January 15, 2021

 

DARURAT:  SEBAB,KESAN DAN HARAPAN

(Fikrah Bangi: 832),

BBB: 02 Rabi`ul-Akhir 1442H. = 15 Januari 2021M. (Juma`at).

Sejak perisytiharan darurat oleh DYMM. Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong pada Selasa 12 Januari 2021 lepas timbul berbagai-bagai pendapat. Setuju, bertujuan  bagi melawan Covid-19 dan dalam tempoh darurat dari tempoh tersebut hingga akhir Ogos 2021, maka pilihanraya tidak akan diadakan. Jadi perbalahan politik dapat diredakan. Kalangan pembangkang, termasuk Tun Dr. Mahathir Bekas PM berpendapat tidak perlu diisytiharkan darurat dan Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang, bukan saja tidak bersetuju, bahkan menganjurkan supaya semua ahli parlimen menulis surat kepada Yang Di Pertuan Agong supaya menarik balik perisytiharan darurat dan segera mengadakan sidang parlimen bagi membincangkan soal wabak Covid-19 dan masalah ekonomi yang dihadapi negara dan rakyat.

Darurat sebenarnya sudah beberapa kali berlaku di negara ini. Bagi kali pertama berlaku di negara ini ialah darurat bagi melawan komunis yang mengancam negara sejak dari awal kemerdekaan dan berterusan (diangkat secara berperingka)  hingga ke tahun 1960an. Ketika negara dalam proses berkerajaan sendiri rundingan diadakan dengan Pengerusi Komunis Malaya Cheng Peng dengan Tunku Abdul Rahman Ketua Menteri pada masa itu di Baling, Kedah. Ketegasan diambil Tengku, tidak menerima untuk menghalalkan Komunis sebagai parti yang sah. Hasilnya pihak kerajaan di bawah Tengku Abdul Rahman bertegas dan  berjaya membasmikan komunis.

Apabila berlakunya rusuhan kaum di negara ini yang dikenali dengan Peristiwa 13 Mei 1969, maka negara juga berada di dalam keadaan darurat. Curfew diadakan, terutama di Kuala Lumpur. Usaha mengharmonikan negara dilakukan. Nasib bumiputra yang kurang diberi perhatian oleh Tengku Abdul Rahman diutamakan pada zaman pemerintahan  Tun Razak dengan adanya Kementerian Luar Bandar yang Ghafar Baba sendiri mengendalikan kementerian ini semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri., usaha bagi mengharmonikan pemerintahan negara melalui Mageran  seterusnya  pada zaman Tun Razak diadakah pakatan politik antara semua parti – termasuk Pas, hingga melahirkan Barisan Nasional yang dianggotai semua parti, termasuklah Pas diketuai oleh Dato` Asri yang dilantik menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Pemerintahan negara adalah stabil sehingga kepada perlantikan Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri hingga berlaku perpecahan termasuk Pas disingkirkan dari Barisan Nasional.

Berlakunya perisytiharan semua darurat adalah kerana faktor keselamatan. Darurat semasa komunis, bagi menjamin keselamatan negara dari ancaman komunis dari dalam dan juga ancaman subversif dari komunis laur yang kuat pengaruhnya pada masa itu, iaitu di negara China di bawah Mao Tze Tong dan Rusia di bawah Kruscheve. Konfrontasi nyata berlaku antara negara-negara bebas (kapitalis ?) dengan negara-negara komunis.

Darurat yang diisytiharkan oleh DYMM Sri Paduka Yang Di Pertuan Agong adalah juga dari motif keselamatan. Ancaman penyakit yang  berbahaya yang bersifat global dan belum pernah terjadi sebelum ini.  Setahun negara-negara  di dunia bersatu menentang musuh yang tidak nampak, tapi hingga kini masih belum reda, bahkan hingga kini masih meningkat dan tertinggi sebelum dari ini. Ancaman covid-19 merosakkan ekonomi dunia,ramai yang menjadi mangsa -  kematian, hilang pekerjaan dan hidup di dalam kesusahan. Ancaman kali ini merangkumi ancaman darurat-darurat sebelum ini. Ia merangkumi keselamatan, kesihatan, ekonomi dan ketenteraman. Ianya jauh lebih penting dari segi politik yang setengah pihak dari pembengkang tidak henti-henti  menggugat yang dilihat lebih mementingkan kuasa, kedudukan dan kepentingan peribadi.

