October 20, 2009

Kita merancang, Allah merancang, dan perancangan Allahlah yang terbaik

Hanya kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku" (12:86)

(Gambar ;adik Nur Fatimah binti Ramadhan Fitri)

Semalam baru berkesempatan melawat NurFatimah di ICU Putrajaya. Melihat NurFatimah bersabung nyawa di atas katil terasa sangat menyayat. Baru 3 bulan yang lalu menjemput NurFatimah dan mamanya di Hospital anNur. Tapi pertemuan semalam bukan pertemuan yang pernah diharapkan. Pertemuan tanpa balasan, pertemuan tanpa pamitan.

Raut wajah mama NurFatimah serasa tidak sanggup untuk ditatap. Walaupun ketenangan yang dipamirkan namun hanya Dia yang tahu gelojak rasa seorang ibu yang mengandung dan melahirkan. NurFatimah yang keletah 3 bulan lalu kini terkedang atas katil hospital. Mama NurFatimah sangat tabah. Begitu juga babanya. Terdetik ayat terakhir dalam surah al-Baqarah;

" Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan keupayaannya" .

Semoga kesabaran dan ketabahan terus menjadi pendamping keduanya.

Walaupun NurFatimah tidak bereaksi dan hanya alunan turun naik dadanya menemani lawatanku semalam, aku kagum dengan si kecil ini. Betapa dia amat tabah menjalani ujian yang diberi. Sudah masuk lima hari dia di situ.

Terima kasih NurFatimah kerana mengajar aku erti ketabahan. Betapa luasnya lautan hati keluargamu dalam mendepani ujian ini. Sedang hatiku hanya sebesar gelas saja dalam menghadapi dugaan hidup.

Cepat lemah, cepat mengalah. Memalukan, amat memalukan. Dan andainya aku yang berada di tempatmu, apakah persediaanku mengenai hari yang diulang sebut dalam kalamNya? Di manakah pengakhiran penghidupanku yang kekal kelak?

“ dan nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?”

berulang-ulang bermain di minda. Maka rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara itu kutitipkan buat semua pembaca. Sesungguhnya pertemuan kita kali ini NurFatimah tetap memberi makna walau cahaya matamu tak bisa kutatap kali ini.

Hanya doa mampu kupanjatkan demi yang terbaik buatmu kerana Dia yang Maha Mengetahui. Terima kasih NurFatimah meminjamkan ketabahan dan penghargaan terutama buat mamamu yang sentiasa tenang dan tabah.

Nukilan ; Timbalan Pengerusi NISA" Serdang

www.nisaa-serdang.blogspot.com

No comments:

Post a Comment