January 13, 2011

Himpunan Menyokong Pentadbiran MB Selangor dan Pakatan Rakyat

Dataran Shah Alam, 12 Januari 2011


Himpunan Menyokong Pentadbiran MB Selangor dan Kerajaan PR telah diadakan di Dataran Shah Alam, bermula pada jam 3.00 petang. Majlis bermula dengan pembentangan kain rentang utama di tangga paling atas untuk menarik semua rakyat yang datang untuk hadir berkumpul di kawasan tersebut. Perhimpunan ini diadakan bersempena Perlancaran Siri Jelajah Sokongan Rakyat Negeri Selangor untuk pentadbiran MB dan PR bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar.


Setiap DUN dan Parlimen yang turut serta menyediakan banner masing-masing untuk menyatakan sokongan terhadap MB dan Pakatan Rakyat.


Majlis dimulai dengan ucapan oleh Anuar Othman dan YB yang hadir seperti YB Khalid Samad, YB Abdullah Sani dan Ustaz Dr. Badrul Amin Baharom. Selepas berucap, Ustaz Badrul Amin merasmikan perlancaran Siri Jelajah Sokongan Rakyat Selangor dengan menurunkan tandatangan pada replika borang tandatangan.



~YB Dr Chia hadir berkerusi roda~


Himpunan ini seterusnya bergerak berarak ke Bangunan SUK untuk menyerahkan tandatangan sokongan ini kepada MB Selangor di pejabatnya. Namun perarakan ini telah dihalangkan oleh pasukan FRU sebelum kumpulan ini sampai ke bangunan tersebut.



Setelah beberapa lama menunggu di situ, himpunan didatangi MB, Tan Sri Khalid Ibrahim bersama YB Dr. Hasan Ali. MB Tan Sri Khalid memberi ucapan terima kasih terhadap sokongan rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan Selangor di bawah pimpinannya dan berharap rakyat akan meneruskan sokongan ini untuk kesejahteraan pentadbiran PR. Majlis diakhiri dengan ucapan doa selamat oleh YB Dr. Hasan Ali.

~MB, Tan Sri Khalid dan YB Dr. Hasan Ali~

~DUN Bangi turut menyatakan sokongan~


No comments:

Post a Comment