May 31, 2020

UNIVERSITI SWASTA TEMPATAN YANG LAIN


UNIVERSITI SWASTA  TEMPATAN YANG LAIN
(Fikrah Bangi: 574),
BBB:  08 Syawal 1441H. = 31 Mei 2020M. (Ahad).
Mendirikan sebuah universiti memerlukan perancangan yang rapi dan memerlukan peruntukan yang tinggi. Misalnya dari mendapat kampus, infra-struktur, persediaan tenaga pakar yang bermutu, pentadbiran yang profesional  dan pelajar-pelajar yang berkelayakan. Tidak jarang ada perancangan yang dibuat, tapi kekurangan misalnya dari segi kewangan, maka  universiti tidak berjaya didirikan. Walau bagaimana ada yang mempunyai perancangan yang baik dan berjaya. Antaranya:
1`)  Lim Kok Weng University
Adalah sebuah universiti swasta di negara ini yang berjaya. Ianya didirikan oleh toloh pendidikan individu yang bernama Tan Sri Lim Kok Weng yang kampus asalnya bertempat di Putra Jaya dan menerima pelajar tempatan dan antarabangsa. Menawarkan keilmuan di dalam berbagai bidang pengajian ditawarkan  seperti sastera, sains, ekonomi, engineering. Terkenal di dalam bidang arts design. Kemajuan universiti yang mendapat kemasukan pelajar antarabangsa mendorong Tan Sri Lim Kok Weng menubuhkan cawangan universitinya di berbagai negara. Peranannya diterima dan diiktiraf oleh  berbagai pihak. Ianya mengharumkan nama Malaysia di dalam bidang pelajaran ke peringkat antarabangsa. Ianya adalah contoh pengajian swasta yang baik yang terkenal pada peringkat antarabangsa.
2)  International Medical University
Dari namanya menunjukkan bahawa ianya sebuah universiti perubatan yang julung kali ditubuhkan di negara ini. Sebuah universiti perubatan tentulah memerlukan peruntukan yang tinggi. Perlu kampus dan peralatan yang mahal. Perlu hospital dan lebih dariitu memerlukan tenaga pengajaryang profesional. Universiti ini tentulah bukan saja bagi pelajar tempatan, tetapi terbuka kepada pelajar antarabangsa. Belajar di pengajian perubatabn ini memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Universiti ini masih baru dan kita tunggu perkembangan dan berharap maju jaya dan dapat menarik pelajar antarabangsa dan menampilkan nama Malaysia yang berkemampuan menawarkan pengajian bersifat internasional dan bakal membawa nama baik Malaysia di dalam bidang [erubatan, bahkan menjadi  sebahagian  yang dapat meletakkan Malaysia sebagai hub-pengajian pada peringkat antarabangsa.
3) First City University
Ia adalah nama universiti swasta yang baru dan mengiklankan dirinya bagi mendapat pelajar. Universiti ini  mempunyai kampus bertempat di  Bukit Utama, Bandar Utama Kuala Lumpur. Tentulah penganjur universiti ini mereka yang  mempunyai cita-cita tinggi di dalam bidang pelajaran. Tentulah ianya menawarkan berbagai bidang pengajaran sesuai sebagai sebuah universiti. Sebagai universiti swasta yang biasanya bersifat komersil, tentulah bayarannya tinggi, tetapi jika ianya dapat menunjukkan prestasi yang baik, tentulah ianya akan dapat pelajar-pelajar yang baik yang ditaja oleh berbagai pihak.
4. Universiti Nilai
Sebagaimana namanya, universiti ini terletak di Nilai, Negeri Sembilan. Sebuah tempat yang banyak mempunyai institusi pengajian universiti. Pemimpin universiti ini pernah diketua Bekas Profesor dari Universiti Malaya -= Profesor Tengku Bahrain, seorang yang dinamilk di dalam bidang pendidikan. Wal;au bagaimana perkembangan universiti ini tidak begitu menonjo; sebagaimana peringkat awal. Mungkin universiti ini sudah stabil dari segi kemajuannya.
5.  Management And Science University
Sebuah universiti di Kuala Lumpur. Sebagaimana namanya universiti menawarkan pengajian dalam bidanga management dan sains. Pelajarnya bersifat tempatan dan antarabangsa..
6. Sunway University.
Sebuah universiti yang baru dan terletak di Petaling Jaya
7.  Universiti Islam Malaysia
Nama universiti ini tidak begitu dikenali. Ianya merupakan universiti yang diharapkan o;eh alimnai=alumnai Kolej Islam Kelang yang ditubuhkan sejak 1956, Alumnai-alumnaimya mengharapkan sebuah Universiti Islam Malaysia ditubuhkan sebagai puncak bagi pengajian Kolej Islam Malaysia yang merupakan pengajian tertinggi terawal di negara ini, sejak sebelum merdeka lagoi.  Bila desakan mendirikan universiti Kebangsaan, nama universiti Islam diharapkan, tetapi nama sebenarnya ialah Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Fakulti Islam diberi tempat, bukannya sebagai sebuah universiti Islam. Kelahiran UIAM di Gombaj dianggap olej sebahagian dari alumnai,bukan lanjutan dari Kolej Islam, lantaran itu sebahagian dari alumnai Kolej Islamm antaranya Tan Sri Dr. Yusof Nor dan kawan-kawan sekolej Islam berusaha bagi mendirikan Universiti Islam Malaysia.  UIM ini didirikan di Cyber Jaya, Selangor yang diketuai oleh Dr Yusof Nor.
Walau bagaimana UIM ini berbeza dari kebiasaan universiti yang biasa. Ianya tidak mempunyai pelajar bagi ijazah pertama. Pelajar-pelajar yang diterima ialah bagi peringkat sarjana dan Ph. D. Jadi pengajian lebih bersifat  research. Kegiatan universiti tidak begitu menonjol dan tidak banyak publisiti yang diketahui. Mungkin bidang utama adalah berkenaan Islam dan cabang-cabang yang berhubung dengannya. Kita tidak begitu mengenali profesor dan pensyarah dari universiti itu, tetapi dikatakan UIM mempunyaitunjangan kewangan yang kukuh dari harta milik Kolej Islam, termasuklah kampusnya di Petaling Jaya. Kita berharap UIM akan meluaskan pebngajian dan menawarkan pengajian bagi semua peringkat dan dalam berbagai bidang. Diharapkan jua UIM akan mengeluarkan graduan terkenal di dalam bidang keilmuan dan khigmat kemasyarakatan.
Sekian.

