December 20, 2010

100 hari Pakatan Rakyat mengganti BN




‘Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia’ menjadi tema kepada konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 yang berlangsung sehari 18 Disember 2010, bertempat di Dewan Millineum, Kepala Batas, Pulau Pinang. Dihadiri oleh lebih 2000 orang perwakilan dari PAS, DAP dan PKR.

Di sebalik laporan negatif dari media perdana yang menonjolkan kelemahan perikatan Pakatan Rakyat dalam segenap senario politik negara, konvensyen kali kedua Pakatan Rakyat ini memperlihatkan kesediaan, kesepakatan dan kesungguhan pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara dari tangan BN yang dilihat dan telah terbukti tidak berkemampuan.

4 kerangka asas sebagai dasar bersama ditawarkan kepada rakyat Malaysia:-

1. 1Demokrasi yang telus dan tulen untuk memperkasakan ketuanan rakyat.

2. 2.Memacu ekonomi berprestasi tinggi yang mapan untuk menjana kemakmuran dan kebajikan kepada semua secara adil

3. 3.Keadilan social bagi menjamin pembangunan insan secara menyeluruh

4. 4. Hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar Negara yang adil-setara.

Untuk itu Pakatan Rakyat merencanakan beberapa tindakan bersama yang akan dilakukan dalam tempoh 100 hari mengambil alih pemerintahan Negara. Antaranya ialah:-

- Mereformasikan institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan;

- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA);

- Mengarahkan Khazanah Nasional Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol;

- Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat;

- Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap guru sebagai penghargaan kepada mereka;

- Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan;

- Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar;

- Membatalkan Felda Plantations bagi membuka ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga FELDA;

- Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20 peratus;

- Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di Sabah.

ADUN Bangi yang terpaksa menghadiri majlis perkahwinan di Terengganu dan beberapa program rakyat di sekitar Bangi telah menghantar dua orang wakil iaitu setiausaha PAS Serdang Sdr. Fazli dan Sdr. Amir dari unit media ke konvensyen tersebut.

No comments:

Post a Comment