ITU PILIHAN UMNO ? PERLU NILAI KEMBALI
(Fikrah
Bangi: 881),
BBB: 21 Rejab 1442H. = 05 Mac 2021M. (Juma`at).
Dari
segi pandangan umum, kerjasama antara Umno, Bersatu dan Pas di dalam adalah
tindakan terbaik yang dapat menstabilkan politik dan mempunyai harapan yang
cerah bagi terus mentadbirkan negara pada masa akan datang, tetapi nampaknya
lain pula sikap yang ditunjukkan Umno yang menjadikan keciwa bagi pandangan
orang awam.
Apakah
yang menyebabkan Umno mengambil sikap yang bercanggah dengan pandangan awam ?
Ada
yang melihat, antara faktor Umno mengambil sikap bercanggah dari tangagapan
awam, bahawa parti itu tidak berpuashati dengan kedudukannya di dalam
pemerintahan PN. Umno tidak menjadi pemerintah yang dominasi di dalam kerajaan
PN sekarang, ianya adalah setaraf di dalam komponan parti seperti Bersatu dan
Pas.
Umno
juga dalam pemerintahan sekarang juga bukan didominasi oleh Umno. Misalnya
jawatan Timbalan Perdana Menteri yang kosong itu wajar diisi jawatan itu dari ahli parlimen Umno, tetapi jawatan itu dibiarkan kosong tanpa diisi. Umno
juga tidak berpuashati dengan portfolio yang diisi yang tidak memuaskan Umno.
Faktor
yang kedua, bahawa Umno, selepas kekalahannya di dalam pilihanraya ke 14,
rakyat semacam merasa kesal menjatuhkan Umno dan BN. Rasa kekesalan ini
tercermin selepas kegagalan PH selepas memerintah hampir dua tahun. Akibatnya
rakyat kembali memberi sokongan kembali kepada Umno, ini tercermin dari
kemenangan Umno+Bn di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil yang berlangsung dari
akhir 2018 hingga keakhir 2019 seperti
yang berlaku di Cameron Highland, Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis dan Slim memberi keyakinan bagi Umno
dan BN mendapat sokongan kembali bukan saja dari orang Melayu dan rakyat di
negara ini.
Umno
juga menunjukkan kekuatannya pada peringkat DUN negeri yang selama ini diketuai
Menteri Besar atau Ketua Menteru Bukan dari Umno dapat dikuasai pemimpin dari
Umno seperti yang berlaku di Melaka dan Perak. Ini bererti Umno cukup kuat kini
di dalam arus politik semasa.
Faktor
yang ketiga adalah didorong atas rasa keyakinan pada kekuatan diri, walaupun
ada pendapat-pendapat yang merasa adalah kerugian bagi Umno tidak meneruskan
keberadaan dan kerjasamanya di dalam PN. Lantaran itu Umno dengan penuh
keyakinan diri akan menamatkan kerjasama dengan Bersatu selepas pembubaran
parlimen akan datang.
Di
sebalik dari apa yang diyakini Umno ada yang berpendapat Umno tidak boleh
merasa penuh yakin dengan prestasi yang
dicapai di dalam pilihanraya-pilihanraya kecil yang dimenanginya sebelumnya.
Situasi yang dialami oleh negara setahun dalam kegawatan oleh pandemik
Covid-19 dapat dikendalikan dengan baik
oleh kerajaan PN sekarang. Ini menjadi aset penting bagi keyakinan rakyat pada
PN, terutama bagi menghadapi pilihanraya ke 15 akan datang. Jika Umno-BN
bertanding menentang PN pada pilihanraya ke 15, besar kemungkinan rakyat akan
memberi sokongan kepada kerajaan PN dalam pilihanraya akan datang. Pertanda
sokongan mulai kelihatan dengan keluarnya beberapa ahli parlimen dari parti tertentu dan memberi sokongan kepada PN yang
memerintah sekarang.
Umno
dengan jelas menyatakan bahawa ia tidak mau bekerjasama dengan Bersatu pada
pilihanraya akan datang, tetapi tidak menyatakan kerjasama dengan Pas, sedangkan
Pas setakat ini setia dan teguh dengan pendirian menyokong kerajaan PN sekarang
dan berusaha untuk mengukuhkan kerajaan PN ini. Adalah sukar untuk menerima,bahawa Pas akan menyokong Umnu
dengan meninggalkan PN dan Bersatu. Bahkan Pas melihat tindakan dan pendirian
Umno bagi menghadapi pilihanraya ke 15 akan datang secara bersendirian sebagai tidak
wajar, bahkan menurut Takiyuddin Hasan, Setiausaha Agung Pas, Pas akan berusaha agar Umno, Bersatu dan Pas
akan memperkukuhkan kedudukan bagi menghadapi pilihanraya ke 15 akan datang.
Faktor
kejayaan kerajaan PN dapat mengendalikan wabak Covid-19 memberi keyakinan
rakyat terhadap PN, sebenarnya masalah antara kepimpinan Umno mempunyai kes
mahkamah menjatuhkan kredebiliti kepimpinan dan mengurangkan sokongan rakyat
terhadap kepimpinan di dalam parti itu. Umno dan BN dilihat bersih oleh rakyat
adalah amat penting bagi mendapat sokongan rakyat. Kempen akhbar tertentu bagi
menghapuskan gejala rasuah dari berlaku,
terutama di kalangan pemimpin-pemimpin memberi kesan kepada rakyat yang memang
menyokong agar negara kita dibersihkan dari gejala rasuah.
Perlu
diingat Bersatu bersama Pas dan dengan sokongan parti komponan yang bersama
dengannya adalah menepati ciri-ciri yang ada di dalam Umno BN. Faktor ini memungkinkan rakyat akan bertukar memberi
sokongan kepada PN.
Walau
macam mana pendirian Umno untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu yang juga
melibatkan PN dianggap merugikan pakatan yang dilihat teguh pada masa ini.
Umno
perl berfikir berkali-kali agar tindakannya boleh mengakibatkan `Untung
sekarung rugi seguni` atau mungkin lebih teruk lagi. Jalan perundingan masih
terbuka.
Sekian.
No comments:
Post a Comment