May 30, 2020

PENGAJIAN TINGGI SWASTA


PENGAJIAN TINGGI  SWASTA

Bagi mengemaskan pengajian tinggi di negara ini, perlu dikenali pengajian-pengajian tinggi yang ada di negara ini. Telah dibicarakan pengajian-pengajian tinggi kerajaan  (IPTA) di negara ini.
Tetapi  selain daripadsa lebih dari dua puluh IPTA di negara ini, terdapat pengajian-pengajian tinggi swasta. Pengajian ini terbahagi kepada dua, iaitu swasta dalam negara  dan swasta dari luar negara. Kedua-duanya dapat menyemarakkan perkembangan pengajian tinggi di negara ini.  Kita percaya semuanya berdaftar dan mendapat kelulusan dari pihak kerajaan. Cuma dapat dipersoalkan tentang kualiti,  arah dan pembawaan bagi setiap universiti. Apakah ianya dipantau dan adakah ianya menurut dasar dan polisi negara. Apakah ianya semata-mata bersifat komersil dan tidak mengikuti aspirasi negara, misalnya menjadikan negara hub pendidikan bertaraf dunia dan bersama membawa imej negara kepada   pelajar yang menjadi duta bagi negara kepada dunia – terutama bagi pelajar dari luar negara.
Terdapat lebih dari sepuluh buah pengajian swasta dalam negara yang setengahnya agak lama dan setengahnya lebih baharu. Kebanyakan universiti berkenaan adalah bertempat di Luala Lumpur – Ibu Negara  Antaranya
1``) Universiti Tun Abdul Razak
Nama universiti ini diambil dari nama Tun Abdul Razak bin Hussein Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Pengajian yang ditawarkan ialah sastera, ekonomi dan pentadbiran. Bertempat di Kuala Lumpur dan kebanyakan pelajar adalah tempatan, termasuk  ijazah luar kampus.
2) Universiti Tengku Abdul Rahman
Nama universiti ini diambil dari nama Perdana Menteri Malaysia Pertama  - Tunku Abdul Rahman. Universiti ini adalah ditaja oleh Parti MCA. Walaupun ianya terbuka bagi seluruh rakyat Malaysia, tetapi pelajarnya ramai dari kalangan kaum Cina. Bidang ditawarkan berbagai-bagai.
3. Out Campus University
OUP universiti ini bersifat pengajian untuk pelajar secara luar campus. Pusatnya antaranya di Bandar Baru Bangi. Ianya dipimpin antaranya dari bekas tenaga pengajar, antaranya dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengajar-pengajar pergi dari satu pusat ke pusat yang lain yang ditubuhkan di banyakj tempat. Kini kaedah on Line memudahkan pengurusan dari segi pengajaran. Pengajian melibatkan sastera, ekonomi, pengajian Islam dan pentadbiran.
4. Management And Science University
Universiti ini agak baharu, bertempat di Kuala Lumpur. Sebagaimana nama universiti, tumpuan pengajian ialah bidang pentadbiran dan Sains dalam erti yang luas. Menerima pelajar tempatan dan luar negara.
5) Sunway University
Univerity yang lebih baharu dan terletak di Petaling Jaya, Kuala Lumpur. Menawarkan pengajian berbagai untuk pelajar di dalam dan luar negara.
Bersambung.

(Fikrah Bangi 573),
BBB:  07 Syawal1441H. = 30 Mei 2020M. (Sabtu).

May 28, 2020

MENUJU KE TITIK ITU; KECINTAAN BERTERUSAN


MENUJU KE TITIK ITU: KECINTAAN BERTERUSAN

Melepasi usia 78 semalam
Dan kini mulai mendaki  ke 79
Adalah kesyukuran kepada Tuhan
Dalam menikmati usia ini bersama pasangan
Al-hamdulillah masih sihat untuk beribadat
Belum ada penyakit  berangkai bertempat
Masih diberi kewarasan akal berurusan
Masih mampu mengendali diri tanpa menyusahkan orang
Tapi pertanda kefanaan diri isyaratnya di mana-mana
Perjalanan ke titik  itu tentulah tidak lagi lama.

Syukur kepada Yang Maha Esa
Kecintaan tiga paksi dapat diteruskan
Cunta pada ilmu,  penulisan  dan kemasyarakatan
Meskipun tidak secergas ketika sebelum persaraan.

Kecintaan pada ilmu pertanda nyata
Ketika menjadi tenaga pengajar di pengajian tinggi
Minat  terhadap bidang ini berterusan
Dengan kajian dan pengajaran.

Kecintaan terhadap penulisan
Al-hamdulillah dari 1960an hingga kini berterusan
Menulis tentang ilmu, kreatif dan am
Masih mengalir dari sentuhan minda dan hati-rohani
Sebagaimana dapat disaksi.

