July 3, 2021

 

UJIAN  WABAK COVIC-19 BERTERUSAN

(Fikrah Bangi: 906 }

BBB: 22 Zulkaedah 1442H. = 03 Julai 2021M. (Sabtu).

Sejak pertama kali disedari rakyat Malaysia dijangkiti covid-19 mulai awal Februari 2020 dan diisytiharkan sebagai wabak di negara ini mulai 18 Mac 2020, nampaknya setelah setahun setengah  wabak berkenaan berkembang di negara ini sebagaimana berlaku di negara-negara lain di dunia, wabak ini masih tidak menurun (kecuali Julai 2020) dan kembali meningkat.

Peringkat dunia, USA, India dan Brazil adalah negara-negara yang tinggi dari segi jangkitan dan kematian, manakala pada peringkat negara kita Malaysia hingga hari ini (Sabtu 3 Julai 2021), lapor Akhbar Sinar Harian, ``Rakyat Letih``, ``Selama  473 hari PKP sejak 1 Mac 2020 rakyat berada di dalam kesukaran, sedangkan kes wabak-19 tidak menurun.``

Lapor akhbar itu, ``Rakyat kecewa SPD gagal turunkan kes positif covid-19. Kes terbaru + 6,982 dengan kematian  5,327.

Ikhtiar yang sedang dilakukan ialah memvaksinkan rakyat negara ini seramai yang mungkin – sehingga 80% daripada mereka. Beberapa jenis vaksin sedang digunakan seperti Pfizer, Astra zanica, Sinovax dan beberapa jenama yang lain dalam pertimbangan.

Setakat kelmarin, BH melaporkan (3.7.2021).

Pemberian dose pertama kepada rakyat Malaysia  5,952,815    orang

Pemberian dose kedua  kepada rakyat Malaysia     2,393,882    orang

Jumlah yang sudah divaksinkan ialah                        8,346,697     orang.

 

Walaupun kesan dari penggunaan vaksin sebagaimana yang berlaku di negara-negara Barat seperti UK, Itali dan beberapa negara yang lain menunjukkan penurunan kes, tetapi keadaan tidak menunjukkan pengurangan di Malaysia. Berbagai pihak melahirkan kehairanan, mengapa dengan pertambahan mereka yang menerima vaksin, wabak nampaknya masih bertahan dalam lingkungan antara 5,000 hingga 7,000 kes harian. Hasrat agar kes menurun kepada jumlah di bawah 4,000 masih belum tercapai.

Melihat kepada pola wabak adalah lebih berlaku di Selangor dan Kuala Lumpur, iaitu kawasan paling padat di negara ini yang dihuni lebih dari  6 juta penduduk dan di sini banyak berlaku aktiviti ekonomi seperti perkilangan dan perniagaan yang banyak menyumbang kepada jangkitan wabak covid-19, maka strategi terbaru ialah dengan memfokuskna  sekatan PKPD terhadap kawasan tertentu di Selangor dan Kuala Lumpur. Tempoh dua minggu dikenakan PKPD terhadap kawasan berkenaan.

Adalah diharapkan penumpuan khusus secara PKPD terhadap penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur dan PKP secara menyeluruh di negara, diharap akan memberi kesan positif yang akan menurunkan jumlah wabak covid-19 dan dapat menurunkan emosi rakyat yang tertekan dan tidak stabil akibat dari wabak covid-19 yang selama ini dianggap di luar kawalan.

Semoga kebimbangan dan kerisauan rakyat dapat diredakan dan situasi normal dapat dikembalikan – Insya Allah.

 

Sekian.

May 12, 2021

 

RAMADHAN  YANG PERGI

DIRI YANG  KEKURANGAN

INGIN  KUGAPAINYA  LAGI

 

Kehadiran  Ramadhan  musim  ini

Diterima  dengan  segala kekurangan

Covid-19 gejala global di luar pandangan

Mengakibatkan berbagai halangan

Seluruh dunia menerima ancaman

Jerih pedih marhain kesusahan.

 

Di tengah kesusahan ini

Diri  diuji  kemalapan  cahaya

Namun dengan kepakaran rawatan

Universiti Malaya institusi terkenal

Cahaya itu  kembali dipinjam

Mampu membaca dan mengarang

Meneruskan kegiatan.

Patuh pada SOP ditentukan.

 

Namun  diri  jentera  tua

Baiki  di sini rosak  di sana

Dan serangan pada jantung itu

Impak ketara  pada  diri ini

Meski tiga saluran  dibersihkan

Termasuk dua pada Ramadhan

Tapi tiada  secergas  pra-ingiogram

Terganggu ibadat kerja terencat

Berterusan makan ubat.

 

Pemergian Ramadhan petang ini

Harapan bukan lambaian terakhir

Banyak kerja yang masih tertinggal

Perlu terus diurus seperti dijadual

Biarpun  diri makin tertinggal

Ingin Ramadhan terus kugapai.

 

Kudusnya Ramadhan diharap

Berulang datang lebih sempurna

Tanpa  lagi gangguan Covid-19

Mengisi Ramadhan lebih berkat.

 

(Fikrah Bangi:  905),

BBB: 30 Ramadhan 1442H.

12 Mei 2021M.

May 11, 2021

 

CAHAYA  ITU  DIKEMBALIKAN:  KESEMPATAN

 

Tentang  cahaya  makin padam

Tidak lain dari isyarat kefanaan

Menyedarkan lalainya diri selama ini

Dari  mengambil segera tindakan

Tercetusnya dari perbincangan keluarga

Mencontohi seorang bapa mertua anakanda

Sama masalah bertindak berjaya

Lantas keputusan membuat temujanji

Melalui  siri pemeriksaan dari 2 Julai 2020

Ke akhir tahun berkenaan.

 

Puncak dari pemeriksaan

Dengan kepakaran Doktor mata

Di institusi terkenal Universiti Malaya

Pada 19 Ogos mata kiri  paling bermasalah

Dengan tebalnya katarak selamat dibedah

Dan cahaya kembali menyerlah

Di atas kejayaan itu temujanji seterusnya

Dilaku kurang dari dua bulan  berlalu

Melalui tangan Dr. yang sama

Mata kanan  yang kelabu

Pada  28 Oktober 2020 di musim Covid itu

Selesai mata kanan dibedah atasi  masalah.

 

Dengan kembalinya cahaya kedua mata

Memberi peluang diri  aktif membaca

Menulis dengan lebih terang

Berkomunikasi dengan kelilingan

Menghayati indahnya ciptaan Tuhan.

 

Sudah pasti kurniaan bersifat sementara

Bahkan  ujian sejauh mana dimanfaatkan

Permohonan dipanjatkan kepada Tuhan

Semoga tubuh badan dalam kesihatan

Masih waras  akal fikiran

Lantaran  siri  tugas di hadapan

Begitu banyak perlu diselesaikan

Ke titik akhir itu, biarlah iman dan aman

Tidak membebankan.

 

(Fikrah Bangi: 904),

29 Ramadhan 1442H.

11 Mei 2021M.

May 10, 2021

 

CAHAYA  YANG  MAKIN  HILANG

 

Antara  anugerah  tak ternilai

Kurniaan  Ilahi pada diri

Dan pada yang lain lagi

`mata`  penyuluh  maya.

 

Nikmat melaluinya

Menghayati panorama kewujudan

Mendepani  wajah pembelajaran

Komunikasi  kehidupan

Cinta dan kasih sayang.

 

Aku  seni serpihan  kejadian

Satu  daripada penerima nikmat itu

Sempurna sejak permulaan

Mengukur  semampu kehidupan

Menjadi  seaku  kini

Tiada harga  bandingan.

 

Mendaki usia ke tujuh  siri

Mulai  menyedari sesuatu  menghilang

Nikmat  penglihatan itu  ditarik perlahan

Pandangan mulai terhad perlu bantuan

Pada  power  cermin mata meningkat

Menaip perlu pada saiz huruf pembesaran

Lama merenung pada penting pembacaan

Kadang perlu pada kanta dalam pengajaran.

 

Ada  kesedaran

Nikmat kehidupan berkurang

Menuntut tindakan.

 

28 Ramadhan 1442H.

10 Mei 2021.

(Fikrah Bangi 903).

May 8, 2021

 

BERTERUSAN  DIPANTAU

(Fikrah Bangi: 902).

BBB: 26 Ramadhan 1442H. = 8 Mei 2021M. (Sabtu).

