Hudaibiyah. 25 Jamadil Akhir 1436 = 15 April
2015 (Rabu):
Tanah Hudaibiyah adalah tanah padang pasir
yang agak luas dan terbuka dengan terdapat di sana sini pokok-pokok kurma dan
pokok-pokok yang tahan panas. Di kejauhan bukit bukau bergondol. Semasa masuk
menuju ke Masjid Hudaibiyah dalam imaginasi Penulis terbayang Rasulullah s.a.w.
bersama sahabat-sahabat dan pengiring-pengiring berjumlah ribuan orang
berhimpun di sini, sambil menunggu kepulangan perutusan mewakli Rasulullah ke
Makkah untuk mendapat keputusan dan kebenaran mengunjungi Baitullahil Haram
bagi menunaikan umrah.
Destinasi di Hudaibiyah ini ialah Masjid
al-Hudaibiyah. Masjid al-Hudaibiyah kini, ialah bangunn yang baru yang ciri
seni binanya seperti Masjid Quba`, Ja`ranah dan Tan`im yang ketiga-tiga menjadi
miqat bagi menunaikan umrah. Seni bina Masjid Hudabiyah dari segi bangunannya
mengambil seni bini Masjid Nabawi dan juga Masjidil Haram. Menara bagi semua
masjid berkenaan adalah mengambil bentuk menara-menara Masjid Nabawi dan
menara-menara Masjidil Haram.
Di dalam runtuhan bangunan purba ini (masjid)
terdapat beberapa bilik dan ruang terbuka bagi Jamaah. Mungkin kelokasi dan
bangunan yang menjadi persinggahan dan rundingan. Pada bulan Zulkaedah akhir
tahun ke 6 H. Rasulullh mengumumkan akan menunaika umrah. Kalangan sahabat
muhajirin dan Ansar ramai mau menyertai iaitu sejumlah 1,400 orang lelaki
dengan membawa 70 ekor unta. Turut dibawa senjata (tanpa memakainya). Nabi
Muhammad s.a.w. dan sahabat bermiqat di Zulhulaifah (Bi`r Ali) berniat umrah
dalam rangka menuju ke Makkah. Berita Nabi Muhammad dan pengikut-pengikut mau
menunaikan `Umrah sampai kepada kaum Quraisy, mereka tidak membenarkan dan
rombongan tertahan di Hudaibiyah.
1) Gencatan senjata hendaklah berlangsung selama 10 tahun.
2) Sesiapa datang dari Makkah ke Madinah, tanpa izin ibu bapanya hendaklah
dihantar kembalj
3) Sesiapa datang dari Madinah masuk ke Makkah, tidak dibenarkan keluar.
4) Bagi yang lain dari Makkah dan Madinah bebas keluar masuk Makkah dan
Madinah
5) Rsulullah tidak dibenarkan menunaikan haji pada tahun ini, tetapi boleh
menunaikannya pada tahun depan, tetapi dalam tempoh tiga hari sahaja.
Perjanjian ini menyebabkan ramai sahabat tidak
bersetuju, termasuk Sayyidua Umar bin al-Khattab dan menyifatkan perjanjian
sebagai berat sebelah. Namun Rasulullah mengetahui sifat seterunya yang
munafik, tidak berpegang teguh pada janji. Dan perkara ini memang terjadi apabila
berlakunya beberapa pertikaian kaum dan puak membuat pihak Quraisy melanggar
perjanjian yang membuka jalan bagi tentera Islam masuk ke Makkah pada tahun
8H/629M. Nabi Muhammad s.a.w. dengan satu ketiumbukan tentera seramai 10,000 tentera masuk ke Makkah. Ini menggerunkan
pihak musuh termasuk Abu Sufyan yang terpaksa menerima Islam.
Penduduk Makkah berada di dalam panik melihat
tentera Islam yang datang dan menjangka mereka akan mengambil tindakan membalas
dendam, tetapi jangkaan mereka meleset, sebaliknya keamanan ditawarkan kepada
mereka. Muamalah dan diplomasi yang ditunjukkan oleh Nabi dan tentera Islam memukau mereka dan lebih menyegerakan mereka
menerima Islam. Dengan itu sekatan yang dilakukan oleh kafir Quraysy dari
menunaikan umrah dan haji terungkai dengan sendiri. Ayat Al-Qur`an
mengisyaratkan peristiwa bermaksud:
``Sesungguhnya Allah membenarkan kepada
Rasulnya dengan mimpinya dengan kebenaran. Selagi mereka akan masuk ke Masjidil
Haram insya Allah dengan aman tenteram dengan
menyukur kepala dan mengguntingkan rambut mereka dalam keadaan tiada
ketakutan. Allah Mengetahui apa yang kamu tidak mengetahui. Dia menyediakan
pembukaan yang hampir.`` (Al-Fath: 27)
Perjanjian Hudaibiyah merupakan peristiwa
penting selepas Hijrah al-Rasul s.a.w. Tujuan asal untuk umrah membuka jalan
kepada Perjanjian Hudaibiyah dan perjanjian ini pula membuka jalan kepada Fath
Makkah yang menyempurnakan dakwah Islam di kedua-dua Tanah Suci dan melepaskan
Makkah dari cengkaman kafir Quraisy. Pembukaan Makkah menghancurkan keegoan
kafir Quraisy yang selama ini mempertahankan kedudukan mereka atas dasar
taassub kepimpinan yang diwarisi dari zaman Jahiliyyah. Mereka sedar tentang
kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Dengan pembukaan Makkah tiada ada apa
yang dapat mereka pertahankan, bahkan kepimpinan mereka, khususnya Abu Sufyan
yang selama ini merupakan musuh ketat Islam turut menerima Islam.
Kesan sejarah Kota Hudaibiyah masih wujud yang
merupakan penyaksi Perjanjian Hudaibiyah yang membawa kepada pembukaan Kota
Makkah, namun pada satu pihak Hudaibiyah sendiri sedang membangun dengan
bertambahnya kawasan kependudukan dan kediaman. Di samping kepesatan
pembangunan kota ini terus menjadi destinasi kunjungan bagi yang mau melihat
kesan sejarah penting yang dilalui Rasulullah s.a.w. di samping menjadi salah
satu miqat bagi mereka yang menunaikan haji, maupun umrah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment