November 4, 2009

Mencari Akar Tradisi: Mengukuhkan Identiti

Palm Garden 101 Resort, Putrajaya, 10 Zulkaedah = 29 Oktober (Khamis):



Selalu diungkapkan bahawa ``Selangor Negeri Yang Tidak Mempunyai Identiti``.


Sebenarnya bukan tidak mempunyai identiti, tetapi miskin dari kreativiti menampilkan imej yang ada bagi mengidentitikan Selangor itu sendiri. Identiti negeri Selangor dapat dibina dari ciri tradisi dan dinamika moden di negeri Selangor.


Antara institusi yang memulihara dan mampu menampilkan imej dan identiti ialah melalui permuziuman. Bagi memperkasakan permiziuman dan yang berhubungan dengan aspek-aspek tradisional, Enakmen Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor 2009 (Undang-Undang Negeri Selangor Enakmen 4) telah diwartakan secara rasminya pada 16 Jun 2009 setelah mendapat limpah perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Selangor pada 30 April 2009. Sebelumnya Rang Undang-Undang mengenainya telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor (PU. Sel. Am 007/09/TS) pada 16 Mac 2009.


Mulai dari tarikh itu atas bantuan pakar-pakar, Perbadanan telah bergerak bagi merealisasikan hasrat menggali dan menampilkan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor yang boleh mempromosi identiti Selangor yang juga merupakan sebahagian dari bahan permuziuman negeri.


Sempena dengan permulaan bagi momentum bersejarah, maka dicadangkan agar diadakan Acara Pelancaran bagi Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor. Cadangan ini diterima. Maka dengan itu sebuah Bengkel Sumbang Saran diadakan pada 29 – 30 Oktober 2009 bertempat di Palm Garden di atas.


Sayang sedikit pakar-pakar yang ramai yang selama ini banyak memberi fikiran bagi pengwujudan Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor, ramai tidak dapat hadir, walau bagaimana dengan tenaga beberapa pakar yang hadir tidak mencacatkan perjalanan bengkel.


Beberapa bidang dikenal pasti untuk diamanahkan kepada peserta-peserta bengkel untuk dibuat penyelidikan bagi dijadikan bahan di dalam bengkel. Bidang-bidang dimaksudkan ialah seni budaya, pemakanan, pakaian, perkembangan keilmuan, seni bina, Balai Adat, bahasa, arkiologi dan teknologi Adalah dipersetujui setiap bidang diperuntukkan dana untuk penyelidikan sebanyak RM10,000.

No comments:

Post a Comment