Puncak dari kecintaan kemasyarakatan
Terlibat dengan politik sebagai ADUN Kajang dan Bangi
Hijrah ke Selangor itu amat memberi erti lakar sejarah
Khidmat kebajikan dan kritik sosial Fikrah Bangi
Manifestasi diri dengan kegiatan ini.  

Selagi kemampuan masih dikurnia Tuhan
Kecintaan terhadap tiga paksi diteruskan
Do`a ku kepada Allah
Terus dikurnia kekuatan fizikal
Terus rasional untuk berbicara
Khidmat masyarakat selagi  terdaya
Sebelum titik itu tiba.

(Fikrah Bangi:  572)
BBB:  05 Syawal 1441H.  =  28 Mei 2020M. (Khamis).

May 27, 2020

RAYA - PERGERAKAN TIGA DIMENSI


RAYA: PERGERAKAN TIGA  DIMENSI

Mengakhiri Ramadhan
Berbuka dengan menu utama
Di samping tamar ialah lemang
Dan isyak bersama jama`ah di masjid
Takbir dalam jumlah terhad
Kelainan meriahnya dari kebiasaan
Syahdu syiar kumandang
Namun di luar mercun lebih lantang.

Pagi  satu Syawal
Meraikan SOP musim Covid-19 ini
Hadir sejumlah jama`ah terhad
Bergilir mengalun takbir
Gemanya ke tengah kariah
Dan imam mendirikan solat
Diikuti khutbah dikeluarkan pemerintah
Mengikuti SOP berjarak tiada salam
Bubar dalam keadaan tenteram.
Dari rumah bergerak  tiga beranak
Ke Perkampungan Birrul Walidayn Sungai Merab
Anak Bungsu naik rumah  - Do`a Selamat
Kehadiran  keluarga dipecah dua
 Ke rumah anak bersebelahan jamuan
Riang – anak  cucu cicit yang  datang.

Ku  tinggalkan mereka bergembira
Sedang aku  segera pulang berseorang
Menunaikan tugas zohor selaku Imam.

(Fikrah Bangi:  571),
BBB: 04 Syawal  1441H. = 27 Mei 2020M, (Rabu).

May 23, 2020

MASJID DAGANG SEPANJANG RAMADHAN


MASJID  DAGANG  SEPANJANG RAMADHAN

Sejak awal kehadiran Ramadhan
Akibat Covid-19   menyerang
Kehadiran disambut dengan kelainan
-         Meriah  dulu begitu dirindu
Tiada  iftar berjama`ah di ruang legar
Solat Juma`at dan waktu cuma tiga individu
Imam, Bilal dan Siak, demikian tarawih
Tiada juga tadarus berkumpulan
Tiada juga qiyamullail disirikan

Malam tadi untuk malam  terakhir
Bilal Tua mengalunkan azan pengakhiran
Mengingatkan penduduk bagun bersahur
Tradisi diteruskan.

Hari terakhir Ramadhan
Orang ramai berpusu-pusu ke pasar
Meriah untuk menyediakan juadah
Masjid di tepian terus lengang dari kehadiran
Rindu kembali masjid diimarahkan.

(Fikrah Bangi:  470),
BBB: 30 Ramadhan 1441H. = 23 Mei 2020M. (Sabtu).

May 22, 2020

14 PENDAPAT


14  PENDAPAT
(Fikrah Bangi:  569),
BBB: 29 Ramadhan 1441H. = 22 Mei 2020M. (Juma`at).

Dapatlah dirumuskan mengenai jumlah jama`ah bagi mendirikan Juma`at  sebagaimana di dalam  Risalah Naql Syeikh Abdul Malik bin Abdullah   (Tok Pulau Manis) adalah  14 pendapat, iaitu sejumlah lelaki sebagaimana berikut:
1)     2  orang
Didasarkan kepada pendapat Nakha`i, Hasan bin Saleh dan Da`wud.
2)    3  orang 
Didasarkan kepada pendapat  Awza`i  dan Abu Thaur.
3)   4 orang
Berdasarkan pendapat Abu Hanifah, Thauri dan Al-Layth.
4)    7 orang
Berdasaarkan pendapat  `Ikrimah
5)    9  orang
Berdasarkan pendapat  Rabi`ah
6)    12  orang
Berdasarkan pendapat  Rabi`ah, Matuli, Al-Mawardi, Zuhrah, Awza`i dan Muhammad bin Hasan.
7)    13 orang.
Berdasarkan pendapat  Ishaq  bn Rawayh.
8)     20  orang
Berdasarkan pendapat  Habib daripada Imam Malik.
9)  30 orang
Berdasarkan pendapat satu riwayat daripada Malik.
10)  40 orang
Didasarkan kepada pendapat  Abdullah Anak `Utbah, Umar bin Abdul Aziz, Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishaq.
11)  40 selain dari Imam
Salah satu pendapat Imam Shafie (Jadid)
12)  50  orang
Pendapat Umar bin Abdul Aziz, Ahmad bin Hanbal  (ada salah satu pendapat).
13)  80  orang
Berdasarkan riwayat Muzani
14)  Seberapa banyak
Berdasarkan pendapat Imam Malik. Pendapat masyhur berdasarkan masyarakat berjual beli sebagaimana di dalam Surah Al-Juma`ah.
Pendapat yang popular dilaksanakan ialah 12 orang dan 40 qrang. Riwayat bagi kedua-dua pendapat ini kukuh
Antara rujukan bagi 14 pendapat ialah kitab Dau` al-Sham`ah oleh Syeikh Jalaluddin al-Suyuti, Munyati Ahli al-Wara` Oleh Ahmad al-Qushashi (m. 1661M.), Minhaj al-Talibin oleh Imam Nawawi, Tatimmah oleh al-Matuli, Al-Hawi oleh Al-Mawardi, Al-Nihayah oleh Imam Al-Ramli,  Fathul Wahhab oleh Imam Abu Yahya Zakariyya al—Ansari, Fathul Qarib oleh Imam Ibn Qasim al-Ghuzza Sharh Abi Shuja` , Tuhfat al-Muhtaj oleh Muhammad Sharbini al-Khatib, Al-Mahalli oleh Abu Bakar al-`Amiri dan Al-Farwiyyah oleh Ibrahim al-Kurani.
Demikianlah persoalan tentang jumlah jama`ah bagi mendirikan solat Juma`at telah dibincaangkan  oleh Syeikh Abdul Malikbin Abdullah (Tok Pulau Manis)   sejak akhir abad ke 17  dI Terengganu. 

