PH
DAN PN SISTEM DUA PARTI ?
(Fikrah
Bangi: 879).
BBB: 19 Rejab 1442H. = 03 Mac 2021M. (Rabu).
Sering disebut-sebut, bahawa tiada satu
parti mampu bertanding sendirian untuk
mencapai majoriti kerusi parlimen. Mau tidak mau secara praktikal bagi mencapai
majoriti parti-parti tertentu hendaklah bekerjasama bagi memungkinkan mencapai majoriti, kecuali parti
yang merasa dirinya kuat seperti Umno yang sekali sekala terdengar mau
memutuskan hubungan dengan Bersatu bahawa ianya mau bertanding secara sendirian.
Namun pada perkiraan biasa sukar untuk mencapai hasrat, kecuali ia kekal bergabung
bersama komponan tradisi dan mendapat
sokongan.
Dalam
keadaan sekarang dilihat ada dua komponan parti, iaitu PN yang terdiri dari
Bersatu,Umno, Pas dan GPS. Manakala satu komponan lagi ialah PH yang terdiri
dari PKR, DAP, Amanah dan Warisan. PN adalah gabungan parti yang berteraskan
Melayu-Bumiputra dengan sokongan beberapa parti komponan yang lain. PH dilihat
parti yang cuba membawa konsep multirasial. Di dalamnya ada DAP yang secara
tradisinya terjamin dengan mendapat sokongan majoriti orang Cina, walaupun
parti itu dari segi namanya terbuka bagi
semua kaum. Keterbukaan bagi semua kaum juga
ialah PKR yang dilihat di dalamnya kuat
dari segi majoriti Melayu, tetapi lebih
ketara disertai semua kaum berbanding
dengan DAP. Ada elimen bumiputra pada
Warisan yang bertapak di Sabah. Di dalam PN ada elimen kuat dari segi keislaman
yang didukung oleh Pas, maka bagi mengimbangi elimen ini di dalam PH,
ialah Amanah yang asalnya adalah belahan
dari Pas.
Dua
elimen yang mendekati ideologi, bahawa PN adalah berpaksikan Melayu-Islam
dengan sokongan beberapa parti yang mewakili bukan Islam. Manakala PH
sebagaimana disebutkan membawa konsep
multi-rasial yang mempunyai hak sama rata dan tiada konsep ketuanan sebagai
pernah disebut oleh Syed Sadiq pernah mewakili pemuda di dalam PH.
PN
dengan berpaksikan Melayu Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini
(bersama bumiputra) sejak merdeka selesa menguasai pemerintahan negara ini. PH
adalah force baru yang lahir pada 1999 (PKR 4 April 1999) dengan slogan
memperjuangkan keadilan, menentang rasuah dan puncak pada pilihanraya ke 14
berjaya menarik sokongan rakyat dengan isu tol, GST, harga minyak, IMDB dan
rasuah sehingga mampu mengalahkan PN.
Selama
dua tahun PH memerintah, namun PH tidak dapat membawa perubahan dan banyak
janji-janji tidak ditepati. Kabinet yang memerintah tidak lagi membawa unggul Melayu bumiputra, bahkan
dilihat portfolio yang dipegang mereka bukan yang penting. Secara kesedaran
dari bawah orang Melayu dan bumiputra yang merupakan majoriti menyedari banyak
hak-hak yang dinikmati selama ini `hilang`. Konsep ketuanan sebagaimana
ditegaskan pada masa itu ditiadakan. Mereka merasakan kekuasaan
Melayu-bumiputra yang sebelum ini menjadi hak mereka terhakis. Soal bahasa
Melayu tidak diberi penekanan, bahkan persoalan agama yang ditekankan ialah konsep `Rahmatan li
al-`Alami` yang lebih melihat pada
kehidupan dunia dan tidak menekankan kesimbangan dunia-akhirat. Amanah dilihat
gagal membawa misi perjuangan Islam, bahkan dilihat ketiadaan arah yang jelas
dari segi perjuangan keislaman.
PKR
yang pimpinannya dahulu berjuang atas dasar Islam dari zaman ABIM hingga kepada pembebasan
Anwar yang disokong kuat oleh PAS dalam Barisan Alternatif masa itu, tidak
memberi penekanan terhadap Islam. PKR lebih tertumpu bagi mendapat sokongan multirasial
, lantaran soal agama lebih ditugaskan kepada Amanah. Melayu Islam agak keciwa.
Apa lagi dalam PKR bergolak sama sendiri dan berlaku pemecatan-pemecatan
tokoh-tokoh penting dalam PKR yang menjadi musuh pula kepada PKR. Dari
faktor-faktor di atas terjadi arus balik dan bagi menyatakan kekesalan mereka mengundi mengangkat parti yang
menentang PH, khususnya bagi nenegakkan Melayu dan bumiputra sebagaimana
berlaku mulai akhir 1918 hingga awal 2020
seperti di Cameron Highland (Dis.
2018), Semenyih (2.3.2019), Rantau (14.42019), Tanjung Piai (17.11.2019, Slim
(akhir 2019) dan Kimanis (18.1.2020).
Bagi
pilihanraya ke 15, agak sukar bagi PH untuk mengalahkan PN selagi Melayu-Bumiputra bersatu dengan sokongan bukan bumiputra. Mereka boleh kalah hanya
jika Melayu –Bumiputra berpecah. Misalnya Umno, kerana keyakinan pada diri dan
menjangka orang Melayu dan bumiputra memberi sokongan kepada mereka, tetapi
masalah kepimpinan dalam Umno dan sikap yang ditunjukkan akhir-akhir ini
mungkin menghilangkan sokongan kepada Umno, lantaran di sana ada parti
Bumiputra, iaitu Bersau dengan Pas yang dapat menggantikan Umno, tetapi jika
Bersatu, Umno dan Pas dan parti-parti yang bersama mereka bersatu, maka sukar
digugat kemenangan mereka yang dijangka boleh mendapat dua pertiga majoriti.
PH
adalah parti yang ideal, tetapi untuk melaksanakan konsep multirasial dan semua
equal, masih sukar untuk diterima rakyat yang majoriti bumiputra.
Namun
wajah politik boleh berubah, jika ada pendekatan yang mampu menawarkan
keyakinan yang dapat diterima rakyat.
Sekian.
No comments:
Post a Comment