 

Sebagaimana Penulis sebut sejak pembedahan mata pertama – kiri, Penulis dapati urusan rawatan mata dan mungkin bidang-bidang yang lain dilakukan dengan teliti dan sistematik.  Bagi pembedahan mata kiri Penulis bagi kali pertama, sebanyak  lima kali Penulis berulang alik bagi pemeriksaan mata kiri tersebut. Ini tidak masuk urusan melalui telefon. Bagi mata kanan ini juga keadaan yang sama berlaku.

Untuk makluman selepas hari pembedahan Rabu (19.8.2020) keesokan harinya, ialah hari tutup pejabat, Khamis (1 Muharram 1442) sempena dengan awal tahun baru Islam. Walaupun hari tutup pejabat, tetapi bagi setengah bidang, bahagian tertentu, seperti pemeriksaan mata selepas dibedah adalah dibuka dan pesakit datang untuk dicheck perkembangan.

Demikian juga dengan perkembangan bagi pembedahan mata kedua Penulis – mata kanan, hari selepas pembedahan, keesokannya 29.10.2020, ialah 12 Rabi`ul-Awwal 1442, tutup pejabat sempena dengan Maulid al-Rasul, sebagaimana keadaan sehari selepas pembedahan mata kiri Penulis dulu, keesokan hari tutup awal Muharram, maka selepas pembedahan mata kanan Rabu  28.10.2020, esoknya tutup pejabat sempenan Maulid al-Rasul, nampaknya bagi setengah bidang, pejabat dibuka secara terhad. Bermaksud pada keesokan hari Penulis dikehendaki ke  Klinik Mata Universiti Malaya bagi pemeriksaan mata yang dibedah sehari sebelumnya dan pejabat bahagian pemeriksaan dibuka.

Untuk pemeriksaan selepas pembedahan mata kanan ini, kali ini Penulis pertama kali pergi dengan dihantar oleh cucu – Nazih bin Fadhlullah, cucu bagi anak sulung Penulis – Najiah. Sebagaimana biasa kami berdua bercucu bertolak dari Bandar-Baru Bangi, 29.10.2020  jam 8.00 pagi – tidak perlu terlampau pagi, kerana hari tidak kerja.

Sebagaimana yang lepas juga, tidak perlu mendaftar terlebih dahulu sebagaimana biasa, sebaliknya diminta terus naik ke tingkat 7, Menara Timur, kemudian Ahmad Zakir dari Bukit Jelutung, Shah Alam tiba sama menyertai ke tempat pemeriksaan. Pemeriksaan yang dilalui ditingkat tujuh ini, ialah pembacaan huruf-huruf dari besar kepada kecil, melalui dua mata.  Ada yang tidak dapat dibaca pada peringkat kecil. Selepas pembacaan huruf, melalui alat seperti teleskop itu diperiksa mata, terutama yang baru dibedah semalam (kelmarin) berkali-kali dan nampaknya Dr Pemeriksa, lelaki, berpuashati dan tidak ada komplikasi. Selepas itu kami bertiga turun dan pulang. Tidak ada masalah parkir dan tidak jem, kerana hari tutup pejabat.

Seminggu selepas pemergian kedua selepas bedah mata kanan, Penulis dikehendaki pergi lagi  Khamis  (5.11.2020) bagi kali ketiga. Kali ini Penulis pergi dengan cucu sahaja, iaitu Nazih. Pemergian pada hari kerja ini perlu menurut procedure biasa. Kena mendaftar dan tunggu agak lama untuk mendapat giliran (Tingkat dua ) Menara Selatan. Proses yang dilalui ialah pembacaan huruf (tidak semua dapat dibaca, khususnya yang kecil) dan kemudian tunggu no. panggilan bagi pemeriksaan mata. Masalah  mata yang tidak dapat digerakkan secara normal menurut bearingnya timbul kembali dan nampaknya belum ada penyelesaian. Berhubung dengan perkara ini sejak pemergian pertama bagi pemeriksaan mata kanan, pihak Dr. (Dr. Jonne Shalm A/P Chewa Raja mencadangkan supaya Penulis memakai cermin mata, bahkan beliau mengeluarkan surat tentang power cermin mata untuk dibeli dari mana-mana kedai.

Sebenarnya, bagi Penulis dari rawatan yang diberi terhadap kedua-dua mata, sudah lebih dari sempurna dan tidak perlu perfect 100%, kerana selepas pembedahan kedua-dua mata, Penulis berpendapat sudah kembali normal. Boleh membaca, menulis, memandu dan melakukan berbagai-bagai kegiatan melibatkan mata. Cuma dalam tempoh dua belas  minggu, Penulis terus mengikuti arahan dan berpantang dari apa yang dilarang. Hingga kini Penulis tidak lagi bercermin mata. Surat yang diberi oleh Dr. Itu tidak Penulis ambil tindakan membeli sebarang cermin mata. Penulis merasa  selesa tanpa bercermin mata hingga setakat ini.

Pemantauan terhadap mata Penulis tidak terhenti, bahkan Penulis dikehendaki pergi bagi pemeriksaan seterusnya ialah pada akhir tahun (bagi kali keempat), iaitu pada  Khamis 21 Disember 2020. Kali ini pergi juga diiringi cucu – Nazih. Pemeriksaan dilakukan adalah biasa. Tapi dapat dikatakan, bahawa masalah  melihat dengan dua pandangan selepas kedua-dua mata dibedah sudah hilang dan pandangan bagi kedua-dua mata telah normal.

Walau bagaimana Penulis diberi lagi appoinment untuk pemeriksaan seterusnya (kelima), iaitu pada Khamis  01 Julai 2021.  Mungkin selepas itu akan ada temujanji  lagi ?.   Pihak Jabatan yang berhubung dengan mata ini nampaknya begitu  teliti di dalam memberi rawatan. Setakat ini nampaknya berterusan ! Penulis amat berpuashati dengan rawatan.

Sekian.

 

EPISOD SUSPEND BAGI PEMBEDAHAN MATA KEDUA

(Fikrah Bangi: 901),

BBB: 25 Ramadhan 1442H. =  07 Mei 2021M. (Juma`at).

Pemergian Penulis bersama anakanda Muhammad Nadzmi pada pagi  Rabu 28 Oktober 2020 di tingkat 4, Menara Timur, Klinik Mata Universiti Malaya, pada jangkaannya akan berlangsung pembedahan sebagaimana biasa, lebih-lebih lagi pengalaman kali pertama telah dilalui pada 19.8.2020 dan tidak bermasalah.

Sebagaimana disebut dengan sebelah mata telah dibedah dan sebelah lagi belum, berlaku ketidakseimbangan dari segi penglihatan, kadang-kadang kelihatan dua images dari segi penglihatan. Dari pengalaman yang dilalui oleh mereka yang lain  dirawat dan membedah sebelah mata dahulu, penglihatan sedemikian adalah biasa dan menjadi kebiasaan bila bedah mata pertama akan diikuti mata kedua, kecuali mata kedua adalah baik.

Keadaan yang sama berlaku kepada Penulis, selepas pembedahan pertama, gangguan double images berlaku dan kadang-kadang bagi mempastikan pandangan yang betul, dalam waktu-waktu terpaksa dipejamkan mata kanan bagi mendapat pandangan yang betul. Ini bagi mengelak dari bahaya, khususnya ketika memandu, terutama bila hendak membelok dan sebagainya.

Seorang Dr. Mata yang datang dari UITM  membuat latihan di Klinik Mata Universiti Malaya pada pagi Penulis hendak dirawat  pada  28 Oktober itu telah membuat pemeriksaan mata Penulis ditingkat empat. Bila ditanya tentang penglihatan mata Penulis,  secara jujur Penulis memaklumkan tentang double images  itu. Beliau nampaknya membuat keputusan menangguhkan pembedahan mata kanan Penulis dan mencadangkan membuat rawatan susulan sehinggalah masalah yang dihadapi mata Penulis sembuh dan hilang pandangan double images itu. Keputusan menangguhkan pembedahan mata kanan Penulis mengejut dan mengecewakan Penulis. Kecewa kerana urusan pembedahan yang sepatutnya selesai pada pagi itu ditangguh. Rasa lebih kecewa dengan penangguhan dan perlu melalui rawatan membebankan Penulis, kerana belum tahu berapa kali lagi terpaksa datang berulang alik untuk rawatan hingga sembuh. Hingga kini sudah tujuh kali berulang alik dan terpaksa meminta anak-anak menghantar yang setiap kali memerlukan masa setengah hari.

Penangguhan merupakan satu episud suspend yang mengecewakan. Sebagaimana disebut Penulis telah menyalin pakaian rasmi untuk pembedahan kepada pakaian asal dan menyerahkan pakaian untuk pembedahan kepada petugas yang bertugas di bilik sebelum masuk ke bilik pembedahan. Penulis dengan rasa kecewa memaklumkan kepada anakanda Muhammad Nadzmi, tentang penangguhan pembedahan, dan kami pun mulai bergerak untuk turun dan pulang, tetapi tiada appointment untuk datang.

Dalam keadaan suspend dan mengecewakan itu dari jauh melalui pintu terbuka Penulis melihat dari jauh  seorang Dr, kemungkinan Profesor Dr. Norlina atau kakitangan pembedahan Penulis dan memberitahu pembedahan diteruskan. Ertinya arahan pembatalan sebelum itu dibatalkan. Hal ini Penulis memaklumkan kepada anakanda Muhammad Nadzmi supaya menunggu dan serentak dengan itu menukar pakaian biasa pada diri kepada pakaian kain dan baju dan pentup kepala rasmi – Pakaian pembedahan.

Selepas menukar pakaian dan ke toilet, Penulis ditolak dengan  wheel chair oleh pembantu  yang pekerja merentasi beberapa pintu dan bilik dan ditenangkan di luar bilik bedah selama lebih kurang suku jam.

Giliran  pembedahan yang dilakukan terhadap Penulis adalah no. 4. Proses pembedahan adalah sebagaimana pembedahan pertama, berada di atas katil pembedahan. Sebelum dibedah tubuh ditutup dengan baju pembedahan dari bahagian kaki ke dada. Bahagian terbuka ialah bahagian kepala, khususnya mata. Peralatan bedah di atas kepala. Dr. Membedah dan membuat arahan terhadap pembantu-pembantu membekalkan peralatan yang diperlu. Proses pembedahan berlaku dalam sedar dan dapat diikuti proses pembedahan. Semasa proses membuang katarak dan menggantikan dengan lapisan atas mata, tidaklah begitu sakit. Walau bagaimana proses ini tidaklah dapat diikuti pada layar screen, kerana ianya mungkin tidak perlu. Dapat dikatakan tidak berlaku pendarahan. Proses berjalan lancar dan tidak sampai satu jam operasi adalah siap. Oleh kerana masa bedah sedikit lewat, pembedahan berlaku kira-kira jam 12.00 tengahari. Selepas itu Penulis disorong ke bilik menunggu sebelum dan sesudah rawatan bersama yang lain. Di sini dibekalkan secawan milo dan tiga keping biskut untuk kesegaran.

Setelah menunggu setengah jam bagi mempastikan tidak timbul komplikasi, Penulis dengan mata sebelah tertutp dengan cermin sebelah keluar dan menyalin pakaian.

Selepas itu Penulis dua beranak turun ke bahagian ubat dan menunggu giliran mendapat ubat.

Kedua belah mata Penulis pada masa itu adalah terang, walaupun bahagian kanan bercermin mata sebelah. Penulis dapat berjalan bersama anakanda menuju ke parkir.

Dalam perjalanan pulang cahaya terlampau terang melalui kenderaan dan terpaksa menggunakan cermin mata hitam yang dibeli secara double dengan mata sebelah.

Pulang ke rumah Bandar Baru Bangi jam 2.00 petang. Suasana adalah tenteram dan rasa syukur kepada Allah terluah dari diri dan keluarga.

Sekian.

May 6, 2021

 

HAMPIR  KECEWA

(Fikrah Bangi:  900),

BBB: 24 Ramadhan 1442H. =  06 Mei 2021M. (Khamis).

Pemergian Penulis dengan anakanda Muhammad Nadzmi ke Klinik Mata Universiti Malaya pada 19 Oktober 2020 telah menyelesaikan masalah darah naik dan kembali normal dan membolehkan untuk dibedah mata sebelah kanan, bahkan pada hari itu bayaran deposit sebanyak RM1048/= telah dilakukan.

Pada hari itu pemeriksaan mata kanan telah dilakukan oleh Dr.-Dr. Yang bertugas yang hampir keseluruhannya perempuan. Dari kelulusan yang didapati, pihak Dr. Yang memeriksa meminta  pihak Penulis ke kaunter pendaftaran bagi mendapat tarikh pembedahan yang biasanya dilakukan pada hari Rabu.

Setelah mendaftar dan tarikh yang diberikan ialah pada Rabu 28 Oktober 2020. Penulis kembali ke rumah dengan rasa puashati dan menunggu tarikh pembedahan yang diharap dapat melengkapkan rawatan bagi kedua belah mata Penulis.

Sebagaimana Penulis telah katakan bahawa pihak Klinik Mata, bahkan dilihat sebagai budaya kerja, terutama di Fakulti Perubatan Universiti Malaya adalah smart dan penuh dedikasi, sebagai contoh keesokan hari, iaitu pada  Selasa 20 Oktober 2020, pihak Klinik Mata Universiti Malaya berkenaan telah menelefon Penulis, memberi ingatan dan confirm bahawa pada tarikh Rabu  28 Oktober 2020 pihak Klinik telah confirm tarikh  pembedahan mata kanan Penulis dan mengingatkan juga Penulis supaya menelefon kepada Klinik confirmation tentang kehadiran Penulis untuk pembedahan esoknya, iaitu antara jam 2.00 hingga 4.00 petang. Ini bagi mengelak dari berlakunya ketidakhadiran, kerana keuzuran atau lupa.

Untuk makluman, oleh kerana perlaksanaan PKP dan bagi mereka yang mau merentas sempadan dikuatkuasakan dan  perlu mendapat kebenaran dari pihak Polis. Bagi mendapat kelulusan dan tidak terganggu pemergian pada hari pembedahan, maka pada 16 Oktober 2020 Penulis telah pergi ke Balai Polis Bandar Baru Bangi bagi mendapatkan permit kelulusan ke Kuala Lumpur pada 28 Oktober berkenaan. Sememangnya esoknya sehari sebelum pembedahan, iaitu  jam 2.10 petang Penulis menelefon kaunter klinik memaklumkan, bahawa esok insya Allah confirm akan hadir.

Sebagaimana pada pembedahan bagi  mata kiri yang lepas (19.8.2020), Penulis tidak perlu pergi ke kaunter pendaftaran yang biasanya memakan masa yang lama untuk mendapat giliran, sebaliknya diminta terus hadir ke tempat cek pembedahan.

Pada pagi hari 28 Oktober 2020 itu Penulis sekali lagi diiringi dan dihantar pemergian oleh anakanda Muhammad Nadzmi dan setelah mendapat tempar parkir, kami terus ke Menara Timur, Tingkat 4 bagi urusan pembedahan. Setelah dicheck nama dan dalam masa yang tidak begitu lama, kami seorang demi seorang dipanggil ke dalam. Enam orang. Pada bilik dalam Penulis dan yang lain juga diminta menyalin pakaian. Pakaian sendiri dilipat dan dimasukkan ke dalam locker dan kasut pada bahagian bawah. Barang-barang penting seperti purse, kad pengenalan dan jam diserahkan kepada anakanda Muhammad Nadzmi yang menunggu di bahagian luar.

Pakaian bagi menghadapi pembedahan ialah kain dan baju berwana biru kelabu. Setelah menukar pakaian kami diminta ke bahagian dalam, iaitu tempat menunggu yang di dalamnya terdapat peserta-peserta yang lain berjumlah enam orang. Proses menunggu giliran agak lama. Apabila tiba giliran Penulis dua terakhir, seorang  Pegawai dari UITM yang membuat latihan Kepakaran Mata – Profesor Madya, telah menguji mata Penulis. Maka Penulis secara jujur memaklumkan masalah penglihatan double image. Pegawai  ini menyatakan oleh kerana mata Penulis ada problem, maka dia membuat keputusan, bahawa Penulis  perlu melalui rawatan mata berkenaan terlebih dahulu sebelum menghadapi pembedahan. Penulis terkejut dan rasa kecewa, keputusan yang diambil pegawai berkenaan, bahawa pembedahan yang sepatutnya dilakukan terhadap Penulis pada hari itu dibatalkan. Keputusan beliau ini tidak dibantah oleh kakitangan  klinik yang mengurus keluar masuk mereka yang dibedah. Penulis terfikir berapa kali dan lama lagikah Penulis terpaksa berulang alik ke Universiti Malaya bagi memulih penglihatan `double images` yang dihadapi Penulis.

Dengan  rasa kecfiwa,Penulis menukar pakaian untuk menghadapi pembedahan – kain, baju dan topi pakaian pembedahan dibuka dan bersalin dengan pakaian asal yang dibawa. Perkara ini dengan rasa keciwa Penulis memaklumkan kepada anakanda Muhammad Nadzmi, bahawa pembedahan dibatalkan dan pakaian bagi menghadapi pembedahan itu dipulangkan kepada pekerja yang menyelia mereka yang  dibedah.

