August 25, 2010

YB Bangi Menemani YB Ean & YB Teo Di Surau As-Syakirin, Seri Kembangan

Seri Kembangan, 12 Ramadhan = 22 Ogos (Ahad):

Petang ini Majlis Penyampaian Bantuan Ramadhan diadakan di Surau As-Syakirin, Seri Kembangan oleh YB Ean Yong Hian Wah Exco Pembangunan Kampong Baru Dan Penyelesaian Kilang Haram, Juga hadir YB Teo Nie Ching Ahli Parliman Serdang. YB Dr. Shafie Abu Bakar Sebagai YDP Serdang yang juga selaku Pembantu Exco Hal Ehwal Islam Dan Adat-Adat Melayu menemani mereka di pekarangan Surau tersebut. Hadir bersama ialah Saudara Mohd.Fazli Daud Setiausaha Pas Serdang, Tuan Haji Rushdi Ketua Lajnah Kebajikan Pas Serdang, Tuan Muzlifah AJK Pas Kawasan Serdang, En. Ng Sze Han Ahli Majlis Subang Jaya, En. Tai Cheng Heng Ahli Majlis Subang Jaya, Tuan Haji Shamsuddin bin Ahmad Nordin Pengurusi Surau As-Syakirin, Tuan Abdullah Shakir bin Ahmad Imam dan Pengarah program, AJK Pas Serdang, AJK Kebajikan Pas Serdang, AJK Surau dan penerima-penerima bantuan. Agak jarang berlaku pertemuan ketiga-tiga Wakil Rakyat, khususnya dengan ADNS Seri Kembangan di dalam satu majlis seumpama hari ini. Kawasan DNS Seri Kembangan adalah terletak di bawah Parlimen Serdang, tetapi dari PBT terletak di bawah MPSJ.


Majlis pada hari ini bertujuan menyampaikan bantuan kepada faqir-miskin, termasuklah ibu tunggal berjumlah 30 orang, menyampaikan beg Sekolah kepada 50 orang murid dan sejumlah kewangan kepada setiap seorang.


Terdahulu dari itu YB Ean berucap mengenai sifat prehatin kerajaan Selangor terhadap rakyat dengan air percuma di bawah 20 cubic meter, memperuntukkan bantuan kepada Sekolah agama sejumlah RM4/= juta, memberi insentif kewangan bagi anak Selangor yang dapat masuk ke universiti. Beliau juga menyebut peruntukan ADNS Seri Kembangan membantu membaiki surau dengan jumlah wang sebanyak RM17 ribu .


ADNS Bangi bercakap mengenai pemberian zakat kepada faqir miskin tahun ini sebanyak RM15 juta. Perbelanjaan zakat yang dipungut sebanyak RM240 juta tahun lepas separuh daripadanya digunakan bagi fi sabilillah seperti untuk pendidikan agama dan bagi perjalanan Masjid-Surau dan bantuan kepada pelajar-pelajar, termasuk yang menyambung pelajaran ke luar negeri. Di samping itu ada individu yang berkelayakan mendapat bantuan zakat bulanan.


Saudara YB Teo bercakap tentang usaha Kerajaan Selangor mengadakan tuisyen Rakyat di DNS-DNS, mengeluarkan pinjaman kepada anak Selangor yang dapat menyambung pelajaran ke institusi Pengajian Tinggi, Jika pelajar lulus dengan kepujian yang baik, maka pinjaman akan ditukar menjadi biasiswa. Beliau berharap ibu apa dapat mendidik anak-anak mereka dengan baik. Dengan pelajaran dapat membebaskan diri dari kemiskinan.

Oleh kerana ADNS Bangi mempunyai program di tempat lain, maka ADNS Bangi diberi kesempatan menyampaikan bantuan - sebahagian dari peruntukan hari ini dari lajnah Kebajikan DNS Bangi, kepada sebahagian dari penerima-penerima bantuan dan memohon diri lebih awal ke tempat lain. YB Ean dan Teo terus berada di Surau As-Syakirin berbuka bersama dengan penerima-penerima bantuan. Manakala ADNS Bangi berbuka di Surau no. 2 Jalan 3/75 Seksyen 3 Bandar Baru Bangi dan kemudian bersembahyang Isyak dan tarawih di Surau Al-Kauthar, Seksyen 4, Bandar baru Bangi.

Sekian.

No comments:

Post a Comment