March 23, 2013

Pertandingan Footsal & Football Di Dun Bangi

-->
BBB, 05 Jamadil Awwal 1434 = 17 Mac 2013 (Ahad):

Pada pagi ini Adun melawat 2 pertandingan bola yang ditaja oleh Pejabat Dun Bangi melalui Ketua Lajnah Sukan saudara Dahari Embong, iaitu Pertandingan Futsal bertempat di Gelanggang Galaxy Futsal di Kompleks Sukan, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, manakala satu pertandingan lagi ialah Pertandingan Bola Sepak Veteran bertempat di Padang Sukan, UKM.


Pada permulaan Adun bersama saudara Azizi melawat pertandingan futsal di Seksyen 15 BBB. Adun disambut oleh saudara Mohd Shahrir bin Turkiman yang diwakili oleh saudara Dahari Embong Ketua Lajnah Sukan, Pejabat Adun – kerana saudara Dahari mengurus Pertandingan Bola Sepak. Menurut saudara Mohd. Shahrir, ``Sambutan bagi Pertandingan Futsal amat menggalakkan,`` tambahnya, ``Terdapat 29 pasukan yang mendaftar mengambil bahagian pertandingan.`` Semasa Adun hadir 24 pasukan yang telah bertanding. Menurut saudara Shahrir, ``Pasukan yang bertanding adalah dari kawasan Bangi dan Kajang serta sekitarannya. Berbagai nama pasukan diberi antaranya Fauzier, Street Soccer , Selak FC, Kajang Dua Pasukan dan sebagainya sekadar untuk membezakan antara pasukan.


Antara hadiah yang disediakan ialah:

Tempat Pertama          RM1,000
Tempat Kedua             RM   700
Tempat Ketiga             RM   500
Tempat Keempat         RM   300

Keputusan dijangka dapat diketahui pada sebelah petang (Tiada maklumat kepurtusan didapati. Saudara Dahari tidak dapat dihubungi waktu tulisan ini dihasilkan).

Selepas menyaksikan pertandingan dan bergambar dengan sebahagian dari pasukan Adun bergerak bersama saudara Azizi ke Padang Sukan UKM. Di sini Adun bertemu dengan saudara Dahari yang mengendalikan pertandingan Bola Sepak Veteran yang disertai 8 pasukan. Pasukan-pasukan berkenaan ialah:

Kajang Utama
Seri Putra
Taman Bangi 3
Saujana Impian
Hussein Onn
Present 1 Putrajaya – Surau Al-Furqan
Perantau (Ismail College Kelantan)
Bukit Mahkota.

Pertandingan dibahagi kepada dua group dan pertandingan secara lega.
Hadiah yang disediakan ialah:

Hadiah Pertama   RM500 beserta piala
Hadiah Kedua      RM300 beserta medal
Hadiah Ketiga      RM200 beserta medal
Hadiah Keempat  RM100

Adun berkeliling padang bersama saudara Dahari menemui pasukan-pasukan yang rehat dan menunggu giliran untuk kembali bertanding. Turut bergambar bersama mereka.


Keputusan diketahui jam 3.00 petang dengan Johan adalah Pasukan dari Putrajaya
Dan Naib Johan ialah Pasukan dari Kajang Utama.



Sekian.

No comments:

Post a Comment