January 18, 2011

Mikro Kredit Kerajaan Negeri Selangor Untuk Rakyatnya

Shah Alam, 12 Safar = 17 Januari (Isnin):


Pada Majlis Penerangan mengenai Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) yang berlangsung di PKNS kelmarin (Ahad 16 Januari), ketika saudara Shaharuddin bin Yacob Pegawai Mikro Kredit Daerah Hulu Langat menerangkan tentang skim berkenaan kepada peserta dan dalam perbincangan ada yang bertanya dan tidak bersetuju adanya bayaran 8% setahun dikenakan terhadap peminjam. Menurut penanya berkenaan konsep pinjaman secara al-Qard al-Hasan sepatutnya tidak dikenakan bayaran tambahan ke atas jumlah pinjaman yang dipinjam. Saudara Shaharuddin tentulah tidak dapat menjawab, kerana ini adalah polisi bagi Mikro Kredit yang ditawarkan oleh Kerajaan Selangor bagi peminjam yang layak. Dalam majlis itu, Adun memaklumkan kepada hadirin, bahawa (esok) pada hari ini Adun sebagai Pembantu Exco menghadiri Mesyuarat Penyelarasan jabatan-jabatan di bawah portfolio YB Dato` Dr. Hasan Ali yang di bawahnya ialah Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infra Struktur dan Kemudahan Awam. Hadir ialah ketua-ketua atau wakil-wakil dari JAIS, JKR, Mufti, Lembaga Zakat, JAKESS, PADAT, JPS, LUAS, Alam Flora, KJS, Worldwide Holding Bhd., KPS-HCM, UPEN-PBT, MAIS dan Mikro Kredit berjumlah 30 orang. Jadi pada Mesyuarat Penyelarasan yang kebetulan pada pagi ini Mikro Kredit sebagai jabatan pertama diminta membuat laporan.


Pada akhir penerangan Adun orang pertama membuat soalan tentang bayaran yang dikenakan sebanyak 8% berkenaan. Jawapan yang diberi, bahawa Mikro Kredit Kerajaan Selangor ini pada dasarnya 70% bermodelkan Kredit Amanah Ikhtiar Malaysia, manakala 30% lagi adalah bersumber dari yang lain. Dimaklumkan juga bayaran dikenakan 8% adalah termurah, berbanding yang lain yang dibenarkan oleh Bank Negara antara 10% hingga 12% - termasuk Amanah Ikhtiar Malaysia sendiri. Walau bagaimana YB Dato` Dr. Hasan Ali menyarankan untuk dilihat kemungkinan tidak dikenakan bayaran tambahan yang pada dasarnya dikenakan bagi pengurusan. Menurut YB Dato` Dr. Hasan Ali, jika pun tidak dapat dielakkan dari dikenakan bayaran tambahan, maka hendaklah dipaparkan penyata operasi yang mewajarkan bayaran tambahan bagi operasi dikenakan.


Mesyuarat dimaklumkan oleh En. Azahari bin Hussein Pengarah Operasi Negeri bahawa sejak Mikro Kredit dilancarkan pada 2 September 2010 hingga akhir Disember 2010 sebanyak RM1.615.500.00 dikeluarkan kepada 591 peminjam. Operasinya berjalan dengan baik, 100% peminjam telah memulang balik pinjaman dalam tempoh 4 bulan. Jumlah pemulangan hingga akhir Disember RM144,778.00. Peminjam yang paling ramai ialah dari Sabak Bernam iaitu seramai 350 orang dengan jumlah pinjaman RM875,000.00 dan yang paling sedikit ialah dari Sepang dan Kuala Langat setiap daerah seramai 250 orang dengan jumlah pinjaman RM625,000.00. Peminjam dari Hulu Langat ialah 300 orang dengan jumlah pinjaman ialah RM750,000.00. (Mikro Kredit baru dibuka 6 daerah).


Untuk makluman juga peminjam yang terpilih diberi pembiayaan, latihan dan asuhan agar mereka berjaya di dalam perniagaan dan segera mengeluarkan diri dan keluarga dari kitaran kemiskinan. Kelayakan asas untuk meminjam. Pemohon terdiri dari isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM1,500.00 sebulan atau perkapita RM350.00. Pembiayaan tanpa cagaran, tanpa penjamin, tanpa mengira fahaman politik dan bebas daripada diambil tindakan undang-undang.


Syarat-syarat pembiayaan

  • Pembiayaan tanpa cagaran dan penjamin
  • Caj perkhidmatan 8% setahun
  • Bersetuju membentuk kumpulan 5 orang ahli
  • Menjalani latihan selama 3 hari (2 jam sehari) sebelum pembiayaan
  • Bersetuju menubuhkan nadi (pusat operasi sadiq)
  • Menabung ke dalam Tabung Kumpulan sebanyak RM5.00 seminggu
  • Menghadiri mesyuarat Nadi setiap minggu
  • Membayar balik pembiayaan secara mingguan
  • Mencarum dalam Takaful Kredit
  • Bersetuju menyumbang ``security deposit`` tiga minggu dari pembiayaan ke dalam Tabung Kumpulan
  • Mengikut segala kaedah disiplin Mikro Kredit untuk menentukan pembiayaan berterusan.


Tempoh pembayaran balik adalah 3 bulan hingga 24 bulan atau 12 minggu hingga 100 minggu.

Untuk perancangan masa depan.

