Semalam Naib Canselor UKM Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali
mengumumkan bahawa hingga kini UKM telah mengeluarkan graduan seramai 170,112
orang. Kata Naib Canselor, ``Kebanyakannya kini memegang jawatan penting sama
ada dalam sector kerajaan, swasta, kepimpinan politik dan masyarakat serta pada
peringkat antarabangsa,`` (BH, 30 Oktober, 2014: V12).
Meneliti kepada Graduan Sulung UKM yang seramai 166 orang
itu bidang kerjaya apakah yang banyak diceburi mereka ?
Secara kasar mereka terlibat dengan kerjaya:
Pensyarah
seramai 50 orang 30
peratus
Guru 30 orang 18 ,,
Pentadbir
20 orang 12 ,,
Berbagai 66 orang 40 ,,
Untuk makluman graduan pada masa itu, termasuk Graduan
Sulung UKM pada tahun-tahun 1970an sebenarnya tidak sukar mendapat pekerjaan,
bahkan pada masa itu kerja mencari graduan. Tawaran kerja diterima seorang graduan lebih dari satu kerja, terpulang pada empunya
diri membuat pilihan. Penulis sendiri berdepan dengan empat tawaran kerjaya
yang boleh dibuat pilihan, tetapi oleh kerana keputusan tahun kepujian agak
baik Penulis memilih untuk menjadi tenaga pengajar di university dengan membuat
ijazah lanjutuan.
Daripada keluaran Graduan Sulung UKM 30% daripada mereka biasanya membuat pilihan untuk menjadi
pensyarah, khususnya di UKM. Buat makluman pada peringkat permulaan UKM dibuka,
tidak kecukupan pensyarah tempatan dan terpaksa dibawa dari luar, antaranya
dari Indonesia, Asia Barat dan Barat. Bagi menampung kekurangan tenaga
pensyarah, adalah menjadi polisi UKM
pada peringkat permulaan melatih
pelajar-pelajar tempatan yang mempunyai kelulusan yang baik untuk melanjutkan
pelajaran dan seterusnya menjadi tenaga pengajar di UKM. Pelajar-pelajar yang
melanjutkan pengajian ini pada umumnya berjaya, bukan saja berjaya di dalam
pengajian sama ada di luar atau dalam Negara, tetapi juga berjaya menjadi
tenaga pengajar terkenal hingga menjawat jawatan professor atau professor
madya. Antara tenaga pengajar yang hadir
ke Majlis Mengimbau Kenangan memegang ijazah Ph. D dan berjawatan professor
seperti Prof Dr. Rahimah bt. Abdul Aziz, Prof Dato` Dr. Mansor Ibrahim, Prof.
Dato` Dr. Jamaluddin Md. Jahi, Prof. Chamhuri Siwar, Prof. Dr. Abu Osman bin
Md. Tap, Prof. Dr. Bachok bin M. Taib, Prof. Dr. Ismail bin Kailani, Prof. Dr.
Maimon bin Abdullah dan Prof. Dr. Asiah Sarji,, di samping ramai lagi yang
tidak hadir. Sebahagian kecil bertaraf Prof. Madya seperti Prof. Madya Dr.
Nasiman bin Sapari, Prof Madya Dr. Koh Aik Khoon, Prof. Madya Dr. Mohd Nor Bin
Haji Manuty – termasuk Penulis semasa bersara sebelum masuk politik berjawatan
Prof. Madya di UKM.
Kerjaya kedua yang banyak dipilih Graduan Sulung UKM ialah
guru, iaitu sebanyak 18%. Kerjaya guru ini antaranya penerusan kerjaya bagi
guru yang menyambung pengajian di UKM. Selain daripada itu guru juga dikira
jawatan yang paling sesuai dari kalangan wanita, lantaran itu sebahagian besar
dari Graduan Sulung UKM dari kalangan wanita memilih kerjaya guru. Antara
mereka ialah Puan Noriahan Jamaluddin, Datin Hajah Nik Khatijah Nik Man, Puan
Yangchik bt. Minhat, Antara yang tak datang seperti Othman bin Omar, Abas bin
Sauan,, Abdul Shukor bin Ariffin, Abdul Aziz bin Salleh, Che Som bin Daud, Daud
bin Daldiri, Fauziah bt. Che Ali,, Md. Yusof bin Zainol, Mohd Zahid bin Awang,
Nor Azimah bt. Kamaruddin, Siti Aishah bt. Haji Ismail, Siti Hanum Bt. Mohd.
