BBB, 12 Safar 1437 = 24 November 2015
(Selasa):
Melihat kepada bangunan yang hampir siap yang
dari segi peratusannya sudah mencapai 92% rasa syukur kepada Allah memenuhi
jiwa dan terima kasih kepada perderma-penderma, bahawa dalam tempoh dua tahun
(Masuk Tapak bagi memulakan Kerja pada 10.12.2013), maka kelihatan bangunan
dari luar seakan-akan sudah siap. Tetapi sebenarnya kerja-kerja beberapa pemasangan
dan dekorasi yang bersifat seni masih lagi dalam persiapan. Hingga ke peringkat
ini banyak cetusan, pengalaman, cabaran, gugatan dan harapan ditempuhi.
Sebagaimana pernah disebutkan bahawa, kerja
membina masjid adalah kerja yang bersifat `sukarela` dan tiada paksaan, maka
sejak ditubuhkan Jawatankuasa Pembinaan, ada sebahagian AJK telah menarik diri
atas alasan-alasan tertentu, tetapi ibarat kata pepatah `Patah tumbuh hilang
berganti` , maka tempat-tempat yang dikosongkan kembali diisi.
Jumlah Ahli Jawatankuasa Pembinaan adalah
seramai 15 orang. Mereka adalah terdiri dari mereka yang berbagai latar
pendidikan dan kepakaran yang terdiri dari bidang kemanusiaan, agama, engineer,
arkitek, pendidikan dan teknikal. Antara mereka terlibat dalam bidang
pengajaran, pentadbiran, busines, diplomatik, firma arkitek dan engineering.
Kepelbagaian kepakaran dan pengalaman menjadi aset penting. Kekurangan bagi
satu pihak dapat ditampung dengan pengalaman yang ada pada yang lain.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1DItdMrlI0m8-ptidh-kRIRYHuxMkjb9Xulgmw0qKP_7NePnetfcgYxv-Xcc7II6Of5JP3UlWCFZJca0ONbDS1rhPk0DNHHmMzkdtKNtd2Z1KchN4RUOg-7cq3cECoJnBFU7C0IOFQac/s640/IMG-20151124-WA0031.jpg)
Menerusi kegiatan pembinaan bagi yang tidak
mempelajari bidang engineering, maka dari mesyuarat-mesyuarat dan lawatan tapak
dapat mempelajari dan memahami istilah-istilah seperti kerja tanah, Piling
work, R.C. retaining wall, shear wall, work below lowest floor finish,, ground
slab, frame (structure work), minaret (structure work), roof trusses, roof
covering, staircase, external brickwork, internal brickwork, external
plastering, internal plastering, windows, doors, ceiling works, internal floor,
kerja-kerja mekanikal, kerja-kerja elektikal, Dome, TNB sub station dan
sebagainya. Istilah-istilah ini diaplikasikan dalam mesyuarat dan lawatan ke
lokasi tapak. Makin lama berikutnya istilah-istilah teknikal ini menjadi biasa.
Dari keperluan, maka masuk ke tahun kedua pembinaan, mulai awal 2014 ditubuhkan
pula AJK Tapak yang menyeliakan bangunan yang diketuai Ir. Haji Ghazali Hussin
dan AJK.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZtbRwlboVwIOpCkHgpqETeqJaNjQoclaZr48Sa6X4yxTm-r14sDy__CUyhQi8YJTIKsJvX2Uy0PUNbY230kMCsWrjtURHTRYMDWQUo9aiF2-N_y6xXrDYIOUU8Tdak_lX27YTcn8bYqE/s640/IMG-20151124-WA0032.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZtbRwlboVwIOpCkHgpqETeqJaNjQoclaZr48Sa6X4yxTm-r14sDy__CUyhQi8YJTIKsJvX2Uy0PUNbY230kMCsWrjtURHTRYMDWQUo9aiF2-N_y6xXrDYIOUU8Tdak_lX27YTcn8bYqE/s640/IMG-20151124-WA0032.jpg)
Cabaran
yang paling utama bagi pembinaan ialah dari segi kewangan. Tanpa
kewangan pembinaan tidak dapat dilakukan. Sejak pelancaran derma bagi pembinaan
Masjid Al-Umm dilakukan dari 19 Mei 2012 sehinggalah kepada permulaan
kerja-kerja pembinaan bermula dengan `Masuk Tapak dan Kerja Tanah` pada pertengahgan bulan Disember 2013 kewangan
ditangan lebihkurang satu setengah juta, namun semangat AJK meningkat apabila
pihak Tuan Guru Dato` Dr. Haron Din pada 4 Januari 2014 menyampaikan derma
kepada AJK Pembinaan Masjid sejumlah RM1.52 juta di rumahnya, ini berikut derma
didapati lagi sejumlah RM1.8 juta juga dari usaha Dato` Dr. Haron Din
mendapatkan derma dari pihak Lembaga Zakat melalui Pengerusinya Tan Sri Dato`
Seri Syed Anuar bin Syed Putra Jamalullail pada 24 April 2014 cek sejumlah
RM1.8 juta. Pertambahan ini termasuk juga sumbangan dari Majlis Agama Islam
Wilayah Persekutuan sebanyak setengah juta pada 16 Disember 2014 beserta dengan
derma orang ramai berterusan memberi kelawasan dari segi pembinaan dan
kerja-kerja pembangunan berjalan lancar, namun sedikit tertangguh dari tarikh
sepatutnya siap.
Dengan sebab beberapa penangguhan, lantaran
itu hasrat AJK untuk mula menggunakan Masjid Al-Umm pada awal bulan Ramadhan
1436 yang lepas terpaksa ditangguhkan. Hasrat kali kedua bagi menggunakan pada
Raya Idul Adhha 1436 yang lepas juga sekali lagi tertangguh. Pihak AJK agak
segan untuk menyebut rancangan untuk menggunakannya pada pertengahan Januari
2016 nanti, melihatkan banyak lagi perkara yang belum siap, termasuk belum
dilakukan pemasangan air-condition dan pembesar suara. Kerja-kerja dekorasi
bahagian bawah dari kubah masih belum siap, begitu juga dekorasi dinding
bahagian hadapan sebelah menyebelah mihrab juga belum disiapkan. Termasuk yang
masih belum siap ialah kerja-kerja luar seperti jalan yang belum siap,
lanscaping dan taman, begitu juga pagar dan pondok pengawa belum siapl. Api dan
air juga belum dimasukkan secara rasmi.
Sebagaimana disebutkan wang paling penting
bagi kelicinan pembinaan, satu gangguan ketara, bahawa peruntukan selama ini
termasuk dengan jumlah wang RM6 juta yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sejak
awal tahun 2014 lepas masih belum didapati. Pertemuan dibuat dengan berbagai
pihak termasuk Dato` Menteri Besar yang baru YAB Azmin Ali yang menjanjikan RM5
juta (kurang sejuta) dari janji asal, difahamkan akhirnya jumlah ini dikecilkan
kepada RM4 juta, tetapi masih juga tak diturunkan. Akibatnya mengganggu
kerja-kerja akhir.
Sesungguhnya kerja-kerja yang berlaku selama
ini licin, tetapi pada peringkat akhir ini terganggu oleh kerana kekurangan
dana, pihak Bendahari dan AJK akan berusaha mendapat dana agar pembinaan dapat
diteruskan dan penggunaan masjid tidak terlalu lama tertangguh.
Sekian.
No comments:
Post a Comment