December 17, 2010

Menyampaikan Skim Usia Emas Di Pekan Bangi

Pekan Bangi, 07 Muharram = 13 Disember (Isnin):

Petang ini Adun Bangi bersama Sdr. Ari Krishnan Ketua Kelab Penyokong Pas Serdang bersama Tuan Haji Hasan Basri AJK Lajnah Kebajikan dan saudara Azizi melawat rumah Mendiang Si Mati En. Muniandy A/L Kuppan yang meninggal dunia pada 9 Disember 2010 yang lepas di rumahnya, kerana sakit tua.


Kehadiran kami disambut warisnya Puan Pathmavathy A/P Muniandy dan keluarganya yang tinggal di Taman Seri Bangi, Pekan Bangi. Kami mengucapkan takziah di atas kematian Mendiang En. Muniandydan berharap bersabar. Kami berbual ringkas dan bermesra dengan anak-anak dan cucu-cucu Mendiang Muniandy dan menyampaikan peruntukan Skim Usia Emas kepada Puan Pathmawaty. Kami mengharapkan keluarga besar yang tinggal serumah di sini bersabar dan mereka mengucapkan terima kasih di atas kehadiran kami membawa Skim Mesra Usia Emas.


Sekian.

No comments:

Post a Comment