Di pagi hari terakhir di Madinah
Sekali lagi mengelilingi menghayati Masjid
Nabawi
Dan berpeluang ke Raudah bersama jamaah
Mengakhiri kunjungan dengan zohor dan pamitan
Ada kesedihan, kiranya adalah terakhir
kunjungan
Mohon diri ya Rasulallah.
Beretolak tiga petang dengan berpakaian ihram
Menuju Zulhulaifah miqat ihram dikenali Bi`r
Ali
Tokoh dermawan mewaqafkah sumber air
Banyak kebajikan dikenang jamaah berterusan
Jika permulaan datang ke Madinah membelah
gelap malam
Kini suasana petang tenang perjalanan ke
Baitillahil Haram
Naik perumahan kebanyakan tempat kiri kanan
perjalanan.
Perjalanan 6 jam itu hingga ke tengah malam
Singgah untuk solat dan memenuhi tuntutan
Tanpa aral melintang tiba jam 12.15 tengah malam
Makkah dan Masjidil Haram tidak sunyi dari
kunjungan.
Untuk melengkapkan Umrah yang telah diniatkan
Selepas menurunkan barang ke penginapan
Mutawwif Aiman memimpin melengkapkan amalan
Kini setelah dua dekad berlalu kujejak kakiku
ke Tanah Suci
Sungguhpun struktur asal bangunan tiada
perubahan
Tetapi perubahan berlaku dari segi perluasan
ruang
Dengan kerancakan pembangunan berjalan
Sedikit sebanyak mengganggu kelicinan ibadat
berjalan
Walau bagaimana dengan tawaf bermula tengah
malam
Tujuh tawaf dipimpim muatawwif al-hamdulillah
mudah diselesaikan
Setelah solat sunat tawaf dilakukan di
pinggiran dan doa dipanjatkan
Jamaah di bawah Andalusia termasuk dari
Palimbang berlainan mutawwif
Bergerak berarak menuju kawasan Sa`i yang
digambar ayat:
``Dan Safa dan Marwh adalah dari shair-shair
Allah``
Pada dasarnya tidak berubah daripada
ziarah-ziarah silam
Selain dari bersebelahan kawasan dikosong dan
dibersihkan
Sudah tentulah bagi lebih luas dan keselesaan
Selepas mendapat taklimat mutawwif
Maka perjalanan antara Safa dan Maruah bermula
Dengan doa dan bacaan pada setiap keperluan
Penuh, tertib dan melicinkan
Amal yang dilakukan dengan tenang dan tidak
teregesa
Lengkap amalan menjelang subuh tiba
Lantaran itu kesempatan diambil dengan
pengisian
Hingga akhirnya pertama berpeluang berjamaah
di Masjidil Haram.
Sesungguhnya sebelum menjelang subuih
Amal utama dapat disempurnakan dalam kunjungan
Ianya juga merupakan permulaan
Meneruskan amalan-amalan menurut susunan
Bagi memenuhinya pada hari-hari mendatang.
Shafie Abu Bakar,
Masjidil Haram,
22-23 Jamadil Akhir 1436
12-13 April 2015.
No comments:
Post a Comment