Sekian.

May 21, 2020

SITUASI PADA MASA RISALAH NAQL DIHASILKAN


SITUASI PADA MASA RISALAH NAQL DIHASILKAN
(Fikrah Bangi:  568).
BBB:  28 Ramadhan 1441H. =  21 Mei 2020M. (Khamis).
Telah disebutkan bahawa  dihasilkan Risalah Naql oleh Syeikh Abdul Malik bin Abdullah (Tok Pulau Manis), ialah kerana didapati sukar bagi kampung-kampung terutama sepanjang Sungai Terengganu dari Hulunya ke Kualanya yang berjumlah ratusan kampung bagi mendirikan solat Juma`at  jika dikehendaki  jumlah para  jama`ah  sebanyak 40 orang.

Perlu disebutkan bahawa pada masa risalah berkenaan dihasilkan, negeri Terengganu  masih belum mempunyai kesultanan,  Terengganu pada masa  itu diperintah oleh pembesar-pembesar yang di bawah  naungan Kesultanan Johor. Pada satu risalah disalin Syeikh Abdul Malik  berjudul Isra` Mi`raj, berbahasa Arab Syeikh Abdul Malik mencatatkan nisbah dirinya dari negeri  Terengganu al-Johori, bermaksud Abdul Malik Bin Abdullah dari Negerii Terengganu di bawah naungan Kerajaan Johor.
Di dalam Risalah Naql berkenan sememangnya tidak disebut  sebarang pemerintah pada masa Syeikh Abdul Malik mengarang Naql tersebut, tetapi beliau menyebut tentang ulama` dan syed-syed di Terengganu dan di luar dari Terengganu. Adalah dijangka Risalah Naql dihasilkan pada  akhir abad ke 17, iaiatu pada peringkat awal Syeikh Abdul Malik pulang ke Terengganu. Perlantikan Sultan Terengganu Pertama  Sultan Zainal Abidin Pertama dari Johor berlaku pada tahun 1725 di Tanjung Baharu dekat  Kampung Pauh. Bila Syeikh Abdul Malik kembali ke kampung asal di Pauh  sebagai pusat baginya berdakwah di Hulu Terengganu dan di tempat-tempat yang lain. Risalah Naql adalah dijangkan dihasilkan di Kampung Pauh di Tebing Sungai Terengganu yang tidak jauh dari Kampung  Buluh tempat diketemui Batu Bersurat Terengganu.
Bagi mengeluarkan pendapat tentang jumlah jama`ah bagi mendirikan Juma`at , Syeikh Abdul Malik membuat rujukan  berbagai  kitab dari berbagai pendapat `ulama, Kitab utama yang menjadi rujukan Syeikh Abdul Malik bin Abdullah ialah  `Dha`u al-Sham`ah  bermaksud `Cahata Lilin`oleh Syeikh Jalaluddin al-Sayuti di samping berbagai-bagai pendapat yang lain.
Kajian yang dilakukan Penulis terhadap  Risalah Naql ini telah dterbitkan di dalam  PESAKA III Terbitan Muzium Negeri Terengganu, 1985, halaman ` 1 - 41.

Sekian.

May 20, 2020

SYEIKH ABDUL MALIK DAN FATWA JUMLAH AHLI JUMA`AT


SYEIKH ABDUL MALIK DAN FATWA JUMLAH AHLI JUMAAT
(Fikrah Bangi:  567).
BBB:  27 Ramadhan 1441H. = 20 Mei 2020M. (Rabu).

Jumlah ahli jama`ah  bagi solat Juma`at yang popular adalah sebanyak 40 orang. Inilah pegangan yang standad yang diikuti di Malaysia, menurut Mazhab Shafie. Tetapi ini bukan  hanya satu pendapat yang  tetap  yang mesti diikuti.
Di dalam musim Covid-19. Setelah dua bulan tidak didirikan solat juma`at, bila mau kembali mendirikannya – bermula pada Juma`at 15 Mei  2020, maka bimbang kepada  berlaku jangkitan dengan jumlah yang ramai, maka dirujuk kepada pendapat-pendapat antaranya minimum 3 orang dengan Imam, 1`2 orang dan 30 orang. Maka dilihat kepada jumlah bagi masjid terpilih mendirikan Juma`at seperti di Selangor ialah 12 orang, manakala bagi masjid-masjid di Wilayah Persekutuan ialah tiga puluh orang.  Itupun dikehendali patuh dengan norma-norma dan SOP yang ditentukan seperti jarak antara satu sama lain ialah 2 meter dan sebagainya. Apabila keadaan kembali kepada normal selepas ketiadaan wabak, maka jumlah 40 dan ke atas menjadi amalan biasa.