Sangkut, Shamsul Bahari bin Mat, Siti Mariam bt. Haji Abu Hanifah, Timah bt. Md
Zin, Wan Faezah bt. Wan Mansor. Mereka
berkhidmat di berbagai ceruk Negara ini, tetapi kebanyakan kembali ke tempat
asal masing-masing.
Kelompok ketiga ialah berjawatan Pegawai Tadbir. Daripada
mereka hanya beberapa orang berjawatan PTD iaitu Muhammad Nor bin Haji Md.
Yasin (Fakulti Islam), Dato` Abdul Mannan (Fakulti Islam) dan Mansur bin Ramli
(Sastera). Ramai daripada mereka menjadi pegawai tadbir seperti di
university-university dan di
jabatan-jabatan seperti Alias bin Omar, Jamaluddin Jusoh, Mat Ali bin Mat Daud,
Yaakob bin Mat Noor, Abdul Rahman bin Mamat, Abdullah bin Jusoh, Mohd Kalyubi
bin Ghazali, NurulHuda @ Ariffin bin Muda, Raja Ali bin Raja Busu,, Raja Hassan
bin Raja Noor dan lain-lain.
40% daripada mereka di dalam berbagai kerjaya. Beberapa
orang dari Graduan Sulung UKM terlibat dalam politik. Misalnya Ramli Ibrahim
Ahli Parliman Kota Baharu PKR (2008-2013), Che Uda Che Nik – Kedah, Pas (
2008-2013), Shafie Abu Bakar Pas (Adun Kajang 1999-2004 dan Adun Bangi
2008-2013), Shamsul Bahari bin Mat N. Sembilan UMNO (beberapa penggal),Amran
Kasimin, Umno, Bangi (2004-2008) Dato` Md. Roshidi bin Haji Osman, Adun Pas (Kedah)
Mereka ini sebelum menceburi politik mempunyai kerjaya tertentu contoh
pensyarah, guru dan sebagainya. Jika dilihat sebahagian daripada mereka yang
terlibat dalam politik sememangnya pemimpin pelajar semasa di kampus seperti
Ramli Ibrahim (Pengasas dan Presiden Persatuan Mahasiswa PMUKM UKM (Dua penggal
– 1970 -72), Shafie Abu Bakar (Pengasas dan Exco PMUKM – Dua Penggal 1970-1972)
dan Che Uda Che Nik (Pengasas dan Pengerusi AJK Kolej Pertama UKM – Dua Penggal 1970-1972).
Sebagai kesimpulan UKM sejak dari awal mengeluarkan
graduan-graduan bermuta. Kerjaya yang paling ketara dan berjaya ialah menjadi
tenaga pengajar di UKM dan di university-university yang lain. Mereka Berjaya meneroka
ilmu dan melahirkan pelapis-pelapis tenaga pengajar dan graduan-graduan di
dalam bidang-bidang yang lain. Mereka sebahagian dari tenaga yang melonjak nama
UKM ke peringkat Negara dan antarabangsa. Adapun dalam bidang-bidang yang lain
Graduan Sulung tidak begitu menonjol. Di dalam bidang politik pun mereka adalah
wakil rakyat biasa baik pada peringkat parlimen atau DUN. Walau bagaimana
sebagai peneroka, pada umumnya mereka adalah berjaya dan juga kejayaan bagi
UKM. Mereka menempa sejarah sebagai peneroka dan Graduan Sulung UKM.
Sekian.