December 9, 2010

Ketemu Jodoh: Tan Seri Profesor Dr. Kamal Hasan Menerima Menantu

BBB, 27 & 29 Zulhijjah = 04-06 Disember (Sabtu & Isnin):


Hari ini, Sabtu (04 Dis.) mulai dari pagi ke tengahari meraikan acara pernikahan antara Puteri Sulung Tan Sri Prof. Mohd Kamal Hasan + Puan Sri Normah bt. Mohd Saleh, iaitu Maryam Salwana Kamal bt. Mohd Kamal yang bertemu juduh dengan Mahmud Fauzi bin Muda. Adun dan isteri dijemput sebagai Adun bagi kawasan kediaman Tan Sri Profesor, iaitu seksyen 2 BBB, juga atas dasar pengantin lelaki (Mahmud Fauzi) adalah sepupu kepada isteri Adun yang berasal dari Kampung Sungai Rengas, Kuala Terengganu. Mahmud Fauzi setelah puas mencari pasangan yang berkenan dihati, setelah 5 adik beradiknya yang lain (beliau anak sulung) sudah berkahwin dan mempunyai keluarga, barulah beliau menemui juduh dan pagi hari Sabtu ini berlangsungnya acara aqad nikah bertempat di Surau Al-Mawaddah, Bukit Mitiara, Seksyen 2, BBB.


Sehari dua ini isteri Adun kelihatan sibuk, membersih rumah dan membeli keperluan-keperluan. Ini ialah kerana sebagai keluarga kepada pengantin lelaki dan kami tinggal tidak berapa jauh dari kediaman Tan Sri Profesor Dr. Kamal, maka rumah Adun akan menjadi tempat singgah bagi keluarga-keluarga yang datang sebelum ke acara pernikahan pada pagi Sabtu. Memang ramai dari keluarga sebelah lelaki sejak pagi lagi tiba di rumah dan kami raikan mereka sekadarnya. Setelah bersiap kami bertolak ke Surau Al-Mawaddah ke upacara Aqad Nikah jam 10.00 pagi. Surau yang terletek di pinggir Bukit Mutiara itu penuh dengan keluarga dan teman rapat dari kedua belah pihak. Turut hadir ialah Dato` Dr. Harun Din – Tokoh terkenal di BBB. Sebelum aqad pihak perempuan yang diwakili oleh Dato` Othman Desa Pengerusi Surau Al-Mawaddah menyampaikan ucapan ringkas dan dibalas oleh wakil pihak lelaki Dato` Mustafa Abdul Rahman (Keluarga pengantin lelaki) Mantan Pengarah Jakim. Upacara aqad dilakukan oleh Tan Seri Profesor Dr. Kamal Hasan bapa Pengantin Perempuan dan Imam nikah bertauliah Tuan Syed Othman yang juga adalah Imam Masjid al-Hasanah BBB membaca khutbah nikah.

Selepas upacara aqad nikah, para jemputan dan keluarga dijemput ke rumah pengantin perempuan bagi mengikuti acara kekeluargaan dan jamuan tengahari.


Majlis jamuan perkahwinan secara rasmi diadakan selepas dua hari berikutnya, iaitu pada malam hari Isnin – awal tahun Hijrah 1432, iaitu di Pusat Konvensyen Sime Darby Ballroom, Jalan Bukit Kiara 1, Kuala Lumpur bermula jam 8.00 malam. Jamuan malam ini bersekali dan serentak dari pihak perempuan dan lelaki. Jadi jemputan pada malam itu adalah jemputan terhadap tokoh istimewa, kenalan-kenalan khusus, terutama bagi Tan Sri Profesor Dr. Kamal Hasan – termasuklah jemputan terhadap bekas pelajar-pelajar UIAM yang bukan saja Tan Sri sebagai Profesor di UIAM, bahkan sebagai Bekas Rektor di Universiti tersebut. Begitu juga jemputan dari pihak lelaki dari kalangan kenalan dan keluarga. Antara tamu kehormat pada malam itu:


Tun Abdullah Badawi Mantan Perdana Menteri Malaysia

Y.A.B. Dato` Seri Azizan Abdul Razak Menteri Besar Kedah (sahabat Tan Sri Prof. Kamal Hasan)

Y.A.B. Dato` Seri Zamry Abdul Kadir Menteri Besar Perak (Bekas pelajar UIAM)

Tan Sri Ismail Haji Omar Ketua Polis Negara (Bekas pelajar UIAM)

Puan Hajjah Azizah bt. Mohd. Hassan isteri Mantan Presiden Pas Dato` Dr. Haji Abbas (Sepupu kepada ibu pengantin lelaki).


Puan Hajjah Azizah bersama ibu pengantin lelaki (berbaju hijau)


Dan ramai lagi pembesar-pembesar yang turut dijemput.

Dalam upacara pengenalan Pengantin Lelaki dimaklumkan adalah anak sulung Puan Hajjah Hindun bt. Hj.Mohamed dengan suaminya Cikgu Muda (meninggal). Hajjah Hindun bergalur keturunan dari Tok Pulau Manis (Syeikh Abdul Malik bin Abdullah), Seorang ulamak terkenal yang bertalian dengan pendakwah terawal yang menyebarkan Islam di Terengganu. Keturunan ini dianggap baik dan mulia di Terengganu. Mahmud Fauzi Pengantin Lelaki Bekas Pelajar Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur yang kemudian menyambung pengajian di Milton College dan Reading University London. Beliau mengkhusus di dalam bidang Ukur Bahan dan Hartanah. Sebab itu kerjaya beliau berhubung dengan hartanah seperti di Property Section PNB, Golden Hope under Sime Darby, PNB Island Peninsular Bhd., Khazanah Security Bhd. Dan terakhir (1907) Ketua Pelaburan Tanah Berhad. Minat utama beliau adalah Golf.


Manakala Pengantin Perempuan Maryam Salwana adalah satu-satunya anak perempuan bagi Tan Seri Profesor Dr. Kamal Hasan dan isterinya Puan Seri Normah bt. Mohd. Salleh. Maryam Salwana adalah Bekas Pelajar Ma`had Hamidiah Kajang dan lulusan UIAM. Pernah bekerja di bahagian Investment di TV 3 dan investing Agency.


Didoakan kedua pengantin hidup bahagia di dalam hidayah Allah, mendapat zuriat soleh, panjang umur, murah rezeki dan kekal sehidup semati. Amin.


Terima kasih.

No comments:

Post a Comment