Dalam keadaan sekarang jumlah jama`ah adalah ramai  dan perlu dihadkan, tetapi pada zaman  dahulu, masalah yang dihadapi dalam sesuatu tempat, kampung atau dusun ialah kekurangan jama`ah bagi mendirikan Juma`at.  Jika jumlah diperlukan 40 orang, maka banyak kampung tidak dapat mendirikan Juma`at. Keadaan ini umpamanya berlaku di Hulu Terengganu dan perkampungan  di  sepanjang Sungai Terengganu dari hulunya ke Kuala Terengganu dan tempat-tempat yang lain.
Seorang pelajar dari Hulu Terengganu tempat diketemui Batu Bersurat Terengganu  bertarikh (702H/1303M) – Antara tempat terawal menerima Islam di Alam Melayu. Pelajar berkenaan adalah dari turunan `ulama` yang mendakwah Islam di Hulu Terengganu telah menyambung pengajian di Makkah, iaitu Syeikh Andul Malik bin Abdullah (1650-1736M.) telah menyambung pengajian di Makkah selepas belajar di Acheh berguru antaranya dengan Syeikh Abdul Ra`uf Singkel (m1691M.). Beliau belajar di Makkah dan Madinah selama 12 tahun dan berguru dengan guru Syeikh Abdul Ra`uf, iaitu Syeikh Ibrahim al-Kurani, murid kepada Syeikh Ahmad al-Qushashi guru-guru  bagi mazhab Shafie.
Syeijh  Abdul Malik yang terkenal dengan gelaran Tok Pulau Manis mengarang Kitab Hikam Melayu  (Tawawuf) dan bila pulang ke Terengganu beliau berdepan dengan masalah kekurangan kitab di dalam bahasa Melayu. Bagi panduan  masyarakat di Terengganu dan juga alam Melayu bagi menanamkan akiudah dan soal fiqh beliau mengarang kitab Kifayah dan Kayfiyat  al-Niyyah.
Satu keadaan yang dihadapi pada masa itu, ialah banyak kampung dan dusun yang tidak  dapat mendirikan Juma`at,   jika didasarkan keperluan kepada 40 orang jama`ah. Lantaran itu bekiau  mengarang Kitab atau Risalah Naql  mengenai bilangan yang wajib didirikan Juma`at.
Risalah ini menjadi lampiran bagi Latihan Ilmiajh Penulis bagi mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian di UKM pada tahun 1974.
Bersambung.
Sekian.

May 19, 2020

18 MEI


18  MEI
Dua istimewa  dengan tarikh ini
I
Sejarah tercipta
DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong
Al-Sultan Abdullah Ri`ayatuddin al-Mustafa Billah
Merasmikan Penggal Ketiga Parlimen ke 14
Pertama bagi Kerajaan Pakatan Nasional
Dalam musim Covid-19 mengancam
Sidang hanya sehari bagi peringkat Pembukaan
Amanat dari Agong jangan lagi heret rakyat dan Negara
Kepada suasana ketidak tentuan – Jangan main politik
Keselamatan Negara dan Rakyat perlu diutamakan
Ini musim gawat – Sidang akan disambung Julai mendatang.

II
UKM genap usia 50  tahun
Teringat aku pada hari pertama
Selaku Anak Sulung mengangkat Sumpah Mahasiswa
Di  ODT bangunan universiti berkenaan
Syukur aku masih berkesempatan dengan usia ini
Tapi yang lebih penting mengharap universiti
Terus memimpin  keilmuan  dan kemajuan
Sebuah universiti unggul glocal dan global
Kemegahan generasi dan warisan berterusan.

III
Aku berkesempatan dengan  dua peristiwa
Mengharapkan kemajuan dijana pendidikan
Ilmu dan kemajuan tidak berpisahan
Seharusnya bergandingan
Nikmat dikecap generasi berterusan.

(Fikrah Bangi:  566),
BBB:  26 Ramadhan 1441H. =  19 Mei 2020M. (Selasa).

May 18, 2020

KOMUNIKASI : DULU DAN KINI


KOMUNIKASI:  DULU DAN  KINI
(Sempena Hari Komunikasi – 17 Mei)

Bayangkan  di awal kemerdekaan
Aku masih ingat dalam keadaan cemas
Mau hubungi keluarga jauh tentang kematian
Perlu ke `Rumah Pasung` mohon penggunaan telefon
Tidak mudah mendapat kebenaran  menggunakan.

Bayangkan hingga  awal 1960
Jika dari Kuala Terengganu  ke Kuala Lumpur
Perlu menaiki bas atau teksi bersambung
Merentasi sungai sepuluh buah feri
Untuk sampai memakan masa dua hari
Untuk tunai  Hajii naik kapal laut 20 hari
Tiga bulan masa pergi dan pulang.

Sumber berita adalah dari Radio Malaya
Naskhah akhbar berharga  10 sen
Tiba sehari lebih lewat dari tarikh diterbitkan
Dibaca oleh kalangan  yang dianggap terpelajar.

Kini di zaman komunikasi canggih
Ke Makkah dalam tempoh lapan jam
Maklumat  dicapai di hujung jari
Komunikasi dan urusan atas  talian
Transaksi  tanpa perlu kehadiran
Sidang  dan mesyuarat secara maya
Segalanya dilakukan dengan segera.

Komunikasi makin canggih
Dunia hilang peta dan sempadan
Sepatut manusia makin bersaudara
Realitinya  mereka  sering bersengketa.

(Fikrah Bangi:  565).
BBB: 25 Ramadhan 1441H. = 18 Mei 2020 (Isnin).

May 17, 2020

GURU DAN ILMU PERTINGKAT DARAJAT


GURU  DAN ILMU  PERTINGKAT  DARAJAT
(Sempena Hari Guru 16 Mei)

Bermula dari mengenal
Huruf  dan angka
Dari ABC  ke  123
Hinggalah ke pringkat profesor
Ulama`  , teknokrat ke pemimpin negara
Dan semua peringkat warga membaca
Dicelik sedar  oleh guru berjasa.


Guru adalah permata cahaya
Menyinar  minda dan hati nurani  manusia
Tiap daripada kita dicanai guru dengan ilmu
Hingga kita berada di mana  kita.

Pun begitu setiap kita
Berpeluang memperbaiki diri
Melalui guru dengan berusaha
Menurut bidang, kemahuan dan kepakaran
Melalui guru dipelajari ilmu  meningkat diri
Di mana ada kemahuan di sana guru  membimbingkan
Guru dan ilmu faktor  tingkat  kemajuan
Pun begitu ilmu tiada batasnya
Tuntutan mempelajainya sepanjang hayat
Bukan  semata  untuk kedudukan dan pangkat
Tetapi kepuasan  ilmu  demi  ilmu
Bekalan dunia akhirat.

(Fikrah Bangi:  564),
BBB:  24 Ramadhan 1441H. = 17 Mei 2020M. (Ahad).

May 15, 2020

MASJID KEMBALI DIIMARAHKAN DENGAN JUMA`AT


MASJID  KEMBALI DIIMARAHKAN DENGAN JUMA`AT

Ai-hamdulillah setelah dua bulan  Juma`tat  ditangguhkan
Terakhir 18 Rajab 1441 bersamaan 13 Mac 2020
Pada hari ini  Covid-19  diisytihar wabak negara
Dan tiada Juma`at pada minggu berikutnya
Sesungguhnya Covid-19 musuh dunia dan umat
 mengubah norma ibadat termasuk solat Juma`at.

Pun begitu kembali Juma`at secara bertahap
Mulai dari masjid  pilihan  - di Selangor kemudian
Diluaskan  pada minggu-minggu berikutnya
Namun ada sedikit perbezaan dengan  Persekutuan
Minimum tiga dan maksimum tiga puluh
Manakala Selangor sama minimum
Tapi maksimum tidak lebih dua belas
Perbezaan ini didasarkan  pendapat kuat
Dari  kalangan fuqaha` dijadikan pegangan.

Para jama`ah Juma`at  yang terpilih
Dikehendaki mematuhi SOP ketentuan
Usia tidak melebihi  60  tahun
Kehadiran dicatat pada buku disediakan
Berwudhuk dari rumah, memakai maska
Bersuhu tidak lebih 37.4C dan membawa sajadah sendiri
Pihak masjid dikehendaki menyediakan hand sanitizer
Di pintu-pintu masuk  ke masjid diguna jama`ah
Jama`ah menjarakkan diri dua meter elak jangkitan
Khatib membaca khutbah disediakan
Perjalanan solat  adalah secara ringkas diiringi
Do`a keselamatan  dan pulih dari wabak
Jama`ah dikehendaki segera bersurai sebaik Juma`at selesai
Adapun solat waktu  masih mengikuti SOP ditentukan
Imam, Bilal dan Siak menurut giliran.

Cahaya Juma`at mulai bersinar
Diharap dalam masa terdekat
Semuanya kembali kepada normal
Insya Allah.

(Fikrah Bangi: 563),
BBB:  22 Ramadhan 1441H. = 15 Mei 2020M. (Juma`at).

May 14, 2020

KEHIDUPAN RAHMAT DARI AL-RAHMAN


KEHIDUPAN RAHMAT DARI AL-RAHMAN
Sempena  World Qur`ani Hour  (20 Ramadhan 1441H.
=  13 Mei 2020M.)

Kehidupan adalah kurniaan
Mari kita menekuni  keilmuan
Dengan membaca Al-Qur`an
Memahami,  mendalami dan menghayati
Lempah rahmat mencurah diterima  insan.

Puji-pujian pada keagungan Tuhan
Kehidupan juga  adalah ujian
Dengan bala, ketakutan dan kematian
Seperti ancaman Covid-19 menyerang
Seluruh dunia menuju ke angka  juta kematian
Akibat  kemungkaran dilaku tangan  manusia
Mari kita munajat dan mencari penawar
Dengan mengharap sebagaimana sabda Baginda
Tiap penyakit ada obat kecuali mati.
Kita sebenarnya tiada upaya menentang
Walaupun sekecil virus tiada kelihatan
Tanpa lindungan  dari  Rahmat  Al-Rahman.

Kehidupan mengajar kita
Keangkuhan semata  memusnahkan
Covid-19 sebaik pengajaran
Yang mengaku berkuasa
Lebih teruk menerima penangan
Tiada yang lebih mulia dalam kehidupan
Dari kasih sayang dan bertolong-tolongan
Mesej penting dari Al-Rahman.

(Fikrah Bangi:  562),
BBB: 21 Ramadhan 1441H. = 14 Mei 2020M. (Khamis).

May 13, 2020

SANJUNGAN KEPADA PARA JURURAWAT


SANJUNGAN KEPADA  PARA  JURURAWAT

Pada 12 Mei hari kita sanjungi
Hormati dan terima kasih kepada jururawat
Dengan pakaian putih lambang kebersihan
Atrau biru lambang kecintaan
Ini dapat dihayati di musim Covid-19 ini
Merekalah petugas pada barisan paling hadapan
Dengan pakaian tambahan berlapisan
Merawat pesakit wabak penuh dedikasi
Antara mereka turut dijangkiti
Tapi  tetap tabah dengan tugas
Mereka adalah tangan kanan doktor
Mereka  khidmat seharian kepanasan
Rela berminggu berjauhan dari  keluarga
Mengasingkan anak dari mereka
Elak dari jangkitan.

