Tiada lain dari masjidil Haram & Masjid
Nabawi
Yang menjadi Kiblat dan puncak Ibadat piawayan
tertinggi
Pengasas Masjidil Haram Nabi Ibrahim al-Khalil
Pendiri bagi Masjid Nabawi Rasulullah sendiri
Doa Nabi Allah Ibrahim yang basah terus
barakah
Mencetus rindu di hati-hati pengunjung terus
ziarah
Patuh mesra menunaikan tuntutan rukun Islam
Memakmurkan sama tanah Bakkah Mubarakah
Mengisi masjid dengan solat tawaf dan shair
Ruang dan masanya sentiasa diisi
Oleh gelombang yang datang bergantian.
Masjid Nabawi
Lambang kejayaan Rasulullah menegak Islam
Setelah 13 tahun gawat menghadapi kuffar
Makkah
Menyebabkan baginda mengambil pendekatan
berhijrah
Masjid dibina pusat ibadat, pentadbiran dan
masyarakat
Asas bagi pembinaan dan pentadbiran sebuah
negara
Meluas wawasannya ke seluruh dunia.
Takmilah kedua masjid dari segi ibadat
Piawayan tertinggi ditawarkan dari segi
fadilat
Terpulang kepada individu dari segi pengisian
Ikhlas dan kemurnian di sisi Tuhan.
Adapun kedua masjid dari segi fizikal
Tiada piawayan maksimum dari segi perkembangan
Lampau, kini dan mendatang terus berubah dan
diperluas
Menurut kepentingan ruang dan keselesaan
pengisian.
Dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi
Ciri-ciri fizikalnya menjadi ikutan
Dari ruang solat, mihrab dan mimbar
Kepada kubah, menara, sutuh dan atap
tiang
dan ragam hias, muqaranah dan ukiran
berhiaskan ayat-ayat al-Qur`an di mana
bersesuaian
hingga lantai dinding dan keperluan
pembersihan
juga landskap dan kedudukan ruang kelilingan
menjadi ikutan pembinaan masjid di mana
didirikan
di samping dua masjid juga dipengaruhi
fizikalnya
dari senibina masjid terkenal seperti Masjid
Umawi.
Bayangkan berpusat dan berkiblat Masjidil
Haram
Betapa jutaan masjid dibina di bumi Tuhan
Berceratak berjejaran mengadap Kiblat
Dengan menara dan kubah menengadah langit
kekuasaan
Mengagung dan membesarkan Tuhan
Bayangkan sebagai pusat dan arah Kiblat
Azan bermula dan iqamah terus berdengung
berkesinambungan
Dari negara ke negara dan benua ke benua tiada
berputusan
Bahkan gemanya melantun ke ruang angkasa
berterusan
Lihatlah hamba-hamba yang patuh berduyung
keluar ke masjid-masjid
Menunaikan ibadat, mendirikan solat dan
berbagai kegiatan
Bayangkan ulangan tilawah, zikir dan salawat
berterusan kedengaran
Tiada hentinya memuji Ilahi dan berselawat
kepada Nabi
Penyatuan yang mengukuhkan keimanan dan
kepatuhan.
Masjid sebagai pusat ibadat juga pusat
pendidikan
Betapa anak-anak generasi muda mendapat
pelajaran
kepada generasi lebih tua juga mendapat
pengajian
Secara mengiringi solat atau waktu-waktu
ditetap
Semua pihak dengan pengajian mendapat manfaat.
Masjid adalah rumah utama penghidupan muslim
Dari kelahiran aktiviti ibadat kepada
pendidikan
Kegiatan masyarakat berbagai sambutan
Masjid institusi utama umat menyatukan
Masjidil Haram Masjid Nabawi terus dikunjungi
Memantap keimanan mengukuhkan penyatuan.
Shafie Abu Bakar,
Madinah – Makkah
17-29 Jamadil Akhir 1436
07-19 April 2015.
No comments:
Post a Comment