KERJASAMA MASJID
AL-UMM DENGAN MPKj
(Fikrah
Bangi: 884),
BBB: 24 Rejab 1442H. = 08 Mac 2021M. (Isnin).
Pihak
Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi telah menerima tawaran pihak MPKj menyewa tiga
unit (No. 1, 2 & 3 - bersambung) warung Medan Usahawan, Seksyen 1,
berhadapan Masjid Al-Umm. Tawaran bertarikh 31 Januari 2021 itu diterima oleh
pihak Masjid dan menguruskan segala bayaran berkenaan.
Ada
beberapa tujuan penyewaan berkenaan.
1)
Menjadikan warung sebagai `Pusat
Aktiviti (Luar) Masjid Al-Umm` seperti bagi menyalurkan kegiatan kebajikan,
pendidikan, hubungan dengan peniaga-peniaga warung serta masyarakat dan menyewakannya untuk mesyuarat, tuisyen,
jualan dan promosi barang-barang.
2)
Oleh kerana warung-warung berkenaan
(28 warung) betul-betul berhadapan dan berdekatan dengan masjid, maka ianya
memberi kesan dari segi kebersihan, landscaping, alam sekitar dan budaya
kemasyarakatan dan niai setempat.
3)
Dengan menyewa tiga unit – terbanyak
penyewaan berbanding dengan penyewa-penyewa yang lain, maka ianya adalah
menjadi saluran bagi pihak Masjid dengan pihak MPKj bekerjasama bagi
memperbaiki kekurangan dan menaiktaraf warung-warung dan kawasan sekitar,
termasuk bagi kawasan Masjid Al-Umm.
Sebaik
maklumat mendapat tawaran pihak Masjid
telah mengadakan dua mesyuarat permulaan, iaitu pada 21 Januari (maklumat tidak
rasmi) dan 10 Februari 2021. Mesyuarat
pertama menilai kerosakan pada warung-warung yang ditawarkan dan penambahan
keperluan seperti memasang dua unit
air-cond. menggantikan tempat yang dikosongkan oleh penyewa dahulu, membeli
mangga-mangga untuk keselamatan dan
pembersihan yang perlu dilakukan.
Mesyuarat
kedua ialah melaporkan pembaikan dan pembersihan yang telah dilakukan yang
memakan kos pembaikan sahaja ialah RM2,200/= dan pengisian ruang dengan
kerusi-kerusi, meja dan barang-barang perlu disimpan di dalam ruang penyimpanan.
Setelah
semua dibaiki dan sesuai dijadikan tempat pertemuan,maka diadakan mesyuarat
penting – Mesyuarat bagi kali Ke 3 yang melibatkan pihak Ahli MPKj bagi Zon 17, termasuk di bawahnya Masjid Al-Umm,
Warung Medan Usahawan, kawasan Pasar dan
Seksyen Satu hinggalah kepada kawasan Seksyen 16. Wakil Ahli MPKj bagi zon
tersebut ialah Puan Rozeeta @ Hidayah Binti Ramli dan empat wakil dari MPKj
yang datang bersama Puan Hidayah, iaitu:
Puan
A`ida bahagian Pentadbiran, En. Farizul bahagian Harta dan En. Zulkarnain
bahagian Landscaping yang semuanya di bawah MPKj. Turut sama hadir atas
jemputan ialah En. Juahirni Nazar dan seorang sahabatnya selaku wakil bagi
penyewa-penyewa warung.
Manakala
pihak Masjid al-Umm diwakili oleh Nazirnya Dr. Haji Shafie bin Abu Bakar, Tuan
Haji Nadzri bin Daud Bendahari Masjid al-Umm, Dato` Dr. Mohd Wahid bin Samsudin
yang mengetuai Biro Kebersihan, Hajah Kamarian bt. Mohd Yusof yang mengetuai
Biro Kebajikan, Haji Azni bin Osman Timbalan bagi Biro Kebajikan, Ir. Haji
Ishak bin Arshad - Ketua Biro Pembangunan , Che` Khadijah bt. Imam Supaat Ketua
bahagian Beliawanis, Encik Tompang bin Jamal Technician.
Mereka
semua adalah mewakili bidang-bidang yang ada hubungan dengan masjid dan warung.
Adalah
menjadi hasrat Masjid Al-Umm mau meningkat dan menaiktaraf kawasan masjid, warung, pasar dan seksyen Satu dari
segi imejnya yang selama ini dianggap sebagai
`Old Town` di Bandar Baru Bangi.
Kawasan ini sebagai namanya `Seksyen Satu`
adalah kawasan terawal dibangun di Bandar Baru Bangi. Pada awal pembangunan
Bandar Baru Bangi pada tahun 1977 hingga 1 akhir 1980an, maka tempat ini adalah
tempat yang termaju di Bandar Baru Bangi, kerana tiada seksyen lain membangun
sepertinya. Pada peringkat awal di
warung inilah menjadi tempat pertemuan dan makan-makan, terutama bagi
pelajar-pelajar UKM berihat dari belajar dan makan-makan di tempat ini,
terutama pada waktu malam. Tempat ini
menjadikannya hidup dengan adanya
sekolah rendah dan menengah tidak jauh dari kawasan masjid dan warung.
Tetapi
selepas 1990an selepas terbukanya seksyen-seksyen yang lain seperti Seksyen 16
dan Seksyen Empat tambahan, maka daya tarikan kepada Seksyen Satu,khususnya ke
warung ini makin berkurang, bahkan sebagai mati, walaupun cuba dihidupkan oleh
Persatuan Penduduk Bandar Baru Bangi dengan menjenamakan tempat ini sebagai `Medan
Usahawan`.
Pendek
kata siapnya pembangunan fizikal Masjid Al-Umm pada tahun 2018, Medan Usahawan
sudah mati. Yang segikit menghidupkan
kawasan ini hanyalah kerana ada pasar basah yang beroperasi hanya pada sebelah
pagi.
Misi
Masjid Al-Umm dengan kerjasama MPKj dan peniaga-peniaga yang mulai dipulihkan
pada awal tahun 2021 ini (tawaran baru
bagi peniaga) bagi membaikpulih, menghidup dan menceriakan kawasan ini bersama
wujudnya Masjid al-Umm.
Sekian.
No comments:
Post a Comment