March 10, 2013

Menyampaikan Bantuan Kepada Dua Pasukan Kompang

-->
 BBB, 27 Rabiul Akhir 1434 = 10 Mac 2013 (Ahad):


Pagi ini Adun turun ke rumah No. 2 Jalan 1 /2, BBB bagi menyampaikan cek kepada dua Pasukan Kompang di sini. Satu Pasukan beralamt di atas dan satu lagi beralamat di JKKK Kampung Teras Jernang. Kedua-dua pasukan berhimpun di rumah N.2 Jalan ½ BBB. Bagi menerima bantuan dari Adun. Mereka telah membuat permohonan bagi mendapat peruntukan bagi menggiatkan Pasukan Kompang masing-masing sejak sebulan yang lepas. Hadir bersama pada pagi ini ialah Tuan Shukor bin Jantan selaku Ketua Kampung Teras Jernang yang membawa anak buahnya – Pasukan Kompang Teras Jernang bersama dengan Pasukan Kompang Ikatan Pusaka, Seksyen Satu di sini. Setiap pasukan terdiri dari 25 ahli.


Dalam pertemuan dengan Puan Siti Norlaila Binti Sulaiman Tuan Rumah tempat pertemuan yang juga Pengasas bagi Kompang Ikatan Pusaka, Seksyen Satu BBB di sini, apabila ditanya, `Bagaimana Puan Siti Norlaila boleh terlibat dengan penubuhan dan memimpin pasukan kompang ? Menurut Puan Laila, ``Minat saya terhadap kompang sejak 2004, khususnya selepas saya kematian suami. Dengan tujuan untuk mengelak anak-anak terjerumus kepada perkara-perkara negatif, maka saya tubuhkan pasukan kompang. Kata Puan Norlaila, ``Saya membeli berbagai alat secara berdikit-dikit. Saya bekerja di Mint, mempunyai 6 anak- Tiga lelaki dan tiga anak perempuan.`` Tambah Puan Norlaila, ``Anak bungsu saya Mohd. Al-Kaf,  terlibat sama dalam kegiatan berkompang.`` Kata Puan Norlaila lagi, ``Pada peringkat awal penubuhan pasukan kompang dulu hanya dua tiga orang anak-anak yang menyertai. Kini al-Hamdulillah sudah berjumlah 25 orang.``


Menurut Tuan Ketua Kampung Teras Jernang yang membawa Pasukan Kompungnya, bahawa pasukan Kompang Teras Jernang juga terdiri daripada 25 ahli, ditubuhkan sejak tahun 2002 yang lalu. Kata Tuan Shukor, ``Pasukan Kompang Teras Jernang diketuai oleh  Mohd. Zafi Azman.``  Menurut Mohd. Zafi, mereka berlatih dua kali seminggu, iaitu Hari Jumaat malam Sabtu dan Hari Sabtu malam Ahad.


Kedua-dua pasukan sering mendapat jemputan kepada majlis-majlis keraian seperti mengiring pengantin, majlis keraian, menyambut kedatangan pembesar-pembesar, bersama majlis Maulidur Rasul, Majlis berkhatan dan sebagainya. Peralatan bagi sesebuah pasukan kompang ialah Jedu, gendang, kompang dan tamir.
Antara lagu-lagu yang dibawa di dalam berkompang ialah seperti Lemak Manis, Bunga, Selamat Pengantin Baru (lama), Selamat Pengantin Baru (baru), Assalamu alaikaum, Salawat, Gigit Semut, Ulit Mayam, Silat, Izhar dan lagu-lagu yang sudah wujud disesuaikan dengan rentak kompang. Setiap lagi berkenaan mempunyai iramanya yang tersendiri. Ini memerlukan kesungguhan dan kemahiran bagi membawa dan membezakan rentak bunyi bagi setiap lagu berkenaan.


Sebelum penyampaian cek kepada pasukan dari Kompang Ikatan Pewaris dan Teras Jernang Ketua Kg. Teras Jernang Tuan Shukor mengucap terima kasih kepada Adun yang sudi datang untuk menyampaikan cek bantuan. Semoga dengan bantuan dapat memberi nafas kepada pasukan-pasukan kompang untuk bergiat. Dengan bantuan kewangan ini, kata ketua Kampung Teras Jernang, ``Kami akan membeli peralatan yang kurang dan membeli uniform bagi yang belum beruniform.``


Adun Bangi dalam ucapannya, berterima kasih kerana dapat bersama dengan dua pasukan kompang di Dun Bangi. Kata Adun, ``Kita sentiasa menggalakkan perkembangan seni kompang bukan saja dapat memenuhi masa anak-anak muda, tetapi juga mendapat pendapatan bila dijemput ke majlis-majlis perasmian. Adun berharap dengan bantuan RM2,000 bagi satu pasukan akan menolong meringankan masalah kewangan bagi membeli keperluan dan mengadakan kegiatan.
Adun meminta maaf berhubung dengan kavin yang dulu digunakan untuk tempat berlatih bagi pasukan Kompang Ikatan Pusaka, tetapi telah dipindahkan. Kita memikirkan untuk mendirikan pondok pelbagai guna di tempat yang sama – untuk latihan, tempat menunggu bas dan juga untuk istirahat.

Selepas itu Adun menyampaikan Cek RM2,000 kepada Ketua Kampung Teras Jernang dan kepada Puan Norlaila yang juga berjumlah RM2,000.


Setiap Pasukan diminta menunjukkan pukulan kompang masing-masing dan kemudian bergambar serta minum. Terima kasih.

Sekian.

No comments:

Post a Comment