Adun Bangi dalam ucapan ringkasnya memaklumkan yang Kerajaan Negeri Selangor adalah bersifat prehatin terhadap rakyat Negeri Selangor dan membantu rakyat miskin dan daif. Untuk Kawasan Hulu Langat bagi tahun 2010 sebanyak 6 buah rumah dibina seumpama yang dibina bagi Puan Normah bt. Nordin, manakala membaik pulih rumah adalah sebanyak 9 buah. Adun berharap dengan pembinaan rumah bagi Puan Normah ini memberi keselesaan kehidupan bagi Puan Normah dan sentiasa bersyukur kepada Allah. Kos bagi pembinaan rumah ini adalah sebanyak RM30,000.
Manakala Tuan Haji Mohd Yusof bin Abdul Kadir dalam ucapannya berterima kasih kepada pihak Kerajaan Negeri yang meluluskan peruntukan bagi pembinaan rumah Puan Normah. Kita berterima kasih juga kepada Pejabat Daerah yang melaluinya permohonan mendapat pertimbangan dan kelulusan. Beliau juga berharap dengan penyerahan rumah pada pagi ini menceriakan kehidupan Puan Normah.
Sementara itu berikutnya Adun juga menyerahkan sebuah mesin jahit dari peruntukan Kerajaan Negeri Selangor kepada Puan Siti Fatimah yang tinggal tidak berjauhan dari rumah Puan Normah. Puan Siti Fatimah akan menggunakan mesin jahit berkenaan untuk mengambil upah menjahit pakaian-pakaian. Pada minggu lepas Puan Fatimah adalah sal;ah seorang yang mengikuti Kursus Usahawan dan Perniagaan di bawah tajaan Adun Bangi yang tenaga-tenaga pengajarnya dihantar oleh Kerajaan Negeri. Menurut Siti Fatimah, ``Banyak faedah dari kursus yang diikuti dan akan digunakan dalam kerja menjahitnya nanti.
No comments:
Post a Comment