  • Skim Mikro Kredit Selangor akan diperluaskan dengan menggalakkan seramai mungkin golongan miskin rakyat negeri Selangor menyertainya.
  • Membina jaringan perniagaan di kalangan sadiq dan bukan sadiq bagi melahirkan usahawan kecil dan sederhana
  • Meningkatkan penggunaan teknologi dalam menyalurkan sistem perkhidmatan kepada pelanggan
  • Bekerjasama dengan pakar-pakar dalam dan luar Negara, khususnya pusat-pusat pengajian tinggi bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan.


Alamat Cawangan Hulu Langat:

Pejabat Daerah/Tanah Hulu Langat,

Bangunan Hisamuddin Alam Shah,

Persiaran Pusat Bandar 1, Seksyen 9,

43650 Bandar Baru Bangi,

Selangor Darul Ehsan.

Tel: 019-5446017.

Sekian.

2 comments:

  1. BERITA BAIK!!!

    Nama saya Dian Pelangi dari Jakarta di Indonesia, saya seorang pereka fesyen dan saya ingin menggunakan medium ini untuk memberitahu semua orang supaya berhati-hati mendapatkan pinjaman di internet, begitu banyak pemberi pinjaman di sini adalah penipuan dan mereka berada di sini. menipu anda dengan wang susah payah anda, saya memohon pinjaman kira-kira Rp900,000,000 wanita di Malaysia dan saya kehilangan kira-kira 29 juta tanpa mengambil pinjaman, saya membayar hampir 29 juta lagi saya tidak mendapat pinjaman dan perniagaan saya Mengenai terhempas kerana hutang.

    Memandangkan pencarian saya untuk syarikat pinjaman peribadi yang boleh dipercayai, saya melihat iklan dalam talian lain dan nama syarikat adalah SYARIKAT PINJAMAN DUNIA. Saya kehilangan 15 juta dengan mereka dan hingga hari ini, saya tidak pernah menerima pinjaman yang saya cadangkan.

    Tuhan menjadi kemuliaan, kawan-kawan saya yang memohon pinjaman juga menerima pinjaman sedemikian, memperkenalkan saya kepada sebuah syarikat yang boleh dipercayai di mana Puan Christabel bekerja sebagai pengurus cawangan, dan saya memohon pinjaman sebesar Rp900,000,000 dan mereka meminta kepercayaan saya, Dan setelah mereka selesai mengesahkan butiran saya, pinjaman itu telah diluluskan untuk saya dan saya fikir ia adalah jenaka, dan mungkin ini adalah salah satu tindakan menipu yang membuat saya kehilangan wang, tetapi saya terkejut. Apabila saya mendapat pinjaman saya kurang dari 6 jam dengan kadar faedah yang rendah 1% tanpa cagaran.

    Saya sangat gembira bahawa Tuhan menggunakan kawan saya yang menghubungi mereka dan memperkenalkan saya kepada mereka dan kerana saya diselamatkan daripada membuat perniagaan saya melompat di udara dan dibubarkan dan kini perniagaan saya terbang tinggi di Indonesia dan tiada siapa yang akan mengatakannya Dia tidak tahu mengenai syarikat fesyen.

    Jadi saya nasihat semua orang yang tinggal di Indonesia dan negara-negara lain yang memerlukan pinjaman untuk satu tujuan atau lain untuk sila hubungi
    ibu christabel melalui e-mel: (christabelloancompany@gmail.com)

    Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya: (lianmeylady@gmail.com) dan Sety memperkenalkan dan bercakap tentang christabel, dia juga mendapat pinjaman baru dari christabel, anda juga boleh menghubunginya melalui e-melnya: permatabudiwati@gmail.com Sekarang, semua Saya akan cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman yang saya hantar terus ke akaun mereka setiap bulan.

    Satu perkataan kepada orang bijak sudah cukup


    Terima kasih sekali lagi kerana membaca kesaksian saya, dan semoga Tuhan terus memberkati kita dan memberi kita kehidupan yang panjang dan makmur dan semoga Tuhan melakukan pekerjaan yang baik dalam hidup anda.

    ReplyDelete
  2. kesaksian nyata dan kabar baik !!!

    Nama saya mohammad, saya baru saja menerima pinjaman saya dan telah dipindahkan ke rekening bank saya, beberapa hari yang lalu saya melamar ke Perusahaan Pinjaman Dangote melalui Lady Jane (Ladyjanealice@gmail.com), saya bertanya kepada Lady jane tentang persyaratan Dangote Loan Perusahaan dan wanita jane mengatakan kepada saya bahwa jika saya memiliki semua persyarataan bahwa pinjaman saya akan ditransfer kepada saya tanpa penundaan

    Dan percayalah sekarang karena pinjaman rp11milyar saya dengan tingkat bunga 2% untuk bisnis Tambang Batubara saya baru saja disetujui dan dipindahkan ke akun saya, ini adalah mimpi yang akan datang, saya berjanji kepada Lady jane bahwa saya akan mengatakan kepada dunia apakah ini benar? dan saya akan memberitahu dunia sekarang karena ini benar

    Anda tidak perlu membayar biayaa pendaftaran, biaya lisensi, mematuhi Perusahaan Pinjaman Dangote dan Anda akan mendapatkan pinjaman Anda

    untuk lebih jelasnya hubungi saya via email: mahammadismali234@gmail.comdan hubungi Dangote Loan Company untuk pinjaman Anda sekarang melalui email Dangotegrouploandepartment@gmail.com

    ReplyDelete