Dengan rasa kecewa dan suspend memuncak Penulis mengajak anakanda Muhammad Nadzmi pulang !

 

Sekian.

May 5, 2021

 

KE ARAH  PEMBEDAHAN  MATA  KEDUA

(Fikrah Bangi: 899),

BBB: 23 Ramadhan 1442H. = 05 Mei 2021M. (Rabu).

Pulang dari check mata ( kelima)  Khamis 27.8.2020  yang dihantar dan pulang oleh anakanda Muhammad Nadzmi Penulis dapat dikatakan kembali bertugas dan berurusan seperti biasa – ke Pejabat menulis dan ke Masjid Al-Umm menguruskan pentadbiran masjid tersebut. Segala arahan Doktor supaya tidak mengangkat barang yang berat, tidak tunduk ke bawah dalam tempoh 12 minggu adalah dipatuhi. Penggunaan ubat mata secara titis diikuti.

Dalam masa hampir dua bulan  (27.8.2020 = 12.10.2020) adalah merupakan tarikh menunggu bagi pembedahan bagi mata kedua – sebelah kanan.

Sebagaimana temujanji yang dibuat, maka pada pagi Isnin Jam 7.30 pagi 12.10.2020 Penulis bersama anakanda Muhammad Nadzmi ke Klilnik  Mata, Universiti Malaya. Proses kali kedua hampir sama mengulangi proses pertama, di samping mempunyai kelainan-kelainan. Pemergian bagi proses kedua ini terasa macam biasa. Pemergian pun hanya bersama seorang yang menemani Penulis, iaitu anakanda Muhammad Nadzmi. Proses yang dilalui adalah pendaftaran yang kad dan rekodnya sudah sedia ada. Cuma menunggu giliran agak memakan masa.  Pemergian kali pertama bagi proses kedua ini adalah bersifat pemeriksaan – check.

Check  kesihatan pertama ialah mengenai mata, pembacaan huruf yang tentu tidak seimbang antara sebelah kiri yang lebih terang dari segi pembacaan dan sebelah kanan yang masih kelabu dan perlu kepada pembedahan itu. Apabila tiba kepada pemeriksaan   darah, maka didapati darah naik tinggi. Check kali pertama ialah 205 dan bila check pada kali kedua turun sedikit kepada 185. Darjah normal adalah antara  140 dan 40. Mungkin pada paginya ada makan makanan yang menyebabkan suhu darah naik. Untuk dikatakan berdebar dan gemuruh, sebelum daripada ini tidak berlaku sedemikian.

Sebagai keputusan perlu diturunkan darjah darah Penulis. Dan pada hari itu pihak Klinik Mata membekalkan ubat darah tinggi. Dalam tempoh seminggu sebelum hadir kepada pemeriksaan seterusnya Penulis perlu mendapatkan laporan darah, sama ada perlu pergi ke klinik swasta  dan sebagainya.

Penulis meminta anakanda Hidayah yang berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur membawa sample darah Penulis pada 16.10.2020 dan dibawa ke makmal di HKL dan keputusan secara detail dapat pada 18.10.2020, iaitu tekanan darah Penulis kembali normal (pembacaan secara detail bersifat teknikal,  panjang dan rumit)..

Sebenarnya mulai dari 16.10.2020 Penulis sendiri menggunakan alat Blood Pressure OMARU (Korea) yang ada di rumah,  Maka didapati tekanan darah sebagaimana berikut:

16.10.2020    masa 3.30 petang   138    75     68 

17.10.2020    masa  10.00 pagi     129    78     67

18.10.2020    masa    9.50  pagi     121    78     78

Dari data di atas menunjukkan bahawa tekanan darah Penulis kembali normal.

Proses seterusnya, ialah hadir ke Klinik Mata Universiti Malaya bersama anakanda Muhammad Ndzmi untuk check darah dan mata kanan bermula hadir pada jam 8.00 pagi.

Proses pendaftaran dan menunggu agak memakan masa hingga jam 12.00. Chech darah dan kali ini normal disebut  sebagai  5.5 – Ok. Pemeriksaan mata kanan juga dilakukan. Problem sebagaimana dulu juga timbul berhubung dengan bearing bebola mata dan ada double penglihatan. Walau bagimana confirm dapat dibedah.

Sebagaimana  kali pertama, Penulis dikehendaki membayar deposit sebagai sebahagian dari bayaran yang dituntut dari Kerajaan – Universiti sebagai Badan Berkanun.

Setelah mendapat borang bayaran,maka bayaran dilakukan sedikit rendah dari dahulu iaitu sebanyak RM1,048/= (dulu RM1340). Semua bayaran ini boleh dituntut kembali. Setakat ini kedua-dua bayaran ini tidak dituntut Penulis.

Adapun tarikh bagi pembedahan bagi mata kedua Penulis ialah pada Rabu 28.10.2020 di Tingkat 4, Menara Timur, jam 7.30 pagi.

Sekian.                                              

May 4, 2021

 

PROBLEM DISEDARI DARI AWAL

(Fikrah Bangi: 898),

BBB: 22 Ramadhan 1442H. = 04 Mei 2021M. (Selasa).

 Antara problem yang disedari berhubung dengan mata Penulis sejak dari pemeriksaan awal pada 2.7.2020 dan berterusan pemeriksaan  yang dilakukan  beberapa kali beriuktnya, bahawa dalam pemeriksaan diminta Penulis menggerakkan bebola mata ke kiri ke kanan juga ke atas dan ke bawah ada tanda-tanda, terutama pada mata kanan tidak berlaku  pergerakan normal dari segi bearing pergerakan, biarpun Dr. Yang memeriksa – lebih dari seorang pada masa berlainan cuba adjust dan menormalkan dari segi `bearing`. Istilah bearing ini digunakan oleh Penulis sebagai ganti yang digunakan oleh seorang Doktor sebagai `Juling`. Penulis tidak bersetuju dengan istilah ini, kerana juling berbeza dengan apa yang berlaku. Fokus penglihatan tidak berlaku sebagai mata yang juling. Cuma selepas pembedahan dan penggantian dengan cornea ke atas tempat katarak yang dikeluarkan, bahawa bagi penglihatan langsung tidak bermasalah, tetapi kiranya penglihatan ke sisi, misalnya bila mau corner kereta yang dipandu, maka bagi mendapat side dan pandangan yang jelas, maka mata kanan dipejamkan, maka penglihatan menjadi lebih jelas bagi mata kiri yang baru pulih slepas pembedahan.

Keadaan ini bukan saja semasa mau corner kereta, tetapi juga bagi penglihatan biasa, bila mau memandang ke sisi tepi, maka untuk mempastikan agar lebih jelas dipejamkan mata kanan dengan menggunakan mata kiri.

Problem yang kedua yang biasa dialami oleh orang yang dibedah sebelah mata, sebelum membedah bagi mata yang kedua, sebagaimana diberitahu oleh orang dibedah sebelah mata dan dialami oleh Penulis, bahawa pada peringkat awal berlaku ketidakkeselarasan dari segi penglihatan. Sering kelihatan dua objek yang berlainan yang tentu membahayakan, terutama bila memandu. Jika penglihatan mau dipastikan supaya tidak tersilap pandangan,maka dipejamkan mata kanan yang belum dibedah dan lebih lemah dari segi pandangan,ialah dengan menggunakan mata kiri yang baru dibedah dan lebih jelas dari segi pandangan.

Ada yang berpendapat dan itulah yang diharapkan, ianya bersifat sementara dan akan disesuaikan dan menjedi selaras bila berlamaan. Keadaan ini akan menjadi lebih baik bila sebelah lagi mata dioperate. Dalam erti kata yang lain kedua-dua belah mata dibedah sama.

Walau bagaimana dengan pembedahan yang berlaku, walaupun baru pada sebelah kiri, Penulis merasa bersyukur kepada Allah, kerana mata kiri yang sebelum ini telah tertutup dan tidak dapat melihat kini dapat melihat dengan terang. Problem yang Penulis anggap kecil, tidak sangat menjadi kegusaran, lantaran penglihatan kembali normal, walaupun sebelah kanan kurang terang, tetapi aktiviti membaca dan menulis, berjalan dan memandu dapat dilakukan dan kembali kepada normal.

