SETAHUN
UJIAN
LULUS PENERUSAN
(Fikrah
Bangi: 877),
BBB:
17 Rejab 1442H. = 01 Mac 2021M. (Isnin).
Hari ini genap setahun Tan Sri Muhyiddin Yassin
diangkat menjadi Perdana Menteri Kelapan Malaysia. Muhyuddin sebenarnya bukan
dari rumpun parti yang lain. Dia berasal dari (Umno-BN) yang disingkir dari
jawatan Timbalan Perdana Menteri semasa Datuk Seri Najib menjadi Perdana
Menteri. Akibat dari penyingkiran beliau telah berusaha menubuhkan parti
Bumiputra Bersatu yang tidak jauh miripnya
dari Umno. Bila PH ditubuhkan kepimpinan bertukar kepada Tun Mahathir yang
memimpin Bersatu dan PH, maka peluang Tan Sri Muhyiddin agak samar, kerana berdepan dengan Datuk Sri Anwar Ibrahim yang
lebih disebut-sebut bakal mengganti Tun Mahathir.
Bila
konflik berlaku di dalam PH yang membawa kepada perletakan jawatan Tun
Mahathir, maka Tan Sri Muhyiddin lebih mendapat kepercayaan dan dilantik oleh DYMM
Sri Paduka Yang Di Pertuan Agong menjadi Perdana Menteri – pada hari ini
setahun yang lepas.
Setahun
berlalu Tan Sri Muhyiddin bin Yassin bersama kabinetnya yang dilabel oleh pihak
pembangkang dengan cara yang tidak menyenangkan, maka Tan Sri Muhyiddin
menghadapi beberapa ujian. Dalam tempoh yang pendek beliau tidak berkesempatan
merangka pembangunan yang jika pada zaman Tun Mahathir membangun bangunan yang
tinggi seperti Twin-Towers dan berkesempatan membangun pusat pentadbiran negera
seperti Putrajaya dan tidak juga berkesempatan merangka pembangunan seperti semasa
Datuk Sri Najib dengan projek Pan-Borneo,
Keretapi Laju ke Pantai Timur dan Keretapi Laju dari Kuala Lumpur ke
Singapura yang dibatalkan – buat sementara?
Sebaik
Tan Sri Muhyiddin menerima amanah mentadbir negara beliau dan kabinetnya diuji.
Pertama
kedudukan dari segi politik yang PN mempunyai majoriti tipis dan digugat dengan
undi tidak percaya, terutama dari Ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim
yang ketara menunjukkan keinginannya mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
Namun Tan Sri Muhyiddin terselamat dengan majoriti tipis.
Ujian
kedua ialah berdepan dengan wabak Covid-19, sebaik beliau menerima jawatan,
maka Covid-19 mulai bertapak di negera ini dan diisytiharkan sebagai wabak
mulai 18 Mac 2020.
Banyak
peruntukan kewangan terpaksa dikeluarkan bagi memerangi wabak Covid-19 dan
banyak tenaga pekerja dari kementerian Kesihatan, Pertahanan negara dan Awam,
tentera dan polis, Ngo dan orang awam berusaha sama menggembleng tenaga melawan
wabak Covid-19. Semua menyedari wabak
ini merebak ke seluruh dunia dan memakan
korban pada peringkat global lebih dari dua juta dan di negara kita melebihi
dari 1000 orang. Darurat terpaksa
diisytiharkan bagi memberi tumpuan membasmi Covid-19.
Kini
negara pada peringkat melawan Covid-19 secara vaksin yang dihasilkan oleh
syarikat-syarikat Pharmacology terkenal
seperti Pfizer dari Amerika dan German, Astra Zaneca Oxford, Sinovak, Sputnik 5
dan Johnson & Johnson. Kepimpinan Tan Sri Muhyiddin berjaya mendapat
beberapa vaksin sejak dari 21Februari dan Sinovik beberapa hari berikutnya dan
kini uasaha memvaksinkan rakyat sedang rancak dilakukan dan dijangka 80%
daripada rakyat negara ini akan divaksinkan. Pertanda menunjukkan keberkesanaan
mereka yang mendapat vaksin dari luar negara dan diharap kesan sama terhasil di
negara ini. Tambahan lagi semasa rakyat menerima vaksin, wabak Covid-19 mulai menurun.
Pengawalan dan SOP terus dipatuhi dan dengan berkurangan wabak diharap negara kita akan
terhindar dari wabak secara berterusan.
Selain
dari ujian politik dan kesihatan, ujian yang dihadapi Tan Sri Muhyiddin ialah
akibat dari gangguan Covid-19 menyebabkan gangguan ekonomi dengan
perniagaan lembab, pengangguran bertambah,
ramai rakyat jatuh miskin, pendidikan juga terganggu.
Walau
bagaimana dengan peruntukan kerajaan yang dikeluarkan seperti Plan Jana Ekonomi
dengan peruntukan RM35 bilion, peruntukan lestari, dengan RM18.1 bilion, Sinar
dan Permai dap[at membantu rakyat dari terus terjerat dengan masalah ekonomi.
Dengan
perancangan yang diatur bagi tempoh 2020-2030 peluang pekerjaan dapat
diwujudkan, begitu juga dengan ekonomi digital akan mewujudkan
Generasi
yang fasih dalam bidang digital serta tingkat kemampuan dan mengurang jarak
bagi yang tidakmenguasai bidang berkenaan.
Ini
diperkukuhkan dengan Projek Rancangan Malaysia ke 12 akan lebih memperingkatkan
kemampuan ekonomi Malaysia.
Dalam
tempoh setahun Tan Sri Muhyiddin makin mendapat sokongan dari segi politik,
beberapa ahli parlimen dari pihak pembangkan keluar parti dan menyokong
kepimpinan Tan Sri Muhyiddin, kejayaan mengawal Covid-19 dan usaha memulihkan
ekonomi setakat ini memberi keyakinan kepada rakyat terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin.
Beliau
telah lulus ujian setahun yang memberi ruang baginya untuk menerus dan meningkatkan
keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment