December 14, 2010

Kursus Keusahawanan Dan Perniagaan Di DUN Bangi

BBB, 05 Muharram = 11 Disember (Sabtu):

Lajnah Latihan dan Perumahan di bawah Kabinet Mini DUN Bangi yang diketuai saudara Muhammad Nadzmi bin Shafie berjaya mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri Selangor bagi menganjurkan Kursus Keusahawanan dan Perniagaan di Dun Bangi. Kursus ini ditaja dan terletak di bawah Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Y.B. Teresa Kok Suh Sim. Kursus ini ditawarkan secara percuma kepada pengusaha dan peniaga-peniaga yang berminat dan ianya berlangsung selama dua hari, iaitu dari 11 – 12 Disember 2010.

Tawaran mengikuti kursus telah dihebah dan diwarwarkan kepada penduduk di DUN Bangi, secara khusus, bahkan secara terbuka kepada umum sejak beberapa minggu yang lalu dan berjaya menarik minat seramai 30 orang peserta. Kursus ini berlangsung di Pejabat Khidmat Masyarakat Ahli MPKj Zon 22, Tingkat 3, Bangunan Agro-Bank, Reko Sentral.

Dua orang Tenaga Pengajar dihantar bagi mengendalikan kursus iaitu En. S. Hadi bin Abdullah dan Encik Lee, iaitu dua orang Tenaga Pengajar yang berpengalaman di dalam bidang Keusahawanan dan Pentadbiran Perniagaan. Adun Bangi pada pagi itu dijemput bagi merasmikan kursus berkenaan Y.B. Teresa Kok Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Darul Ehsan dalam perutusan yang diedarkan menyatakan:

``Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai seminar keusahawanan ini. Tujuan seminar ini dianjurkan adalah untuk memberi kesedaran kepada para peserta mengenai strategi yang kreatif dan inovatif dalam perniagaan, selain dari memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari dan mendalami ilmu perniagaan atau industri kecil dan sederhana bagi memajukan perniagaan masing-masing. Saya telah meluluskan bajet STANDCO Pelaburan Perindustrian Dan Perdagangan Negeri Selangor bagi menganjurkan seminar ini.

Saya juga ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada jurulatih daripada First Joy yang turut menjayakan latihan ini bagi melahirkan lebih ramai usahawan-usahawan berjaya di Negara kita.


Adun Bangi di dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah kepada peserta-peserta yang mengikuti kursus keusahawanan dan perniagaan yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri di DUN Bangi. Kursus ini adalah secara percuma, jika kursus sedemikian dianjurkan oleh pihak swasta selama dua hari tentulah yuran dikenakan ratusan ringgit. Tapi kerajaan adakan kursus sedemikian bagi memupuk daya maju para usahawan dan peniaga-peniaga. Kemajuan yang dicapai oleh tuan-tuan dan puan-puan adalah pulangan dan keuntungan bagi negeri.

Banyak peluang dan potensi perniagaan sekeliling kita, tetapi kurang maklumat dan bimbingan kita tidak dapat menggunakan peluang dan potensi yang berada di keliling kita. Melalui kursus ini kita berharap akan membuka minda dan usaha kita melihat peluang dan mengambil kesempatan. Berniaga dan membuka perusahaan adalah bidang yang dituntut di dalam Islam. Rasulullah s.a.w. adalah seorang peniaga dan usahawan dan baginda pernah bersabda bermaksud – sembilan persepuluh dari rezeki adalah berada di dalam pernigaan dan perusahaan.

Menurut Adun Bangi, kita bernasib baik mendapat peluang berkursus di dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, Saya mendapat faham, Kursus yang diadakan di tempat kita ini adalah yang ketiga seumpamanya diadakan di Negeri Selangor. Pertama dianjurkan ialah di Puchong, kedua ialah di Seri Serdang dan tempat kita adalah yang ketiga, manakala sebelum berakhir tahun 2010 bagi tempat keempat akan diadakan di Meru, Kelang. Adun Bangi berharap peserta-peserta mengambil peluang memahami kursus dan mempraktikkan dalam perniagaan dan perusahaan masing-masing. Pada hari ini berbagai peniaga dan usahawan yang hadir. Adun berharap dari kursus ini akan memupuk kelahiran peniaga dan usahawan yang berjaya pada satu masa kelak. Adun Bangi juga memaklumkan bahawa pihak Kerajaan Negeri kini menyediakan pinjaman `Mikro Kredit` kepada yang berkelayakan. Untuk mendapat maklumat dan peluang mendapat pinjaman `Mikro Kredit` sila pergi ke Pejabat Daerah Hulu Langat yang menjadi salah satu tempat operasi `Mikro Kredit berkenaan. Akhirnya Terima Kasih kepada penganjur dan penyampai kursus.

Antara objektif Program dua hari berkenaan ialah:

• Mengenalpasti sebab-sebab mereka meneroka atau berada di dalam dunia perniagaan.
• Mengenalpasti dan membangun matlamat dan pelan tindakan untuk mencapai aspirasi di dalam perniagaan.
• Mengenalpasti sikap dan kemahiran kritikal untuk bersaing dan mencapai kejayaan di dalam perniagaan yang diceburi.
• Menerangkan peranan kreativiti untuk berada di hadapan persaingan

Antara topik-topik yang dibicarakan ialah:

  1. Mengapa memulakan perniagaan
  2. Perniagaan di abad ke 21
  3. Kunci kejayaan dalam perniagaan
  4. Pelan tindakan.
Adalah dimaklumkan kursus yang dianjurkan ini diikuti dengan penuh minat oleh peserta-peserta dan tidak berlaku kekurangan peserta sehingga ke akhir kursus. Adalah difahamkan follow up bagi kursus ini akan diadakan bagi mengenalpasti setakat mana kursus yang diikuti memberi kesan di dalam memajukan peniaga-peniaga dan pengusaha-pengusaha.

Sekian.

1 comment:

  1. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    ReplyDelete