January 4, 2010

Sakit Jiwa, Khianat atau Diperalat ?

Dewan Gemilang, UKM, 17 Muharram = 3 Januari (Ahad):

Semasa menghadiri jamuan perkahwinan anak seorang sahabat bersama isteri dan semasa sedang menikmati jamuan semeja dengan seorang jamaah Surau al-Sabah, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi yang ADUN kenal kerana sering bertemu bila ADUN ke surau itu memberi tahu ADUN, bahawa pada petang beberapa hari lepas, beliau melihat dua orang muda turun dari kereta secara tergesa-gesa menanggalkan sebuah postar dari ADUN Bangi secara khusus memaklumkan:

Ucapan Tahniah Kepada Pelajar-Pelajar,Guru-Guru Dan Ibu
Bapa Yang Mengharumkan Nama Sekolah (Jalan Empat), Bandar
Baru Bangi, Kerana Kejayaan Menjadi Sekolah Harian Terbaik
Di Malaysia Bagi Peperiksaan PMR 2009.

Kami berpendapat, oleh kerana tindakan itu bukan dari arahan MPKj, maka perbuatan khianat sedemikian adalah dari mereka yang sakit jiwa atau memang dari suruhan dan upahan dari pihak tertentu yang tidak menyenangi dengan 'Tahniah' dari kami. Sepatutnya kita bersyukur kepada Allah, sama-sama berbangga dan memberi semangat dan perangsang kepada pelajar-pelajar tersebut agar mereka terus berusaha mencapai kejayaan dan mengharumkan nama sekolah, guru-guru, ibu bapa dan Bandar Baru Bangi. (Walau bagaimana masih ada poster yang tidak ditanggalkan).

No comments:

Post a Comment