October 17, 2009

Meraikan Bakal Haji

Surau Taman Jasmin, 26 Syawal = 15 Oktober (Khamis):


Selepas mengedarkan 'handbill' jamuan Hari Raya di Pasar Malam Taman Jasmin ADUN ke Surau Taman Jasmin bersembahyang maghrib, membaca Yasin dan mengadakan Majlis Ringkas bagi meraikan serta memberi sumbangan dan cenderahati kepada dua pasangan yang akan bertolak untuk menunaikan Haji pada 21 Oktober.


Mereka ialah pasangan Encik Abdul Malik Hussein dan Pasangan En Razali Sudin. Majlis mendoakan mereka mendapat Haji Mabrur dan selamat pergi dan pulang.


Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan selepas menunaikan fardu Isyak.

No comments:

Post a Comment