Kemenangan negara  melawan Covid-19
Antara terkurang kematian cuma 109
Berbanding setengah negara puluh ribuan
Adalah dari dedikasi  semua pihak
Dari barisan hadapan, juga jururawat berada
Syabas,  hormat dan terima kasih
Sanjungan kami di atas dedikasi
Khidmat Cemerlang.

(Fikrah Bangi: 561),
BBB: 20 Ramadhan 1441H. = 13 Mei 2020M. (Rabu).

May 12, 2020

BIDANG KEILMUAN DAN UNIVERSITI


BIDANG KEILMUAN DAN UNIVERSITI
(Fikrah Bangi: 560)
BBB:  19 Ramadhan 1441H. = 12 Mei 2020M. (Selasa).

Universiti adalah gedung ilmu. Dari segi idealnya terdapat berbagai ilmu di universiti. Perpustakaannnya menyimpan segala bidang ilmu dan di universiti terdapat maha guru maka guru yang mempunyai keilmuan tinggi di dalam berbagai bidang. Pendeknya apa yang hendak dicari dan dipelajari terdapat di universiti – Universiti Lautan, bahkan  Alam Ilmu.
Namun dari segi realitinya, ilmu terlampau luas dan banyak. Sebuah universiti tidak lengkap dari segi ilmu. Manakala tenaga pengajarnya,hatta seorang atau sejumlah tenaga profesor emeritus pun tidak dapat menguasai bidang-bidang  ilmu. Lantaran itu tidak ada universiti yang lengkap semua bidang, bahkan tidak ada satu universiti yang dapat mendakwa lengkap dengan bidangnya yang tersendiri. Demikian juga dengan tenaga ilmuan dan pengajar yang pakar di dalam sesuatu bidang dapat mendakwa dia lengkao dengan keilmuan yang dikuasainya. Lantaran itu universiti ada bidang  yang terkenal dengannya, begitu juga dengan tenaga pengajarnya.
Bagi negara yang mementingkan ilmu memerlukan  semua kepakaran keilmuan dan  memerlulan pakar pakar di dalam semua bidang keilmuan. Keperluan bukan setakat pemilikan, tetapi untuk memberi peluang pelajar-pelajar berkelayakan mempelajarinya dan memperkembangkannya bagi tujuan kemajuan negera dan bangsa. Lantaran kerana ilmu itu luas dan tiada satu individu menguasainya semua, lantaran itu perlunya ada banyak universiti dan banyak ilmuan yang tiap-tiap satu mempunyai kepakaran yang lebih berbanding dengan antara yang lain. Negara perlu kesemua dan kepelbagaian ilmu bagi kemajuan bangsa dan negara. Lengkapkah keilmuan dan kepakaran  di dalam berbagai-bagai  keilmuan di negara kita ?
Telah dibicarakan pada peringkat pertumbuhan universiti di negara kita, kelihatan tidak ada perancangan jangka pendek dan panjang di dalam, mewujudkan keperluan universiti secara teratur menurut prioriti keperluan negara. Kewujudan universiti di negara ini bukan dari rangka perancangan diatur, tetapi tumbuh dari desakan dan cadangan-cadangan dari kelompok yang mencadangkan pembinaan sesebuah universiti.  Ini dilihat kepada pertumbuhan awal universiti awam, manakala pada peringkat pertengahan dan akhir lebih bersifat komersil,terutama dengan kelahiran universiti-universiti bersifat swasta yang lebih  didorong dari segi komersil. Sudah cukupkan jumlah universiti yang berjumlah lebih daripada tiga  puluh buah itu ? Dari segi jumlah adalah lebih daripada cukup, tetapi dari segi bidang boleh dipersoalkan, lebih dari itu dari segi kepakaran dan identiti, maaf tidak sampai, walaupun segelintir kepada universiti terkenal dengan kepakaran ilmu dan identiti tersendiri berbanding dengan universiti yang lain di dalam bidang berkenaan dan yang lain.

Di dalam perkembangan yang tidak diatur secara teratur menurut keperluan dan strategik kedudukan pertumbuhan universiti-universiti merangkumi bidang-bidang yang diperlu, bahkan amat diperlukan. Universiti-universiti berkenaan dapat dilihat terlebih dahulu dari segi nama yang tidak mencerminkan bidang dan ada yang mencerminkan bidang, iaitu:
`1 ) Nama Umum
Tidak mencerminkan bidang pengkhususan seperti  Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia. Universiti Utara Malaysia dan sebagainya.
2) Nama Mencerminkan Bidang
Pada dasarnya mencerminkan budang,tetapi tidak menghalang dari wujudnya bidang-bidang yang lain seperti Universiti Pertanian Malaysia (diubah  kemudiannya kepada nama UniversitiPutra Malaysia – tanpa mengubah akronimnya),  Universiti Saibs Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, , Universiti Sains Islam Malaysia,  Universiti Multi Media dan sebagainya.
3)  Nama Berdasarkan Tokoh
Diambil nama dari tokoh-tokoh terkenal Negara, seperti Universiti Tun Hussein Onn,  Universiti Sultan Zainal Abidin,  Universuti Tun Azlan Shah dan sebagainya
4). Berdasarkan Nama Tempat
Mencerminkan nama dan lokasi universiti berkenaan seperti Universiti Pahang, Kelantan, Terengganu dan sebagainya.
5) Nama Berdasarkan Kemampuan Agensi
Ditaja dan dibiayai oleh agensi berkenaan. Ia adalah dari agensi kerajaan seperti Universiti Tenaga Nasional, Universiti Petronas, Universiti ITM dan sebagainya.
Catatan bagi universiti swasta  ada pecahanb-pecahan tersendiri.
Sekian

May 11, 2020

NUZUL AL-QUR`AN


NUZUL AL-QUR`AN
Adalah  Nuzul  Perlembagaan
Panduan umat  dunia akhirat.

