PERPECAHAN: PENJAJARAN BARU POLITIK ?
(Fikrah
Bangi: 883).
BBB: 23 Rejab 1442H. = 07 Mac 2021M. (Ahad).
Pendapat
yang dikemukakan oleh saudara Ahmad Murtadha dari UUM dan saudara Mujibu Abdul
Muis dari UITM bahawa terdapat dua kumpulan di dalam Umno, iaitu satu kumpulan
mau kerjasama Umno dengan Bersatu dalam
PN diteruskan, manakala satu lagi ialah kumpulan yang mau memutuskan kerjasama
dengan Bersatu selepas bubarnya parlimen. Jelas bibit-bibit perpecahan mulai terdapat di dalam Umno.
Penangguhan
kerjasama sehingga bubarnya parlimen mungkin dapat menyekat dari perpecahan
dari segera menjadi ketara. Jika tidak mereka yang berasal dari Umno terpaksa meletakkan
jawatan dari kabinet dan menjadi kacau dan mungkin perpecahan lebih ketara,
kerana kemungkinan ada yang enggan dari meletakkan jawatan atau mungkin sanggup
berpeindah kepada Bersatu atau parti yang lain di dalam PN. Walau bagaimana di
dalam keadaan sekarang, sudah ada yang tidak berpuashati dan membuat
perhitungan.
Walau
bagaimana, jika situasi sekarang dapat dikekalkan sudah tentu ada perkiraan
ahli-ahli menjelang pembubaran parlimen. Kita kira sebahagian besar dari mereka yang telah diberi kedudukan dan
melihat bahawa potensi PN akan lebih baik bila tibanya masa pilihanraya sudah
membuat pendirian akan berada di dalam PN dan sanggup menghadapi risiko dipecat
dengan adanya jaminan mereka akan terus diberi tempat untuk bertanding. Kumpulan
ini akan berterusan dengan mengukuhkan kedudukan PN dan peribadi. Risiko yang akan dihadapi, bahawa
mereka tidak dibenarkan bertanding atas kawasan yang dimenangi atas tiket
UM+BN. Di dalam hal ini,jika tidak ada kawasan alternatif, maka akan berlaku
pertandingan lebih dari satu lawan satu.
Satu
kumpulan lagi ialah mereka yang menurut hasrat sebahagian pimpinan Umno memutuskan kerjasama dengan Bersatu. Sebagaimana sering
diperkatakan, mana-mana parti yang bertanding secara bersendirian – maksud dengan
BN, maka sukar untuk mendapat kemenangan majoriti. Jadi Umno akan, bahkan
mungkin sudah dibuat pilihan, maka kerjasama yang paling dekat ialah dengan
PKR. Dari segi perhitungan dengan kerjasama dengan PKR ditambah dengan Amanah,
mereka akan mendapat majoriti undi Melayu dan bumiputra.
Tetapi
perlu diingat bahawa satu komponen utama di dalam PH ialah Dap. Belum pernah
sebelum ini ada kerjasama antara Umno dan Dap. Kerjasama Umno dengan Dap akan
mengundang penolakan sebahagian besar pengundi Melayu-Bumiputra terhadap
gabungan Umno dengan PH atau jenama baru yang diberi. Dengan kerjasama dengan
PH yang di dalamnya ada Amanah, maka adalah diharapkan bahawa Amanah mengambil
tanggungjawab menarik pengundi yang kuat
dengan Islam. Ertinya ianya memainkan peranan seperti Pas di dalam PN. Amanah
sebenarnya tidak mampu mengambil peranan Pas. Amanah tidak mampu mendapat pengaruh
di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan kawasan-kawasan yang
kuat dengan pengaruh Islam seperti Pas.
Kerjasama
dengan PKR, membawa jajaran baru politik yang disertai oleh sebahagian dari pendukung
yang mau bekerjasama dengan PKR. Dalam keadaan sedemikian Umno kehilangan
sebahagian besar dari pengundi Melayu yang mendukungnya sebelumnya. Umno juga
akan kehilangan undi Pas yang
bekerjasama dengannya di dalam PN. Kekuatan PH adalah dari dokongan
solid dari kalangan orang-orang Cina terhadap Dap. Perlu diingat dengan
menyeberang kepada PKR, Umno sebenarnya mengabaikan peranan parti komponannya,
iaitu MCA yang kehilangan fungsi dan tenggelam di bawah pengaruh Dap. Bagi
MCA adalah lebih baik kedudukan bersama
BN di dalam PN. Keadaan yang sama dilihat bagi MIC.
Dengan
andaian bahawa Umno akan bekerjasama dengan PKR, maka tugas parti-parti
komponan di dalam PN ialah memberi tumpuan kepada menguasai kerusi-kerusi yang
dipegang oleh Umno sebelum ini. Di dalam hal ini tidak dapat ditolak kemungkinan
akan berlaku pertandingan tiga penjuru atau lebih dari itu. Apakah slogan yang
akan dibawa oleh Umno ? Adakah bertujuan menyatukan orang Melayu melalui PKR
dan Amanah ? Slogan ini sebenarnya tidak tepat dan tidak releven, lantaran
ianya bersama Dap, Umno baesama PKR dan
Dap adalah dilihat buan lagi sebagai parti dominan dan terpaksa merendahkan
suara menurut rentak dan kehendak PKR dan Dap yang bersifat multi-rasial dan
tiada membedakan kedudukan dari segi kaum dan agama. Sebenarnya dengan
menyertai PH (atau nama lain yang diubah), tiada peluang bagi Umno memegang
tampuk pemerintahan. Bermaksud jawatan Perdana Menteri tidak dapat dipegang
oleh Umno. Mereka tidak boleh mengatasi Ketua PKR yang dilihat mendominan di
dalam PH.
Apa
yang dijangkakan bahawa kepimpinan kerajaan, jika melalui PN, maka
sebagaimana telah ditegaskan, termasuk
oleh Pas mereka menyokong jawatan Perdana Menteri diteruskan oleh Tan Sri
Muhyiddin Yassin, tetapi andainya Umno bersama dengan komponan baru dan jajaran
baru
politik, dan jika mereka menang maka jawatan Perdana Menteri adalah
dijangka dipegang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dengan
keadaan sedemikian kedudukan Umno, tidak lebih baik dari beradanya di dalam PN.
Parti-parti lain dalam jajaran baru
disertai Umno tidak akan menyerah kepada Umno memiliki majoriti kerusi. Umno
dengan keadaannya seperti sekarang tidak akan menjadi lebih baik di dalam penjajaran
politik baru yang mau disertainya dan belum pasti mendapat sokongan akar umbi
parti dan rakyat majoriti.
Sekian.
No comments:
Post a Comment