VAKSIN: MARUAH DAN DIPLOMASI
(Fikrah
Bangi: 880),
BBB: 20 Rejab 1442H. = 04 Mac 2021M. (Khamis).
Perang
dan Serangan balas terhadap gelombang Covid-19 dapat dilihat kepada beberapa
tahap. Tahap permulaan dapat dikesan Covid-19 adalah bermula dari Disember 1999
yang dikatakan berasal dari Wuhan, China. Pada peringkat permulaan penerimaan masyarakat
dunia adalah bercampur-campur. Trump Presiden Amerika menerima secara acuh tak
acuh dan mempersenda dari pemakaian pelitup muka dan cuai menanganinya dari
peringkat awal, maka negaranya menerima penangan dengan wabak Covid-19
tertinggi. Seorang Presiden dari negara Amerika Selatan turut sama rakyat
memprotes dari segi SOP dan pemakaian pelitup muka.
Kejutan
pertama bagi negara kita, pada 5
Februari 2020 dikesan rakyat pertama dijangkiti virus Covid-19, puncanya
dikatakan dibawa oleh pelancung dari Cina melalui Singapura. Pada 13.3.2020 WHO mengisytiharkan Covid-19
sebagai pandemik. Negara kita berwaspada dan menurut WHO. Negara kita menyifatkan Covid-19 sebagai wabak dan Perintah
Kawalan Pergerakan mula dilakukan pada 18.3.2020. Kematian pertama berlaku di
Sarawak, seorang paderi dari negeri itu meninggal pada hari itu. Muktamar Tabligh yang
berlangsung di Masjid Seri Petaling yang pesertanya datang dari seluruh dunia
dikaitkan dengan merebaknya Covid-19 tempatan dan keluar. Tiga kawasan yang
diisytiharkan pada 6 April 2020 sebagai
zon merah ialah di Simpang Renggam, Sungai Lui Hulu Langat dan City Tower,
Kuala Lumpur. Kes jangkitan meningkat di
negara ini kepada 3,793 kes dengan 102 positif (54%) dan satu kematian.
Wabak
yang tidak kelihatan secara mata kasar pada
masa itu disifatkan sebagai tiada ubat dan senjata yang utama digunakan ialah
kawalan. PKP pada 18.3.2020 dilanjutkan hingga 14.4.2020 dan dilanjutkan ke
tahap ketiga mulai 15.4.2020 hingga 11.5.2020 dan terus disambung.
Covid-19
pada peringkat dunia yang ketara tertinggi di Amerika, turut sama menyerang dan
berkembang di India, Brazil dan UE. Hingga ke perengahan bulan April 16 April 2020 kematian seluruh dunia
meningkat kepada 100,000.
Pada
1.1.2021 Kes di negara ini meningkat kepada
2,525 dengan kematian 471+ 8. Pada
peringkat global kes di USA sebanyak 20,216,991 dengan kematian 350,778, dengan
India berada pada tempat kedua di dunia dengan kes 10,267,282
dan kematian 148,774 dan Brazil
dengan kes 7,619,970 dengan kemaian 193,940. Ini dikuti negera-negara di bawah
UE seperti UK, France, Spain, Italy, Turky dan German.
Tahap
Kedua ialah Usaha mencari vaksin berlaku sejak wabak berlaku. Perlumbaan bagi
menghasilkan vaksin sebagai menebus maruah terutama bagi negara-negara besar
seperti Amerika dan Cina serta UK. Pfizer dihasilkan oleh Amerika dan German
dan permintaan tinggi termasuk dari negara kita. Cina negara kedua dan terbesar
menghasilkan Cinovax. Penggunaan Pfizer telah dilakukan sejak akhir 2020 dan
negara kita mulai melakukannya pada 24 Februari 2021 dan penerimaan vaksin
Cinovax mulai 27.2.2021. Negara ketiga yang menghasilkan vaksin ialah Astro
Zanica Oxford di UK yang negara kita dalam rundingan bagi mendapakan vaksin
ini. Turut menghasilkan vaksin ialah Rusia dengan Sputnik 5 dan India, manakala
Cina kini menghasilkan vaksin keduanya dengan Nanavaxnya, manakala Amerika juga
menghasilkan vaksin keduanya iaitu Johnson & Johnson.
Kejayaan
negara-negara besar dan maju menghasilkan vaksin masing-masing adalah sebagai mempertahanan maruah masing-masing
yang dianggap maju dalam berbagai-bagai bidang dan mereka mau mempertahankan
kedudukan, bahawa mereka juga tidak ketinggalan dari segi menghasilkan vaksin.
Negara-negara berkenaan juga menyedari bahawa wabak yang menyerang dunia ini
tidak dapat dikawal dan dihapuskan tanpa pengawalan pada semua peringkat dan
negara. Sebagaimana diungkapkan bahawa ``Dunia adalah Rumah Bersama,
Keselamatan Diri Adalah Keselamatan Semua.`` Usaha memvaksinkan penduduk dunia
diharap dapat dilakukan sehingga pada akhir2022.
Pada
tahap ketiga bahawa negara-negara besar seperti China melancarkan diplomasi
vaksin dengan menghantarkan bantuan vaksin secara percuma kepada
negara-negara miskin seperti negara-negara
di Afrika. Kita melihat bahawa pihak negara Amerika tidak mau ketinggalan dan
menunjukkan wibawa negara berkenaan, walaupun masih berhempas pulas usaha
memvaksinkan warganegaranya, Presiden negara itu Joe Biden turut sama
melancarkan diplomasi vaksin kepada negara-negara miskin. Adalah menjadi hasrat
semua pihak bahawa dunia akan dapat pulih dari wabak Covid-19 pada tahun ini
atau sekurang-kurangnya pada tahun 2022.
Pertanda
makin berkurangnya Covid-19 sedang berlaku, termasuk penurunannya sedang
berlaku di negara kita. Usaha bagi memulihkan negara, terutama negara kita dari
segi ekonomi sedang dilakukan seperti plan menjanakan ekonomi sejumlah RM 35
bilion diikuti dengan beberapa plan yang lain seperti Lestari, Sinar dan
Permai. Ini sedang sama dilakukan oleh
negara-negara besar yang lain seperti Amerika,
UK dan lain-lain.
Bagi
meningkatkan maruah negara kita, adalah suatu yang bukan mustahil dan bukan di
luar kemampuan, bahawa negara kita wajar mempunyai Institut Vaksin sendiri. Adalah
lebih bermakna bagi negara kita yang mempunyai Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi, mempunyai MOSTI dan mempunyai beberapa universiti terkemuka, jika sama
turut menghasilkan vaksin sebagaimana
negara-negara maju yang lain.
Sekian.
No comments:
Post a Comment