December 8, 2009

Majlis Kemuncak Kempen Bangi Bersih Dan Perasmian Dataran Usahawan 2009

Bandar Baru Bangi, 19 Zulhijjah = 6 Disember (Ahad):

Sesungguhnya Bangi Sejahtera, Bersih dan Aman adalah menjadi sebahagian dari Manifesto DUN Bangi di bawah Kawasan Serdang. Lantaran itu, meskipun kempen kebersihan dilakukan sejak kemenangan Mac 2008, tetapi pelancaran kempen secara rasmi dilakukan pada 10 Februari 2009, iaitu sebagai focus kedua selepas pelancaran Bangi Bandar Ilmu pada 22 Jun 2008 oleh Yang Amat Berhormat Dato` Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

~ADUN Bangi menanam pokok di kawasan belakang deretan kedai.~


Sempena dengan bakal berakhirnya tahun 2009, maka pada 6 Disember ini, diadakan Majlis Kemuncak "Bangi Bandar Bersih 2009 dan Perasmian Medan Usahawan" bertempat di Medan Usahawan Bangi, Seksyen 1, Bandar Baru Bangi mulai jam 7.30 pagi hingga12.30 tengahari.

Pemilihan tempat (Dataran Usahawan) mempunyai beberapa significant:

Pertama kerana kawasan ini (Dataran Usahawan) adalah merupakan sebahagian dari kawasan tumpuan Bangi Bersih oleh MPKj di samping kawasan Pasar Malam/Tani. Justeru, tumpuan kawasan ini bagi meningkatkan kebersihan berbanding dengan kempen kebersihan yang telah dilakukan di sini.

Kedua bagi mempromosikan kawasan ini kepada orang ramai mulai dari tarikh perasmian, terutama yang datang membeli di Pasar Bandar Baru Bangi. Sememangnya sebahagian dari peniaga-peniaga telah mula menjalankan perniagaan mereka.

Ketiga kawasan ini memang sesuai diadakan dengan pelbagai kegiatan contohnya seperti pada hari ini, sempena pelancaran kemuncak "Bangi Bandar Bersih".

~Melawat bilik pemeriksaan kesihatan anjuran Fakulti Perubatan UPM~

Sebelum Majlis Perasmian bermula gotong-royong membersih kawasan, memotong dan menanam pokok diadakan dengan disertai oleh pihak MPKj, Pasukan Pertahanan Awam, JASA, Pelajar-pelajar dari KUIS dan penduduk-penduduk.

~YB Teo dan ADUN Bangi melawat kedai-kedai yang beroperasi di situ.~

Puncak Kempen Bangi Bersih Dan Perasmian Dataran Usahawan 2009 dilakukan oleh YB Dr. Shafie Abu Bakar, ADUN Bangi dan turut hadir YB Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang yang diberi penghormatan merasmikan tempat perniagaan dan Dr. Tajul Ariffin Noordin, YDP Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi yang juga Ahli MPKj Zon 23 yang mengalu-ngalukan para hadirin dan menerangkan kepada semua mengenai konsep Bangi Bersih.

~Perasmian Butik En Salleh Kassim, telah disempurnakan oleh YB Teo.~

Dalam ucapannya, Dr. Shafie, Dataran Usahawan benar-benar bersih dan menarik pengunjung. Beliau berharap tempat ini akan diadakan berbagai-bagai kegiatan selain perniagaan, seperti majlis ilmu, ceramah, pameran, kegiatan seni dan kebudayaan serta sukan dalaman. Beliau optimis Dataran Usahawan akan lebih maju apabila sebuah masjid akan didirikan berdekatan dengan Dataran sebagaimana diluluskan oleh JAIS baru-baru ini. Menurut beliau kempen kebersihan akan terus dilakukan dan kemungkinan pendekatan diubah. Pada bahagian akhir Majlis Perasmian disampaikan hadiah-hadiah oleh kedua-dua Wakil Rakyat kepada peserta yang memenangi peraduan mewarna, pencapaian cenderahati kepada yang terlibat dengan program.

Sesungguhnya bagi menjayakan program hari ini pihak Jawatankuasa yang diketuai Pengarahnya, iaitu Sdr En. Ahmad Sufie Bin Munasir mendapat kerjasama dari berbagai pihak termasuk dari pihak MPKj, PKNS, JASA, Muslimat, Nisa', KUIS, Wakil dari Fakulti Perubatan UPM, Pertahanan Awam, Unit Amal, Pengerusi-pengerusi surau, Pengerusi-pengerusi Pasti, Pengerusi-pengerusi Tadika dan badan-badan yang menyertai gotong-royong. Terima kasih kepada semua.

Sebelum berakhir majlis, YB Teo, ADUN Bangi dan YDP Persatuan Penduduk BBB Dr. Tajul Ariffin Noordin dibawa pengarah En. Ahmad Sufie melawat gerai-gerai dan beramah mesra dengan penduduk.

~Melihat perkembangan Peraduan Mewarna Kanak-kanak yang dianjurkan oleh Nisa' Kawasan Serdang~

Sekian.

1 comment:

  1. Nama:Teddy Liza
    status perkawinan: janda
    jumlah pinjaman:3.6 miliar rupiah
    tempat tinggal saya:. Palangkaraya
    email ku:::teddyliza2020@gmail.com
    kesaksian yang memotivasi saya whatsapp :;l+ 6281617538564
    tujuan pinjaman saya :Investasi / hutang

    Halo semuanya, sekarang dari (bahasa Indonesia [baˈha.sa in.doˈne.sja])/Malay, . Saya seorang janda dengan dua anak dan sejak Februari 2019 karena kebakaran dalam bisnis yang membanjiri bisnis saya dan saya mencoba mencari pinjaman dari bank saya, bank mengatakan dengan saya memiliki kredit buruk sehingga saya mencobanya dengan pemberi pinjaman lain di mana saya bodoh. Tetapi seperti yang Tuhan kehendaki, saya membaca kesaksian AASIMAHA ADILA AHMED LOAN FIRM di majalah bisnis, yang membantu bisnis dan individu dengan pinjaman besar. Saya mengajukan permohonan dan saya telah menerima pinjaman 3,6 miliar rupee dengan tingkat bunga sangat rendah 1% dan rencana pembayaran yang lebih baik. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberi tahu Anda bahwa ada banyak scammer di sini. Ambil permintaan peminjam untuk biaya asuransi, Peminjam tidak memiliki sertifikat bisnis, Peminjam palsu tidak peduli dengan gaji bulanan Anda yang membuat Anda memenuhi syarat untuk mendapat pinjaman, peminjam Palsu tidak memiliki alamat kantor fisik. Peminjam palsu meminta biaya pendaftaran dan biaya pajak, peminjam Palsu tidak memiliki situs web. Jika Anda mencari pinjaman, selalu minta pemberi pinjaman untuk situs webnya, karena banyak pemberi pinjaman palsu tidak memiliki alamat dan situs web. Jika Anda menginginkan pinjaman yang sah,Sukses hanya datang bagi mereka yang percaya pada diri mereka sendiri dan siap untuk menang. Saya tidak mengharapkan apa pun selain yang terbaik untuk Anda. Beralih ke tahap baru dalam hidup bisa menjadi proses yang menantang. Semoga Anda beruntung dalam semua upaya masa depan Anda, Anda akan menjadi hebat. ajukan sekarang.

    Aasimaha adila ahmed kontak pusat aplikasi pinjaman
    E-mail**aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    Whatsapp *********^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^+ 447723553516

    ReplyDelete