November 16, 2009

Sukaneka Perpaduan 2009

Bukit Mewah, Fasa 8A – 27 Zulkaedah = 15 November (Ahad):



Pagi ini ADUN dijemput merasmikan Sukaneka Perpaduan 2009 penduduk Rumah Pangsa Fasa 8A bersama Tadika al-Kauthar Taman Seri Mewah dengan kerjasama MPP Zon 22 yang turut sama hadir Ustaz Shafie Ngah sebagai Ahli MPKj mewakili Zon tersebut.

ADUN di dalam ucapannya memuji AJK persatuan yang diketuai En. Mohd Yusri kerana mengadakan sukanika yang dapat mengeratkan hubungan antara penduduk. ADUN juga menasihatkan ibubapa mengawasi anak-anak untuk mengelak dari kemalangan, kerana pada minggu lepas seorang anak berumur 12 tahun mati lemas kerana bermain di kolam beredekatan.

ADUN menyampaikan hadiah kepada anak-anak berjaya dari Tadika al-Kauthar dan mengadili acara tarik tali pada peringkat akhir.

No comments:

Post a Comment