Selepas pembedahan pertama, ialah pematuhan dari segi pengubatan. Ubat yang dibekalkan adalah semuanya bersifat air (cecair).  Setiap hari sebelum menitiskan cecair ke dalam mata (tiga jenis), ialah membasuh tangan  dan membasuh mata dengan air steril dan membersih mata dengan bebola kapas yang dibasahkan dengan air steril. Ini dilakukan tiga kali sehari terutama sebelum menitiskan ubat mata ke dalam kelopak mata. Ada ubat utama yang diminta dititiskan setiap tiga jam sekali, jenis ke dua tiga kal;i sehari dan ada yang satu kali sehari. Pada akhirnya satu jenis ubat mata cecair digunakan tiga kali sehari sehingga bekalan ubat berkenaan habis.

Dari pengalaman yang dilalui, selepas pembedahan mata dan melakukan rutin menitiskan ubat ke dalam mata, tidak menimbulkan masalah. Penulis tidak mengalami sebarang komplikasi atau sebarang kesakitan. Pantang larang yang dikenakan, terutama tidak boleh tuntuk dan tidak boleh mengangkan barang-barang berat adalah dipatuhi sepenuhnya. Dalam masa 12 minggu, bila Penulis pergi  solat Juma`at dan berjamaah adalah selalu mengambil kedudukan ditepi, lantaran menggunakan kerusi bagi  mengelak dari terputusnya barisan berjamaah.

Sejak dari awal Penulis dibayangkan, bahawa pembedahan bagi mata kanan yang boleh disifatkan 50% berkatarak juga akan dilakukan. Ulang alik fizikal bagi rawatan mata kiri adalah sebanyak lima kali. Dapat Penulis katakan bahawa perkhidmatan yang dilakukan di Klinik Mata di Universiti Malaya ini adalah dilakukan secara teliti dan berjadual secara teratur.

Pemergian terakhir bagi rawatan mata di sebelah kiri ialah pada Khamis 27.8.2020. Selain dari mata diperiksa, Penulis menerima nasihat dari segi penjagaan, khususnya  menitiskan ubat sebagaimana dijadualkan, tidak tunduk dan tidak mengangkat barang yang berat. Proses ulang alik dan menerima nasihat ini berlaku dalam tempoh lebih kurang dua bulan. Anak-anak amat membantu dan bergilir mengiringi pemergian Penulis ke Universiti Malaya.

Pada pemeriksaan terakhir Penulis menerima tarikh temu janji bagi pemeriksaan bagi pembedahan mata sebelah kanan ialah pada Isnin 12.10.2020, iaitu kurang dari bulan dari pembedahan mata pertama.

Sekian.

May 3, 2021

 

ARAHAN  SELEPAS PEMBEDAHAN

(Fikrah Bangi: 897),

BBB:   21 Ramadhan 1442H. = 03 Mei 2021M. (Isnin).

Selepas pembedahan dilakukan, banyak arahan yang perlu dipatuhi agar rawatan mata selamat. Peringatan yang penting diberi, bahawa Penulis perlu hadir keesokan hari selepas pembedahan untuk rawatan susulan dan melihat perkembangan hasil pembedahan yang dilakukan. Keesokan – 20 Ogos 2020 sehari selepas pembedahan, ialah Khamis 01 Muharram 1442H. tahun baru Hijrah dan pejabat-pejabat adalah ditutup, walau bagaimana Penulis dan mereka yang lain berkenaan dikehendaki hadir bagi temu janji dan pemeriksaan mata. Selepas pembedahan mata dan pulang Penulis dalam kesyukuran dan bergembira kerana mata kiri yang sebelum itu tidak nampak, kembali berfungsi. Penglihatan amat terang. Namun mengelak dari becar, mata berkenaan sejak selepas dibedah dilindungi dengan eye shield (sebelah) berwarna meron gelap yang dilekatkan ke permukaan mata dengan pelekat micropore (micropore tape). Tujuan pemakaian tidak saja bagi melindungi dari cahaya yang kuat, tetapi juga bagi melindungi mata dari terkena sentuhan, terutama pada waktu tidur. Penulis juga gunakan cermin mata hitam bagi kedua-dua belah mata pada masa bergerak dan tidur agar mata tidak terganggu. Sebagaimana disebut ubat mata yang bersifat cecair tiga jenis dibekalkan. Juga dibekalkan alat pembersihan mata, iaitu bebola kapas, pelapik mata steril, pelekat micropore dan air steril 500ml.

Pada hari kedua selepas pembedahan Penulis dikehendaki hadir pada sebelah pagi. Oleh kerana hari tidak bekerja, tidak ramai pesakit yang hadir, melainkan mereka yang mempunyai temu janji khas sebagaimana Penulis. Pada pagi ini anakanda Muhammad Nadzmi yang sama tinggal  (di Seksyen 4 Tambahan)  di Bandar Baru Bangi datang pagi-pagi dari rumahnya ke rumah di Seksyen Satu dan bertolak ke Hospital Mata Universiti Malaya. Pada hari tutup pejabat ini tidak perlu melalui proses pendaftaran sebagaimana biasa, sebaliknya terus ke tempat pemeriksaan mata. Ahmad Zakir juga tiba hadir kemudian.

Penulis bersama Muhammad Nadzmi terus ke tempat pemeriksaan. Tempat kali ini berlainan dari tempat biasa, iaitu tingkat tujuh, Menara Timur, Hospital Mata. Tidak ramai pekerja yang bertugas. Bila tiba di atas tidak perlu menunggu giliran, bahkan terus mendapat giliran. Arahan pertama ialah ke ruang membaca huruf dari besar ke kecil. Penulis membaca huruf-huruf yang diminta baca, khususnya bagi mata sebelah kiri, juga mata sebelah kanan. Tidak semua dapat dibaca, khususnya pada peringkat kecil, lebih-lebih lagi bagi sebelah kanan. Walau bagaimana dapat disimpulkan dapat membaca secara normal.

Selepas ujian membaca, Penulis diminta ke bilik pemeriksaan mata. Dr, Mata lelaki dan dua pembantu bersama. Mata yang baru dibedah itu diperiksa dengan alat pemeriksaan yang sering dilakukan sebelum ini pada bahagian-bahagian pemeriksaan yang lain. Tujuan pemeriksaan hari ini lebih kepada mempastikan dari pembedahan tidak berlaku simpton yang serius. Misalnya mata merah pertanda berdarah atau sebarang kesakitan yang berlaku. Setelah pemeriksaan dilakukan lebih kurang suku jam, pihak Dr. Berpuashati dan sebagai memberi perakuan pembedahan adalah berjaya, tetapi perlu menjaga arahan-arahan seterusnya.

Antara arahan misalnya jangan tanggalkan eye shield, tidak boleh mengangkat barang yang berat.Jangan menggosok mata anda, jangan meneran (seperti masa membuang air besar) atau membuat kerja-kerja dan latihan berat. Jangan baring atau tidur pada sebelah mata yang telah dibedah pada minggu pertama. Hindarkan daripada memakai alat-alat solek (khususnya bagi perempuan) sekurang-kurangnya dua minggu selepas pembedahan.  Dilarang tunduk – secara khusus disebut tidak boleh sujud di dalam solat. Berpantang dari tunduk seperti sujud ini ialah selama 12 minggu.

Walau bagaimana selepas dua hari pemakaian eye shield yang ditampal dengan tape yang menghalang dari merata air pada kawasan muka daripada mengambil wudhu, Penulis telah tidak menggunakannya, sebaliknya terus menggunakan cermin mata hitam yang fungsinya sama dengan penutup mata sebelah sahaja itu. Dengan demikian tidak menghalang dari meratakan air di muka semasa mengambil wudhu``.

Walau bagaimana Penulis amat mematuhi, agar tidak menundukkan mata, khususnya sewaktu sujud. Jadi selepas pembedaha solat adalah dengan menggunakan kerusi dan waktu ruku` dan sujud dengan secara isyarat. Pantang menundukkan mata ke bawah ini dijaga oleh Penulis berterusan sehingga 12 minggu. Ini adalah bagi mengelak dari gagalnya  pembedahan.

Selain daripada itu berpantang juga dari segi makan minum agar mata tidak sakit  dan  selamat.

Sekian.

May 2, 2021

 

PEMBEDAHAN  DILAKUKAN

(Fikrah Bangi: 896),

BBB:  20 Ramadhan 1442H. = 02 Mei 2021M. (Ahad).

