tidak bersesuaian hendaklah bersifat sementara, sebelum dipindah ke lokasi industri yang bersesuaian, jika tidak ianya berterusan mencemarkan kawasan, mengganggu kesihatan dan boleh mengakibatkan masalah sosial.

Soalan tambahan kedua ialah mengenai `Konsep Baitul Mal`, apakah kemungkinan dilibatkan sama oleh orang bukan Islam, kerana ia merupakan harta amanah Negara yang dihimpun dari derma, harta tiada pewaris. Amanah untuk digunakan bagi sesuatu kepentingan dan sebagainya. Mungkinkah sumbangan boleh dibuat orang Islam dan bukan Islam dan kegunaannya untuk semua ? Baitul Mal bukan seperti zakat dan waqaf. Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awamnjawab dan memembukanya untuk perbincangan masa depan.

No comments:

Post a Comment