8.00 malam bertempat di Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi, ADNS Bangi mengagihkan sebahagian peruntukan sumbangan Ramadhan kepada Masjid-Surau di sini. Oleh kerana jumlah Masjid-Surau di BBB adalah sebanyak 100 buah, maka tidak mungkin bagi ADNS turun menyampaikan kepada setiap Masjid-Surau. Untuk sumbangan ini sampai kepada Masjid-Surau dengan segera, maka pengagihan dipecahkan kepada 8 zon ( Setiap zon melibatkan antara 10 – 13 Masjid-Surau) yang ADNS Bangi akan turun ke Masjid-Surau tersebut bertemu muka dengan pimpinan Masjid-Surau dan berjamaah bersama mereka serta bertarawih. Diharap dalam tempoh seminggu semua Masjid-Surau akan menerima peruntukan dari ADNS untuk pengimarahan pada bulan Ramadhan di Masjid-Surau mereka. Jadual adalah disusun sebagaimana berikut:

Sementara itu selepas tarikh-tarikh pengagihan, setiap petang ADNS Bangi akan turun ke Masjid-Surau hingga ke akhir Ramadhan menurut jadual yang diaturkan. Bagi surau berdekatan dengan kediaman ADNS seperti Surau Al-Umm, Seksyen Satu dan Surau Al-Ittihad di Jalan 2 Seksyen Satu ADNS bawa sendiri peruntukan dan menyerahkan kepada Pengerusi-Pengerusi Surau berkenaan semasa turun berjamaah bersama mereka sejak awal Ramadhan lagi. Mana-mana yang tertinggal ADNS cuba bawa sendiri peruntukan jika berbetulan masa atau mereka boleh datang mengambilnya di Pejabat.
Selamat Menjalankan Ibadat Ramadhan.
Sekian.
Surau Seri Tanjung tak masuk dalam senarai ni. Kesian.
ReplyDeleteTapi kalau ada mesyuarat ke, nak buat perarakan ke, apa-apa ke, kena panggil la. Malam-malam pun pegi. Kesian kami.