Peristiwa penting  itu  disambut
Di dalam kemuliaan Ramadhan
Padanya  Lailatul Qadr.

Pada tahun ini
Kemeriahanya  terganggu
Akibat dari Covid-19
Melanda dunia
Lemahnya manusia.

Kemeriahan tersekat dengan aturan
Perintah Kawalan Pergerakan
Hari Sambutan Nuzul Al-Qur`an
Malam 17 Ramadhan
Sepi petangnya dari meriah iftar
Ruang Legar kosomg dari hamparan
Jama`ah Maghrib Isyak hanya tiga orang
Imam, Bilal dan Siak
Merekalah juga bertarawih dan witir
 Tiada ceramah Nuzul Al-Qur`an
Penceramah ditempah sebelum Ramadhan
Dibatalkan – elak dari jangkitan
Malam Nuzul Al-Qur`an malam yang sayu
Tiada tadarrus kumpulan sebagaimana diadakan
Memenuhinya secara atas talian atau perseorangan.

Rindu kembali kepada berjama`ah
`Pada  baki Ramadhan yang masih bersisa
Tapi masih menunggu syarat peraturan pihak Berkuasa

Dengan umur bersisa
Adakah kemungkinan datang
Ramadhan dan Nuzul Al-Qur`an tahun depan
Yang pasti tahun ini
Tiada acara mesra bersama
Menyambut Nuzul Al-Qur`an.

(Fikrah Bang: 559),
BBB:  18 Ramadhan 1441H. = 11 Mei 2020M. (Isnin).

May 10, 2020

BERSIDANGLAH DENGAN KEYAKINAN


BERSIDANGLAH DENGAN KEYAKINAN
( Sidang Parlimen: 18 Mei 2020)

Bersidangklah  atas keperluan dengan keyakinan
Tonggak Negara itu  - Insya Allah menyaksikan
Sokongan dan kemenangan.

Sedang negara berhempas pulas
Bersama warga dunia menyekat  Covid-19
Adalah janggal dan sumbang pembangkang
Sepi dari menyokong, bahkan menyimpang
Dengan usul tidak percaya dipersoalkan.

Jadikan usaha memutuskan wabak
Bersama usaha  memutuskan  kejelekan
Kembali melihat perbalahan empat dekad
Merebut kepimpinan,  jika ada keinsafan
Kita semua telah tua galakkan  kepimpinan  muda
Begitu ramai berkelayakan.

Ke mana pertimbangan tidak melihat
Lima bulan usaha menentang Covid-19
Insya Allah mencapai kejayaan
Dunia mengakui  cemerlang kerja
Berada pada kedudukan keempat
Sistematik, strategik dan berketrampilan
Mengapa  tiada sokongan  ?

Bersamalah terus  mengamalkan
Norma dan nilai baru memutuskan
Bersama dengan azam mau memutuskan
Budaya politik lama - berbalahan
Menjemukan.
Dari pemutusan – Bina Cemerlang Masa Depan.

(Fikrah Bangi: 558),
BBB:  17 Ramadhan 1441H. = 10 Mei 2020M. (Ahad).

May 9, 2020

SIDANG MEDIA


SIDANG  MEDIA

Wabak  Covid-19  itu ancaman global
Termasuklah di Malaysia, menyentuh diri semua
Lantaran itu apa jua perkembangan menarik perhatian
Sidang media mengenainya disampaikan Dr. Noor Hisham
Ditunggu kenyataannya pada setiap petang.

Di Malaysia induknya dari perhimpunan Seri Petaling
Sejak akhir Februari ke 6 Mac dan dari situ – 18 Mac
Bermula  PKP mengepungnya bergerak pantas
Seperti di Simpang Renggam, Sungai Lui, Bangi
Teluk Intan,  Pasar Jalan Othman, Sekitar Masjid India,
Ke Melaka, Kuantan, Temerloh, Pasar Puchong, Selayang
Sporadik  darinya ke berbagai kawasan termasuk Sabah
Dan kluster Gereja di Kuching merebak  di Sarawak

Sidang Media harian menerangkan usaha barisan hadapan
Dari pihak Kesihatan, Keselamatan, Pertahanan Awam, Bomba,
Rela, Penguasa Tempatan, NGO dan Orang Awam
Dengan peranan masing-masing  mengekang  wabak berkembang.
Pada peringkat awal dilaporkan 36,587 disabitkan
Kes darinya 6,535 dan positif 2,340 dengan kematian 107
Ia adalah menurun daripada 3.55 peringkat awal kepada 0.7 peratus
Namun perang terhadap Covid-19 berterusan dengan kelonggaran
Dengan  PTPB kepada sektor ekonomi dan pekerjaan
Norma baru menjaga jarak,   memakai  maska,,
Membersih tangan, jaga kesihatan dan berada di kediaman
Norma baru yang tidak normal sebelum wabak menyerang.

Usaha semua pihak memberi hasil memberangsang
Kita berada pada tempat keempat  di dunia
Selepas China, Vietnam, Thailand dan Malaysia
Kematian antara yang terendah berbanding
Amerika (75,670),  UK (30,689), Itali (29,958)
Spanyol (26,070), Perancis (25,990), manakala
Brazil, German, Iran, Cina, Turki dan Rusia
Di bawah dari sepuluh ribu jiwa.

Sidang yang disampaikan  menggerun dan menginsafkan
Bahawa yang mendakwa berkuasa tiada daya
Mengatasi ancaman sekeci virus tak kelihatan
Mengajar manusia nisbi kekuatan
Bersatu dalam bertolong-tolongan.
(Fikrah Bangi: 557),
BBB:  16 Ramadhan 1441H.= 09 Mei 2020M. (Sabtu).