October 16, 2009

Bantuan 'Derma Kilat'

BANDAR BARU BANGI, Seksyen 6 - Satu kebakaran kecil telah berlaku di kediaman ibu kepada Setiausaha Nisa' Serdang, Norhaslina Zahari kira-kira jam 12 tengahari hari ini.

Semasa kejadian tersebut, dua ahli keluarga beliau masih berada didalam rumah.

Tragedi itu juga mengakibatkan berlaku letupan kecil pada bahagian suis utama rumah berkenaan.

Menurut keterangan salah seorang mangsa, Nur Syafiqah Zahari, 17, beliau mendengar bunyi seseorang mengetuk di bahagian hadapan rumah.

"Kemudian ada suara memanggil kami dari arah belakang rumah beserta dengan bunyi kaca pintu telah dipecahkan." ujarnya dalam nada trauma.

Tambahnya, sewaktu kejadian tersebut beliau sedang tidur manakala adik lelaki beliau Mohd Fauzi Zahari,12, yang merupakan Kanak-kanak istimewa sedang makan di ruang tamu.

Manakala, jiran mangsa, Khairul Azman yang lebih dikenali dengan panggilan 'Pakcik Man', terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali kebetulan lalu di tempat kejadian berusaha memecahkan 'Sliding Door' untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Lelaki berkenaan turut mengalami kecederaan pada bahagian kaki selepas terpijak serpihan kaca berikutan terdapat kesan darah dan tisu-tisu yang telah ditinggalkan.

Beliau dipercayai sedang melalui kawasan tersebut dalam perjalanan menghantar anaknya ke majlis rumah terbuka rakan anaknya berhampiran tempat kejadian.

Seorang lagi jiran mangsa, Ruziah, yang ditemui berkata, selepas terlihat orang ramai di perkarangan rumah tersebut beliau terus meluru keluar bagi menghulurkan bantuan.

" Ketika itu saya lihat Pakcik Man telah masuk dan menyelamatkan dua beradik yang masih berada di dalam rumah. Api juga sudah mulai terpadam." Ujarnya.

Semasa krew blog kami tiba, pihak Bomba telah pun beredar. Punca kejadian dan jumlah kerugian masih belum dikenalpasti.

ADUN Bangi, YB Dr. Shafie turut ke tempat kejadian dan menghulurkan bantuan.

Sebarang pihak yang ingin menghulurkan bantuan ataupun derma, sila hubungi Pegawai ADUN Bangi ditalian ; 03-89250891 atau terus menyalurkan sumbangan ke akaun Timbalan Pengerusi NISA' Serdang, Saudari Nor 'Aziah Talibin CIMB Bank ; 01120000057202.

No comments:

Post a Comment