Selepas tiba di tingkat 4, Menara  Timur, Hospital Mata, Universiti Malaya pada jam 7.30 pagi 19 Ogos 2020  dengan diiringi anakanda Ahmad Zakir dan mendaftar, maka pihak petugas (nurse) memanggil nama yang mendaftar masuk ke dalam bilik pertama dan diarahkan menyalin pakaian kepada kain dan baju biru kelabu dan kepala memakai penutup sebagai topi nipis, manakala pakaian sendiri yang disalin diminta dimasukkan ke dalam locker tidak berkunci, termasuk di bawah disimpan selipar, manakala barang-barang peribada dan berharga seperti kad pengenalan dan purse serta jam tangan  diserah kepada anakanda di luar. Selepas memakai pakaian khas di bilik berdekatan bilik air, pesakit setelah melalui cek nama dan bergerak ke bahagian – Bilik Menunggu.

Bersama dalam bilik menunggu, ada dua orang petugas, kebanyakan petugas di mana jua adalah perempuan, kurang lelaki.  Mereka menerima arahan panggilan giliran ke bilik bedah. Bersama pesakit yang sama menunggu adalah enam orang, tiga lelaki dan tiga perempuan, kesemuanya berusia agak lanjut. Semua diambil ukuran suhu badan. Terdapat seorang  yang gemuruh badannya dan naik suhu lebih dari ukuran sepatutnya. Menurutnya dia telah datang beberapa kali, pada asalnya ok, tetapi bila tiba giliran menunggu, suhu naik dan pada hari ini dia tidak dapat dioperate kerana, suhunya mendadak naik.

Giliran pembedahan bagi diri Penulis ialah ketiga. Panggilan awal pertama sejak 8.30 dan dia disorong oleh petugasdi atas kerusi roda dan dibawa merentasi beberapa bilik ke bilik pembedahan. Tempoh penungguan lebih dari setengah jam untuk panggilan seterusnya. Penulis menunggu, lebih dalam keadaan senyap dan berdo`a kepada Allah mohon keselamatan, termasuk yang lain. Tiga yang lain bukan Islam. Giliranku dipanggil jam 11.00 pagi dan disorong dengan wheelchair merentasai beberapa bilik hingga berada di luar bilik bedah kurang lebih suku jam, sementara menunggu persiapan tempat selepas pesakit sebelumnya selesai. Diri, walaupun relatifnya tenang, tetapi dalaman penuh harap memohon Allah mengurnikan keselamatan.

Bila pintu dibuka dan disorong ke dalam kelihatan ruang bedah agak luas dengan satu katil pembedahan dengan peralatan bedah utama di atas kepala dan bahagian atasnya tergantung  peralatan-peralatan lain. Beberapa pembantu berada berdekatan. Penulis didekatkan kepada katil pembedahan dan naik ke atas dan ditutup tubuh dengan selimut khas dari kaki ke atas dan dipastikan diri dalam keselesaan.

Pada bahagian atas, maksud kepala dibuka dan ditanya Penulis mata yang mau dibedah. Penulis jawab adalah mata kiri. Soalan adalah sebagai pemastian dan melihat ingatan Penulis.Pakar Mata yang membedah Penulis (dipastikan kemudian), ialah Prof. Dr. Norlina. Pembedahan berjalan dan Penulis di dalam keadaan sedar.Ketika pembedahan tidaklah berlaku kesakitan yang melampau. Dr. Dan pembantu menyebut alat-alat yang digunakan. Agak rumit proses pembedahan dilakukan, termasuk penggunaan bahan bagi meletakkan pada cornea mata bagi menggantikan selaput katarak yang dikeluarkan. Dalam proses pembedahan itu Penulis dapat  melihat pergerakan peralatan di atas kepala dan proses operasi yang berlaku melalui mata kanan Penulis yang tidak dibedah. Setelah proses pembedahan berlaku lebih kurang setengah jam dan mata kiri ditutup dengan pelindung mata (eye shield), cermin mata sebelah warna kelabu meron yang dilekatkan dengan ribbon bergetah dari atas (tape). Berikutnya setelah selesai operasi Penulis dipindahkan ke kerusi roda. Penulis bersyukur kepada Allah dan mengucapkan terima kasih kepada semua petugas. Pada masa itu bila mata kiri yang dioperate dapat dilihat dari sebalik eye shield, mata yang sebelum ini tidak dapat melihat, kini adalah cerah dengan kawalan cahaya warna eye shield.

Dari bilik bedah Penulis disorong balik ke bilik menunggu untuk berihat beberapa masa, bagi memastikan  sebarang perkembangan yang berlaku. Penulis dipindahkan dari wheelchair ke kerusi menunggi. Setiap mereka yang sudah siap dioperate dihidang dengan secawan air milo dan tiga keping biskut seperti saiz biskut Jacob. Selepas minum perlu berehat dalam masa lebih kurang satu jam. Sebenarnya bukan rehat semata-mata, tetapi bagi mempastikan perkembangan lanjut, sekiranya berlaku apa-apa perkembangan lanjut maka tindakan  perlu dilakukan. Berikutnya pesakit lain dipanggil menurut giliran. Bagi yang sudah selesai seperti Penulis, menerima arahan-arahan dari petugas di dalam bilik berkenaan. Dua orang, seorang daripadanya begitu peramah.

Setelah menunggu lebih kurang satu  jam, barulah dibenar bergerak keluar dan anakanda di luar diberitahu. Setelah lepas dari bilik menunggu bergerak ke bilik menyalin pakaian dan dapat ke toilet. Setelah menerima pesanan dart petugas barulah Penulis dapat turun dan proses seterusnya ialah mengambil ubat dari kaunter ubat. Oleh kerana menunggu giliran ambil ubat agak lama, pada masa itu anakanda Muhammad Nasim juga hadir, maka Penulis terus pulang ke Bangi dengan Ahmad Zakir dan urusan mengambil ubat diserahkan kepada Muhammad Nasim. Ubat ini dihantar oleh Muhammad Nasim kepada Muhammad Nadzmi yang datang dan membawa pulang ubat.

Semasa bergerak pulang, cahaya bagi mata yang dibedah begitu kuat – becar dan bagi mengurangkan cahaya yang kuat, bererti pembedahan berjaya, mata berkenaan dipakai dan dilindungi dengan cermin mata hitam yang dibeli sebelumnya.

Tiada yang dapat dilahirkan, kecuali al-hamdulillah dan bersyukur kepada Allah di atas kembali berfungsinya mata kiri Penulis.

Sekian.

May 1, 2021

 

TIBA HARI  PEMBEDAHAN MATA

(Fikrah Bangi:  895).

BBB:  19 Ramadhan 1442H. = 01 Mei 2021 (Sabtu).

 Hari pembedahan mata kiri Penulis, iaitu pada Rabu 19.8.2020 adalah hari penting bagi Penulis. Walau bagaimana tidak kurang dari debaran. Ini ialah kerana bimbang menghadapi kegagalan. Ini ialah kerana sejak ujian pertama dilakukan pada 2.7.2020, Penulis dimaklumkan bahawa katarak pada mata kiri Penulis agak tebal dan melitupi saraf-saraf di belakang hingga sukar dipastikan apakah saraf-saraf berkenaan masih hidup dan berfungsi. Penulis juga sedar sejak terakhir  mata ini agak terseorok ke dalam, kerana bila Penulis mau pastikan penglihatan dengan mata kanan, maka terpaksa dipencengkan dan mata kiri ini bergerak ke dalam. Walau bagaimana harapan tinggi dipanjatkan kepada Allah pembedahan berjaya dan mata kiri dapat diselamatkan dan dapat kembali berfungsi sebagaimana biasa. Selama ini Penulis memakai cermin mata sejak lebih kurang 10 tahun lepas.

Persediaan sebelum pembedahan dilakukan sebagaimana diarahkan oleh pihak Hospital Mata, iaitu melakukan pembersihan muka, terutama bahagian mata,syampu rambut dan tidak memakai minyak rambut dan membeli cermin mata hitam untuk dipakai selepas pembedahan (bawa dua cermin mata).

Ingatan dari pihak Hospital mata, iaitu perlu telefon ke Hospital  pada Isnin 17.8.2020 antara jam 2.00 hingga 4.00 petang membuat kepastian, tiada halangan atau tiada perubahan tarikh dan masa yang telah ditemujanji. Seawal jam 2.30 petang pihak Penulis menghubungi no. Telefon yang ditentukan dan membuat confirmation, bahawa tiada perubahan tarikh dan masa pembedahan yang ditentukan.

Pihak Hospital  Mata juga memberi arahan pada bahagian Perkhidmatan Pembedahan Jagaan Harian Jabatan  Oftalmologi, iaitu:

Sila berada di Wad Pembedahan Harian (Day Care Surgery), Tingkat Empat, Menara Timur, PPUM Jam 7.30 pagi pada hari pembedahan. (Sekiranya anda terlewat pembedahan anda akan dibatalkan).

