December 7, 2010

Menyampaikan Bantuan Cek Kepada SRJK Tamil, West Country - Barat & Ziarah Pesakit Di Hospital Serdang

West Country Barat, Serdang, 27 Zulhijjah = 4 Disember (Sabtu):


Selepas solat Zohor, kami bertolak ke SRJ Tamil, West Country (Barat) seberang jalan dan berhadapan Universiti Hospital Serdang Tujuan kami ke SRJK Tamil di sini ialah bagi menyampaikan bantuan Kerajaan Selangor kepada Sekolah tersebut. Kesampaian kami – Adun, Sdr. Shafie Ngah, Sdr. Abu Bakar & Azizi disambut oleh YDP Persatuan Ibu-Bapa Sekolah, iaitu En. Mani Waran, Guru Besar En. M. Arumugam, Pengerusi Kaum India di Balakong En. Sri Bala, saudara Ari Krishnan Ketua Kelab Penyokong Serdang, Sdr, Sam. Dr. Subra, AJK Persatuan Penduduk dan guru-guru.

Dalam majlis ringkas, YDP PIBG mengucapkan terima kasih di atas kehadiran Adun membawa sumbangan cek seharga RM8,000/= bagi kegunaan Sekolah. Menurut En. Mani Waran, ini bukanlah kali pertama Sekolah ini menerima bantuan, Tahun lepas Sekolah juga menerima RM5,000 dan juga sebuah bangunan Tadika yang berharga RM17,000. Di atas sumbangan dari Kerajaan Negeri sekali lagi beliau mengucapkan terima kasih.


Manakala Guru Besar En. Arumugum dalam ucapannya memaklumkan bahawa pelajar Sekolah West Country Barat berjumlah 70 orang. Pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah di sini datangnya dari Balakong, Taman Permai dan West Country Barat di sini dengan guru adalah seramai 8 orang.


Adun Bangi dalam ucapannya memaklumkan bahawa Kerajaan Neger memperuntukkan sebanyak RM4 juta setahun sebagai bantuan kepada Sekolah-Sekolah Rakyat Tamil. Peruntukan yang dibawa ini adalah dari peruntukan yang disediakan oleh kerajaan. Beliau berharap dengan peruntukan ini dapat membantu Sekolah di dalam menyediakan kelengkapan yang diperlukan oleh Sekolah. Di samping itu bantuan juga disediakan oleh pihak kerajaan melalui TAWAS, pelajar cemerlang dan miskin tapi maju dalam pelajaran, bantuan masuk universiti dan pinjaman pengajian masuk universiti. Sekolah juga boleh memohon bantuan apa-apa yang releven. Contoh bangunan Tadika yang pernah dipohon dan diluluskan oleh kerajaan negeri.

Banyak lagi peruntukan dan sumbangan dari kerajaan negeri pada masa hadapan. Adun berharap rakyat terus memberi sokongan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah sekarang.

Sementara itu selepas menyampaikan cek kepada SRJK Tamil West Country Barat Adun bersama pengiring-pengiring termasuk hadir Tuan Haji Rushdi Ketua Lajnah Kebajikan, kami menziarah pesakit di Hospital Serdang, iaitu En. Ahmad Kassim (45) dari Jenderam yang pernah menetap di Bangi dan masih menjadi pengundi di sini. Oleh kerana kami hadir di luar waktu pejabat, kami tidak dibenarkan masuk, tetapi atas rayuan akhirnya kami dibenarkan masuk, tetapi disyaratkan hanya dua orang saja dibenarkan masuk dan kami berdua dengan Tuan Haji Rushdi dapat menziarahinya.


Encik Ahmad Kassim mengalami komplikasi jantung dan bergantung hayat dengan
Menggunakan bateri. Kini tiba masa beliau perlu menghadapi pembedahan bagi menyalin bateri yang telah tamat tempoh. Belanja bagi pembedahan dan penukaran bateri ialah sebanyak RM12,000. Bantuan RM10,000 dari pihak hospital telah didapati. Beliau memerlukan dana tambahan sebanyak RM2,000. Kami datang membuat lawatan biasa dan menyampaikan sedikit bantuan dan cenderamata. Kami berjanji untuk berusaha bagi mendapatkan sebahagian jumlah yang diperlukan. Insya Allah.

Terima kasih.
Publish Post

No comments:

Post a Comment