December 22, 2010

Taman Permai Dan Taman Indah, Kajang Adakan Gotong Royong

Kajang, 13 Muharram =19 Disember (Ahad):

Program Gotong Royong diadakan di kedua-dua Taman di atas pada pagi ini bertujuan Membasmi Denggi dan Menanamkan Sifat Sukakan kebersihan di kalangan penduduk. Turun mengambil bahagian ialah pihak MPKj yang diwakili Saudara Faisal, Wakil dari Adun Bangi saudara Abu Bakar dan saudara Azizi, pihak Jabatan Kesihatan juga menghantar Pasukan Victor membasmi nyamuk Aedes. Lebih kurang 100 orang penduduk tempatan turun bergotong royong.

Tuan Haji Shafie Ngah yang mewakili Adun Bangi mengucapkan terima kasih kepada pihak MPKj dan Alam Flora serta Jabatan Kesihatan yang memberi respon yang baik bagi menjayakan gotong royong yang diadakan. Masing-masing dengan peralatan masing-masing. Tuan Haji Shafie juga memuji kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk. Beliau memaklumkan pihak Adun Bangi akan terus memberi kerjasama bagi program-program seumpama hari ini.

Menurut saudara Abu Bakar gotong royong membasmi denggi dan membersih kawasan berlangsung selama lebih kurang 3 jam, iaitu dari jam 8.30 - 11.30 pagi. Beliau berpuashati berhubung dengan perjalanan program.

Terima kasih kepada semua yang terlibat.

No comments:

Post a Comment