2020-AN:
PENYIMPANGAN, ANJAKAN DAN CABARAN
(Fikrah
Bangi: 887),
BBB: 03 Sha`ban 1442H. = 17 Mac 2021M. (Rabu).
2020
adalah tahun yang menarik dari segi bilangan tahun sejarah. Sebelum melangkah
ke abad 21 lagi pemimpin negara kita melihatnya sebagai angka yang significant
dan meletakkan angka tersebut sebagai petanda bagi satu wawasan, iaitu
``Wawasan 2020``, satu wawasan dalam
mana bangsa Malaysia pada masa itu diharap menjadi `Bangsa Maju` berganding dengan
negara-negara seperti Jepun dan Korea
Selatan. Sebagai katalis bagi menggerakkan Bangsa Malaysia Maju, maka
disertakan dengan slogan `Wawasan 20` seperti ungkapan, `Pandang Ke Timur`.
Pemimpin yang menggariskan harapan bagi Malaysia Maju dengan Wawasan 2020,
tidak lain daripada Dr. Mahathir yang beliau dilihat hingga ke akhir abad 20
sebagai `Pemimpin yang tidak tercabar, bahkan pada kulit luar bagi sebuah
majalah, iaitu MASSA`, Mahathir disifatkan pemimpin yang Kekal Supreme (Massa,
25 Oktober 1997). Walaupun Mahathir terpaksa berundur pada awal abad ke 21,
tetapi beliau dapat kembali berkuasa pada Mei
2018, menjelang dua tahun 2020, tetapi pada 2020 ini berlaku `Penyimpangan`, bukan saja wujudnya pengakuan
bahawa Wawasan 2020 sebagai gagal, tetapi kerajaan yang memerintah yang
dipimpin Dr. Mahathir yang dikenali sebagai Kerajaan Pakatan Harapan` tumbang
dan diganti oleh Pakatan Nasional yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
mulai dari awal Mac 2020. Ertinya bukan saja pada 2020 itu tidak dapat
direalisasikan Wawasan 2020. Ianya dapat dikatakan sebagai `Penyimpangan` dari
visi dan misi yang diasaskan sejak dari zaman pemerintahan Mahathir bagi
penggal pertama, tetapi bersama gagalnya Wawasan 2020, ialah gagalnya visi dan
misi Pakatan Harapan.
Sebenarnya
penyimpangan dari perancangan normal, banyak berlaku pada 2020. Dilihat dari
segi politik kerajaan PH yang dilihat sebagai teguh dengan majoriti yang kukuh adalah satu penyimpangan bagi sejarah politik
negara yang di luar jangkaan. Sekarang adalah dilihat pertarungan berlaku dari
segi politik antara PN dan PH bagi menguasai politik negara. Dalam pertarungan
ini belum dapat dipastikan apakah penyimpangan yang mungkin berlaku yang akan
menjajarkan politik negara.
Satu
peristiwa besar yang meletakkan bukan sahaja negara kita di dalam kegawatan,
bahkan dunia secara Global di dalam kegawatan, iaiah berlakunya wabak
pandemik yang bermulanya dari Wuhan di
negara China, sejak akhir 2019. Adalah di luar dari jangkaan dunia Covid-19,
sebagai musuh yang tidak nampak ini merebak ke seluruh dunia, tanpa mengira
bangsa maju atau mundur , miskin atau kaya. Bahkan negara-negara kaya seperti
Amerika, negara-negara UE di Eropah adalah negara-negara yang teruk mengalami
wabak berkenaan. Kini lebih dari dua juta setengah penduduk dunia mengalami
kematian dengan Amerika mengalami kematian lebih dari setengah juta jiwa,
diikuti dengan Brazil, India, Rusia, UK, Perancis, Italy, Spain, Turkey dan
Germany. Malaysia tidak terkecuali dari mengalami wabak berkenaan dan terakhir
jumlah kematian ialah 1,210 (+ 4).
Wabak
Covid-19 adalah benar-benar penyimpangan dari normal kehidupan dunia. Akibat
dari kebimbangan yang dihadapi secara global ini, menggerak dunia bekerjasama
secara global bagi menghapuskan Covid-19 ini. Sejak dari awal Covid-19 ini
disedari,maka berbagai-bagai negara, terutama negara-negara maju menghasilkan Pfizer dari Amerika dan German, Astra Zanica di
UK dihasilkan dengan kerjasama Universiti Oxford, Cinovax dihasilkan oleh
China, Sputnik 5 dihasilkan oleh Rusia dan terakhir ialah jenama Johnson and
Johnson yang dihasilkan di Amerika.
Walaupun
peluang menmghasilkan vaksin akan mendapat pulangan ekonomi, tetapi semua pihak
menyedari bahawa Covid-19 tidak dapat dihapuskan tanpa kerjasama secara global.
Ertinya jika sebahagian negara saja divaksin, maka keselamatan negara yang
divaksin tidak terjamin, dijangkiti dari negara yang tidak divaksin, lantaran
itu kempen pada peringkat dunia di bawah pimpinan Bangsa Bersatu dilakukan bagi memvaksinkan seluruh dunia.
Antara negara kaya menghantar bantuan vaksin kepada negara miskin secara
percuma.
Amalan
sedemikian dilakukan dinegara kita,
penggunaan vaksin dilakukan sejak akhir Februari 2021 melibatkan semua rakyat
jelata dan setiap rakyat dan bukan warganegera juga diberi vaksin secara
percuma. Kerjasama pada peringkat global ini adalah merupakan kesedaran tinggi
kemanusiaan yang dipimpin oleh Bangsa Bersatu dan kerja ini adalagh berterusan
sehinggalah Covid-19 dapat dihapuskan.
Kini trend ke arah penurunan kes Covid-19 mulai berlaku dan memperlihatkan
kejayaan. Semoga keamanan dari ancaman penyakit global dapat dikembalikan dan
manusia diharap kembali hidup normal.
Penyimpangan
dari normal berlaku di dalam berbagai bidang dan anjakan terpaksa dilakukan
menyimpang dari kebiasaan. Ini juga sedang dihadapi manusia secara global.
Sekian.
No comments:
Post a Comment