Ancaman yang merangkumi berbagai aspek ini memang wajar diisytiharkan darurat. Dari darurat komunis menghasilkan keamanan dan kemerdekaan. Darurat akibat dari persengkitaan melahirkan pemerintahan secara Mageran dan mewujudkan pemerintahan secara kerjasama semua parti dan pihak membawa kepada keamanan.

Kita berharap dari pengisytiharan darurat terbaru ini akhirnya juga  akan menghasilkan kesejahteraan, bersifat pakatan. Dalam keadaan sekarang pilihanraya bukan cara  segera mencapai kesejahteraan, kerana bukan sahaja bahaya wabak akan lebih merebak, tetapi kemungkinan keputusan pilihanraya mungkin mengulangi situasi kini, tiada yang mampu mencapai majoriti secara jelas mengatasi parti-parti yang lain.

Lantaran itu darurat, selain dari bertujuan utama bagi memulihkan negara dari ancaman Covid-19, khususnya jika penggunaan vaksin menghasilkan kejayaan, tetapi dengan darurat  memberi tempoh bertenang bagi pihak pemerintah dan pembangkang mencari solusi kerjasama atau pendekatan yang terbaik yang memberi kestabilan politik kepada negara ini seterusnya dapat memulihkan ekonomi dan kehidupan rakyat negara secara normal kembali – Insya Allah.

Sekian.

5 comments:

  1. Such outstanding post is simply unbelievable! Keep posting!
    japanese class in petaling jaya is strive to deliver the best linguistic services to our clients. Based in Petaling Jaya, Ringo has been providing the finest quality of learning experience and translation services for corporate clients and language learners since 1999.
    language centre in petaling jaya
    japanese class in petaling jaya
    korean language class in petaling jaya
    thai language class in kuala lumpur
    german language class in kuala lumpur
    mandarin language class in kuala lumpur
    vietnam language class in kuala lumpur
    translation company in kuala lumpur
    translation service in malaysia

    ReplyDelete
  2. Thank you for this excellent post. Very informative!
    kiss918 online is arguably the most prominent online casino in Malaysia, bringing you the hottest, top trending games on the internet, all in one destination. 918 Kiss has all sorts of entertainment content, ranging from fishing games and live table games to one of our main attractions that is slot games.

    ReplyDelete
  3. I really appreciate your blog. Simply awesome!
    Natural Joint Supplements Duplex® strives to be your trusted healthcare brand, a brand that will never settle for less than the best. We firmly believe your health matters. At Duplex®, we pledge to make your well being our priority. Our aim is to deliver effective, yet affordable healthcare simply because we believe good health makes living more meaningful. We are your trusted ally on the journey to attain a healthy mind, body and spirit.

    ReplyDelete
  4. What an amazing post! Keep up the good work!
    joint supplement malaysia Duplex® strives to be your trusted healthcare brand, a brand that will never settle for less than the best. We firmly believe your health matters. At Duplex®, we pledge to make your well being our priority. Our aim is to deliver effective, yet affordable healthcare simply because we believe good health makes living more meaningful. We are your trusted ally on the journey to attain a healthy mind, body and spirit.
    anti inflammatory natural medicine
    supplements for painful knee
    botanical powder mix & antioxidant rich foods

    ReplyDelete
  5. Terrific post! Love your work!
    Web Design Malaysia Web Design KL Rebrand specialise in website design, e-commerce solutions, digital marketing, branding strategy and much more. We strongly believe that having a high-quality website doesn't necessarily need to cost a huge sum of money. Hence, we are a group of professionals that came together with a goal in mind: to deliver excellent web designs that provide value to our customers that range from startups to enterprises and large organisations.
    Web Design KL

    ReplyDelete