Barang-barang yang perlu dibawa ke Hospital.

1.      Barang-barang persendirian (seperti berus gigi, sabun mandi dan sebagainya). Sebenarnya tidak bermalam. Jangan bawa barang yang tidak berkenaan.

2.     Ubat-ubatan yang diperlukan (bagi kes kencing manis & darah tinggi) dan ubat titis mata.

3.     Dokumen yang perlu dibawa:

Kad Pengenalan, surat jaminan majikan, Kad pencen, kad temujanji dan lain-lain.

Hari  Pembedahan:

1.     Sila mandi pada pagi sebelum pembedahan.

2.     Jangan pakai alat solek atau pewarna kuku.

3.     Jangan pakai sebarang barang kemas.

4.     Sila ambil sarapan pagi yang ringan.

5.     Sila bawa bersama anda semua ubat-ubatan atau ubat titis mata.

Datang bersama penghantar adalah penting, lantaran pakaian dan barang yang dibawa bersama, selain daripada dapat dimasukkan ke dalam locker yang disediakan (pakaian dan selipar), dokumen-dokumen pentang bila sudah digunakan atau tidak perlu digunakan seperti purse bagi Kad Pengenalan, jam yang dipakai dan duit dapat diserahkan kepada pengiring yang datang untuk diambil dan dijaga agar tidak kehilangan.

Pada pagi hari dijanjikan, iaitu pada pagi Rabu (Hari pembedahan Rabu setiap minggu) 19  Ogos 2020 janji telah dibuat dengan anakanda Ahmad Zakir agar datang menjemput Penulis dari Bandar Baru Bangi. Sememangnya sejak jam 7.00 pagi anakanda Ahmad Zakir telah tiba di rumah  dari rumahnya di Bukit Jelutung di Shah Alam. Penulis yang memang menunggu dengan isteri, segera bertolak dua beranak – tidak disertai isteri Ke Jabatan  Optalmologi, Hospital Mata Universiti Malaya. Anakanda Muhammad Nasim yang tinggal di Bungsar Baru, terus hadir bersama ke Universiti Malaya pada pagi itu.

Kehadiran untuk pembedahan pada pagi itu tidak perlu melalui pendaftaran biasa pada tingkat dua, Menara Selatan, sebaliknya diarah terus ke Tingkat Empat, Menara Timur. Check list dilakukan di tingkat ini bersama dengan pesakit-pesakit yang lain yang juga mau melakukan pembedahan.

Sekian.

April 30, 2021

 

PERSEDIAAN

(Fikrah Bangi: 894).

BBB:  18 Ramadhan 1442H. = 30 April 2021M. (Juma`at).

 

Selpas ditentukan tarikh pembedahan mata oleh pihak Optalmologi Universiti Malaya, iaitu pada 19 Ogos 2020, maka persediaan perlu dibuat oleh diri Penulis dan persediaan yang dikehendaki oleh pihak Hospital Mata Universiti Malaya. Antara persediaan yang diambil oleh Penulis mulai dari 5 Ogos, ialah menjaga kesihatan diri, misalnya menjaga makan minum dan mengelak dari meningkatnya kolestrol yang selama ini memang Penulis sedari adanya masalah kolestrol, dan selama ini memang mengambil pil kolestrol, tetapi tidak tetap. Ambil jika merasa berat kepala dan berat bahagian tengkuk, tetapi abaikan dari mengambil pil kolestrol yang berwarna putih untuk elak dari kesan makan ubat. Turut juga diambil ubat darah tinggi yang berwarna merah jambu, tetapi tidak berterusan. Kedua dua ubat telah lama tersedia yang didapati dari klinik swasta dan antaranya dibawa oleh anakanda Hidayah dari HKL tempat beliau bertugas.

Antara persediaan yang dibuat, ialah exercise dan mengeluarkan peluh setiap hari terutama pada petang hari secukupnya. Bagi persediaan untuk mengelak mata bila dibedah dari terdedah secara langsung dengan cahaya, Penulis disebut-sebut perlu memakai cermin mata hitam buat beberapa masa. Sebagai persediaan beberapa hari sebelum tiba tempoh operasi Penulis telah mengunjungi kedai Cermin Mata (Optemetry) di Kompleks Warta dan membeli cermin mata gelap.

Pihak Jabatan Optalmologi sendiri membekalkan arahan pada peringkat permulaan bila datang mendaftar.

Contoh arahan kepada pesakit:

Selepas diberi tarikh pembedahan.

1.     Sila ikut  temujanji yang diberi untuk hadir di klinik mata bagi pemeriksaan darah, jantung dan ukuran kanta `intraoculer lens`.

2.     Sekiranya anda mempunyai pertanyaan sila hubungi no—no telefon yang disediakan.

3.     Pembayaran kanta intraocular lens dan vascoelastic perlu dibuat sebelum hari pembedahan (pada hari review).

Pada satu hari sebelum pembedahan kebersihan diri.

Sila syampu rambut anda. Jangan gunakan minyak rambut. Sila bercukur (jika berkenaan) sebelum hari pembedahan.

Pembatalan Pembedahan

Jika anda tidak berminat atau ingin membatalkan temujanji pembedahan anda perlu hubungi nombor-nombor telefon yang dibekalkan.

Antara nasihat yang diberikan dari peringkat awal bahawa:

Pesakit yang mau menjalani pemeriksaan mata, apalagi  pembedahan dinasihati jangan datang bersendirian ke Hospital Mata. Pesakit hendaklah datang dengan  teman yang mampu memandu. Ini ialah kerana sejak awal datang mendaftar dan memeriksa mata, pesakit akan dititik dengan beberapa cecair ke dalam mata, antaranya bagi mengembangkan urat-urat mata bagi tujuan pemeriksaan. Bila cecair-cecair berkenaan dititik di dalam mata,berlaku kelainan pandangan dan penglihatan becar dan tidak dapat melihat secara normal. Kedua-dua belah mata yang sakit dan mau dibedah dan yang tidak atau belum mau dibedah, maka kedua-duanya dititik dengan cecair. Selepas pemeriksaan dan titik cecair, maka pesakit tidak dapat memandang secara normal dan perlu diiring oleh yang datang bersama. Dalam keadaan demikian, pesakit sudah pasti tidak dapat memandu, sebab itu perlu disertai oleh pengiring bagi pergerakan, lebih-lebih lagi dari segi pemanduan.

Penyertaan teman sebenarnya perlu sama sejak dari menguruskan pendaftaran,bahkan mempestikan giliran dan sering perlu sama ke bilik pemeriksaan Doktor, kerana ada pertanyaan dan keperluan jawapan dari pengiring semasa dari masa pemeriksaan lagi. Kalau pesakit dalam keadaan teruk dan tidak dapat melihat dengan jelas, tetatulah memerlukan pengiring bersama bagi berurusan.

Pesakit yang di dalam keadaan sakit dan tidak jelas penglihatan, bagi mempastikan keselamatan diri wajar diiringi oleh pengiring seperti anak, suami atau isteri dan sebagainya.

Sekian.

April 29, 2021

 

BERPERATURAN DAN TELITI

(Fikrah Bangi:  893),

BBB: 17 Ramadhan 1442H. = 29 April 2021M. (Khamis).

 Dapat dikatakan bahawa antara anggota atau bahagian yang paling penting pada diri manusia adalah mata, jantung dan puncaknya akal. Bayangkan kerosakan mata keseluruhannya menyebabkan diri dalam kegelapan. Hilang dari nikmat memandang, tidak dapat membaca seperti biasa dan tidak dapat memandang kejadian Tuhan, terutama yang kita kasihi. Pendek kata sebahagian dari kurniaan Tuhan ditarik kembali. Jantung pula adalah pusat dari pergerakan badan. Denyut nadi dan pernafasan adalah berfungsi dengan adanya gerakan jantung yang menggerakkan perjalanan darah dan bererti masih hidup. Bila jantung terhenti dan tidak berfungsi, bererti mati. Serangan jantung, sakit jantung dan apa yang berhubung dengan sakit jantung, dikira sebagai sakit yang mengundang maut, baik secara secara bertahap atau mengejut dan maut. Sebab itu sebarang pertanda ke arah serangan jantung seharusnya diberi perhatian dan rawatan dari peringkat awal seperti darah  tinggi, kolestrol tinggi dan sebagainya. Paling ditakuti ialah kehilangan fungsi otak yang dipohon dari Allah dijauhi seperti gila. Tapi yang lebih ditakuti di sini ialah kehilangan fungsi dan daya fikir. Sememangnya ada yang hilang daya ingatan dan terbaring dan perlu diberi perhatian berterusan. Ketuaan juga boleh mengurangkan daya berfikir dan ingatan, iaitu nyanyuk disebabkan usia yang tua.

