February 15, 2015

Setelah Kekosongan Ruang



Setelah banjir besar luar dugaan
Surut ke paras kebiasaan
Setelah kepimpinan kembali
Meninggalkan kekosongan
Ruang itu mengundang perlumbaan.


Kelantan Serambi Makkah
Imej dan identiti terbina menyerlah
Tapi kejayaan perlu diterus dan dipertingkatkan
Membuka ruang pada wibawa kepimpinan baru
Tapi adakah bayangan watak kepimpinan itu ?
Harapnya yang patah tumbuh berganti baru.


Yang dibimbangkan
Jangan sampai diplomasi banjir bantuan
Indah luaran lebat dengan percaturan
Dimain komunikasi media kekuasaan
Lebih parah jika di dalam ada perbalahan
Dan celarunya perebutan kepimpinan
Ada kuasa dalam kekuasaan melemahkan
Menenggelamkan keyakinan rakyat
Menerus dan meningkatkan sokongan.


Dengan era baru
Kelantan bukan setakat meneruskan legasi
Tapi perlu lonjakan dinamika pendekatan
Berpaksi Islam segar dan meyakinkan
Adalah amat perlu menjanakan dinamika itu
-          Secara syura dan jamaah
Untuk diterjemahkan ke tengah khalayak
Mendapat keyakinan rakyat dan umat.


Bandar Baru Bangi,
24 Rabiul Akhir 1436

14 Februari 2015.

No comments:

Post a Comment