December 26, 2010

Usaha Meningkatkan Prestasi Pelajar-Pelajar Selangor

Shah Alam, 18 Muharram = 24 Disember (Jumaat):


"Pelajaran Untuk Semua" - itulah jika dapat dikatakan slogan bagi pendidikan yang dipraktikkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Sebagai sebuah Negeri Maju, seharusnya pelajar-pelajar juga berdaya maju. Pihak Kerajaan PR tidak mau mendengar halangan tak dapat belajar kerana kemiskinan. Berbagai bagai bantuan dan peluang disediakan oleh pihak Kerajaan PR dan juga agensi-agensi bagi membantu pelajar-pelajar Selangor.


Bagi tujuan penyelarasan hari ini pihak Pengurusan Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menjemput jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan yang mengeluarkan bantuan kepada pelajar-pelajar Selangor menyampaikan maklumat dan taklimat kepada Adun-Adun, Ahli-ahli Parlimen atau wakil-wakil mereka agar maklumat ini dapat diperturunkan kepada ibu bapa dan pelajar-pelajar di kawasan-kawasan masing-masing. Majlis dipengerusikan oleh YB. Dr. Hajah Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor. Antara yang hadir pada pagi ini ialah dari Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Zakat Negeri Selangor, Yayasan Selangor dan beberapa agensi yang lain. Namun hanya keempat-empat institusi ini sahaja berpeluang menyampaikan maklumat, kerana kesuntukan masa. Maklumat dari Jabatan Pelajaran Selangor adalah paling lengkap sempat disampaikan.


1) Rumusan maklumat dari Jabatan Pelajaran Selangor, disampaikan oleh Puan Norizah yang mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Selangor:

• Sekolah Rendah di Selangor 642 buah, menengah 261 buah dengan pelajar 930,396
• Kerajaan menyediakan Biasiswa Kecil. Jumlah yang mendapat Biasiswa Kecil di Selangor ialah 15,836 dengan peruntukan sebanyak RM14,572,810
• Seramai 928,657 berpeluang mendapat pinjaman buku teks.
• Biasiswa Khas bagi Kelas Persediaan Universiti dinikmati oleh 317 pelajar sastera dan 192 sains.
• Skim Bantuan Tuisyen negeri Selangor bagi tahun enam diikuti oleh seramai 6,600 pelajar
• Bantuan Persekolahan dinikmati 27,923 pelajar miskin dengan peruntukan RM6,165,600.
• Rancangan Makanan Tambahan bagi 30,138 murid dengan peruntukan RM5,804,578
• Bantuan Asrama bagi 6,267 pelajar dengan peruntukan RM2,901,500
• Syarat minima bagi pemohon anak miskin perlu daftar e-kasih. Jumlah pendapatan keluarga RM720/= sebulan atau perkapita RM465/=

2) Jabatan Kebajikan Masyarakat

• Disediakan bantuan bagi anak-anak yang pendapatan keluarga RM720/= sebulan atas dasar anak pertama RM100/= Dua anak RM200/= Tiga anak RM300/=. Empat anak RM400/= dan lima anak RM450.
• Bantuan bukan tumpu yang bersekolah sahaja, tetapi termasuk yang tidak bersekolah umur antara 1 – 18 tahun
• Bantuan pelajaran hingga umur 13 tahun sahaja. Selepas itu layak memohon biasiswa.

3. Lembaga Zakat

• Bantuan persekolahan anak miskin bagi Tadika RM100/=, Sekolah Rendah RM150/= dan Menengah RM250/= dan maksimum RM1,200/=.
• Bantuan pelajar IPTA, IPTS menurut kadar kelayakan
• Skim dermasiswa pelajar luar negara seperti di Mesir, Jordan yang kini berjumlah 200 orang.

4. Yayasan Selangor

• Sebagaimana SUK Negeri Selangor sediakan RM7 juta setahun untuk pinjaman, demikian juga Yayasan Selangor memperuntukkan RM7 juta setahun.
• Yayasan Selangor bercadang bina bangunan RM40 juta di atas tapak yang sedia ada bagi menyatukan pendidikan pelajar, menjimatkan kos pengangkutan dan makan. Belum mendapat respond dari pihak berkuasa.

5. Bersetuju


Dari maklumat yang didapati

  • Perlu pengkalan data maklumat bagi penyelarasan agar tidak berlaku pertindihan.
  • Bekerjasama bagi meningkatkan prestasi pelajar Selangor yang masih belum memberangsangkan (Keputusan PMR Selangor 2010 keempat, sedikit memberangsangkan).
  • Jangan libatkan politik dalam perkara pendidikan, kebajikan, keselamatan dan kesihatan.
Sekian.

No comments:

Post a Comment