Masalah yang dihadapi Penulis yang berhubung dengan mata adalah pertanda ke arah sakit yang serius, jika tidak bertindak merawatnya dari peringkat awal. Walaupun Penulis akui dari segi merawat mata ini ada kecuaian, biarpun diperingat kawan sejak 2013, dan pernah dalam pemergian ke Hospital UKM dan bertemu dengan Prof. Dr. Muhaya Pakar Mata di UKM pada masa itu, beliau pernah mencadangkan supaya merawat mata di HUKM, hospital bagi universiti yang Penulis berkhidmat, tapi Penulis merasakan apa yang dihadapi Penulis pada masa itu tidaklah begitu serius.

Tindakan yang serius, sebagaimana disebutkan ialah melalui usaha anak Penulis – Ahmad Zakir yang telah membuat temu janji dari Profesor Dr. Norlina Pakar Mata di Universiti Malaya yang dikenalinya. Pemergian ke Bahagian Mata di Universiti Malaya pada 2.7.2020 membawa kepada temujanji seterusnya.

Pemeriksaan bagi merawat mata, Penulis dapati adalah melalui procedure standard dan penuh ketelitian. Pertemuan pada 2.7.2020 sebagaimana disebutkan dilakukan lebih dari sekali dan menemui beberapa pakar mata yang mau memastikan adakah mata kiri Penulis dapat dipulihkan, kerana katarak begitu tebal melitupi urat saraf ke bahagian bawah dan sukar dikenalpasti apakah ianya masih berfungsi. Dalam pertemuan dan pemeriksaan ini turut sama hadir beberapa pelajar Rawatan Mata hadir yang menjadikannya kes bagi pembelajaran. Walau bagaimana pada akhirnya dibuat keputusan kes mata Penulis diputuskan bagi temujanji seterusnya, iaitu pada Rabu 5 Ogos 2020, iaitu bagi tahap pemeriksaan kesihatan.

Persiapan perlu dibuat bagi pertemuan ketiga ini. Rawatan dan pembedahan mata di jabatan yang dikenali sebagai Jabatan Oftamalogi ini memerlukan kos rawatan yang tinggi. Bagaimanapun sebagai Bekas Pekerja di UKM, maka perlu dibuktikan dengan `Kad Pesara`  yang melayakkan Penulis dikecualikan daripada bayaran. Walau bagaimana sebagai bekas pegawai di bahagian berkanun – tidak sepenuhnya diktiraf sebagai bekas pekerja kerajaan, maka Penulis diingatkan oleh pegawai di bahagian pendaftaran, perlu membayar sejumlah wang deposit dan bila selesai rawatan, maka deposit ini boleh dituntut kembali. Jadi Penulis perlu bersedia dengan sejumlah kewangan.

Sebagaimana dijanji, maka pada pagi 5.8.2020 anakanda Ahmad Zakir bertolak dari rumahnya di Bukit Jelutung di Shah Alam ke Bandar Baru Bangi dan pada jam 8.00 pagi bertolak dari Bandar Baru Bangi ke Jabatan  Oftamalogi di tingkat satu bahagian selatan bangunan. Tiba sebagaimana biasa perlu mendapat no giliran dan menunggu panggilan. Temu janji check kesihatan ini,ialah test pembacaan mata dan berbaring check badan dengan tampalan berpuluh pad pada bahagian badan terutama pada bahagian dada. Pada dasarnya tidak ada masalah yang menghalang daripada penerusan rawatan dan temujanji yang penting bagi rawatan mata kiri Penulis ditentukan, iaitu pada  Rabu 19 Ogos 2020, perlu hadir mulai jam 8.00 pagi. Sebelum pulang anakanda Ahmad Zakir pergi ke bahagian kaunter bayaran. Jumlah bayaran deposit ialah sebanyak RM1,340/=.

Sekian.

April 28, 2021

 

BILA MATA  MAKIN KRITIKAL

(Fikrah Bangi: 892),

BBB: 16 Ramadhan 1442H. = 28 April 2021M. (Rabu).

Dapat dikatakan bahawa Penulis dapat dikategorikan sebagai `Lambat Bertindak` berhubung dengan masalah mata `Kabur Penglihatan`. Tanda-tanda sebelah mata kiri makin kurang penglihatan ini disedari sejak 2013 lagi. Namun oleh kerana tidak serius dan dapat melaksanakan tugas, khusus sebagai ADUN dapat dilakukan sebagaimana biasa, maka tindakan tidak diambil. Y.B. Cikgu Lim Kim Sin ADUN Kajang dari PKR (Penulis ADUN Bangi pada masa itu) pernah menyebut tentang pertanda pada mata Penulis semasa di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor, tetapi Penulis tidak  mengambil serius tentang ingatannya.

Masa agak lama untuk Penulis mengambil tindakan hingga mata kiri yang asalnya masih kelihatan, tetapi kabur dan mata kanan yang dianggap elok mulai sama diserang katarak. Pada peringkat akhir membimbangkan Penulis untuk memandu, kerana pernah melanggar bahu jalan dan penutup roda kiri bahagian depan Kancil tercabut dan pecah. Penulis makin hati-hati memandu sekitar Bangi ke Sungai Ramal sahaja dan sering memasang lampu Kereta Hilux untuk mengelak dari perlanggaran.

Kesedaran awal untuk memeriksa mata hanya berlaku pada Khamis 30.4.2020 bersamaan 7 Ramadhan 1441 H. ketika mengiringi isteri ke Hospital Az-Zahrah bagi memeriksa tangannya yang cedera kerana jatuh di tangga di rumah. Penulis bersama pergi dengan niat mau mememriksa mata dan mendapat nasihat dari Doktor Mata di Hospital swasta berkenaan. Keputusan memperlihatkan mata kiri 6/60 dan mata kanan ialah 4/49. Pada petang hari tersebut anakanda Ahmad Zakir dan lain-lain datang ke rumah atas urusan khusus. Masalah mata dimaklumkan kepada beliau. Beberapa bulan sebelum daripada itu diberitahu melalui kenalan dengan Doktor Pakar Mata di Universiti Malaya bapa mertuanya melalui temujanji dibuat telah dapat merawat kedua belah matanya yang juga menghadapi masalah katarak dan melalui dua kali pembedahan kedua-dua mata mertuanya kembali pulih dari segi penglihatan.

Pada hari itu juga Penulis meminta anakanda Ahmad Zakir membuat temu janji bagi pemeriksaan mata Penulis.

Anakanda Ahmad Zakir berusaha untuk mendapat tarikh temujanji bagi pemeriksaan mata penulis. Akhirnya melalui kenalan Pakar Dr. Mata Universiti Malaya, iaitu Profesor Dr. Norlina tarikh temujanji untuk pemeriksaan mata Penulis ditentukan, iaitu  pada Khamis 2 Julai 2020.

Jam  10.30 pagi Penulis bersama anakanda Muhammad Nadzmi bertolak dari rumah di Bandar Baru Bangi, manakala Ahmad Zakir – adik Muhammad Nadzmi bertolak dari rumahnya di Bukit Jelutung, Shah Alam sama pergi ke Universiti Malaya bagi pemeriksaan berkenaan. Surat pemeriksaan dari Hospital  Az-Zahrah  yang diambil sebelumnya turut sama dibawa. Masalah parkir agak sukar didapai, walau bagaimana pada akhirnya terdapat ruang pada bahagian atas bangunan parkir.

Ada tiga kali proses pemeriksaan terpaksa dilalui.

Proses pertama ialah pendaftaran dan menunggu giliran dipanggil. Setelah agak lama menunggu, sampai giliran dipanggil. Pemeriksaan dilakukan oleh Dr. Mata  bertugas (bukan Dr. Norlina). Menurut Dr. Yang Memeriksa, bahawa mata kanan, relatifnya masih `OK. Masalah bagi mata kiri, oleh kerana selaputnya begitu tebal, maka urat saraf di belakangnya tidak pasti masih berfungsi atau tidak. Tapi diharap masih berfungsi.

Penungguan (masuk)  kali kedua, check terhadap mata kiri dan keputusan perlu dioperate.

Selepas itu beredar ke bahagian temu janji. Keputusan diberi bahawa Penulis dikehendaki datang pada Rabu 5 Ogos 2020 bagi memeriksa kesihatan. Jika tidak bermasalah barulah ditentukan tarikh pembedahan dan pembayaran deposit.

Sekian.