BBB, 23 Dzul-Hijjah 1438H. = 14 September 2017M. (Khamis):
Nama lengkap bagi Abu `Ali al-Rudzbari, ialah Ahmad
bin Muhammad bin al-Qasim bin Mansur
{Ibn Shahriyar bin Muharzdadar bin
Furghudud bin Kisara}, yakni berketurunan Raja Parsi.
Demikianlah menyebutnya kepadaku oleh
`Abdullah bin `Ali.
Katanya, aku mendengar Aba `Abdillah Ahmad
bin `At*a` al-Rudzbari berkata sedemikian.
Dari ahli Baghdad dan tinggal di Mesir dan menjadi
Shaykh dan mati di sana, iaitu pada tahun 322H. Demikianlah sebagaimana disebut
oleh Husain bin Ahmad al-Razi.
Abu `Ali bersahabat dengan Abi al-Qasim
al-Junayd, Abi al-Husain al-Nuri, Abi Hamzah dan Hasan al-Sanuji. Generasinya
dari `ulama` Baghdad dan bersahabat dengan Ibn al-Jala` dari Sham.
Abu `Ali al-Rudzbari adalah seorang yang
`alim, faqih dan mendalam dalam ilmu
tariqat. Beliau juga banyak menghafal Hadit-Hadith.
Beliau berada di dalam sanad Hadith:
Mengkhabarkan kepada kami Abu al-Fadhl,
Nas*r bin Muhammad bin Ya`kub al-T*usiberkata, bercakap kepada kami Qusaim bin
Ahmad, Ghulam al-Zaqqaq, bercakap kepada kami Abu `Ali al-Rudzbari al-Sufi,
bercakap kepada kami Yusof, bercakap kepada kami Husain bin Nas*r daripada
Waraqa` daripada Ibn Abi Nuh*aih* daripada Mujahid daripada Ibn `Abbas pada firman
Allah Ta`ala
`Yakhafun Rabbahum min fauqihim`` (Al-Nahl:
50).
Bermaksud:
``Mereka takut kepada Tuhan mereka yang
mengatasi mereka.``
Maksud takut di sini menurut Al-Sulami,
ialah bagi meninggikan (al-Ijlal)).
Aku mendengar `Abdullah bin Muhammad al-Dimashqi,
berkata, aku mendengar Aba `Ali al-Rudzbari,
disoal tentang isyarat. Maka
katanya isyarat menggantikan apa yang mengandunginya daripada wujdan daripada apa yang diisyaratkan
kepadanya, tidak yang lain, pada hakikatnya, bahawa isyarat disertai `illah-`illah dan `illah-`illah jauh dari `ayn
hakikat.
Aku mendengar Mansur bin `Abdullah berkata,
aku mendengar Aba `Ali al-Rudzbari disoal tentang maksud `murid dan murad`.
Maka katanya `al-murid` yang tidak dikehendaki bagi dirinya, melainkan apa yang
dikehendaki Allah baginya. Dan `al-murad` pula tidak dikehendaki dari `al-kaun` sesuatu yang lain daripadanya.``
Aku mendengar Mansur bin `Abdullah berkata, aku mendengar Aba `Ali al-Rudzbari
disoal, tentang tasawuf. Dia berkata, ``Ini adalah madzhab seluruhnya bersungguh,
maka jangan engkau mencemarinya dengan
sesuatu yang bersifat gurauan.``
Aku mendengar Aba Nas*r al-T*usi berkata,
aku mendengar Aba Sa`id al-Kazaruniyy berkata, aku mendengar Aba `Ali
al-Rudzbari berkata,
``Tidak ada keredhaan bagi yang tidak
bersabar, dan tidak ada kesempurnaan bagi yang tidak bersyukur. Dengan Allah
sampai orang `arif kepada kekasihnya, Dan mereka bersyukur di atas nematNya.``
Aku mendengar Aba al-`Abbas al-Nasawiyy berkata, aku mendengar
Ahmad bin `At*a` berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin al-Zaqqaq, katanya,
aku bertanya Aba `Ali al-Rudzbari tentang taubat, maka katantanya, ``I`tiraf,, kesal dan
mencabut sama sekali.``
Dengan sanad Mansur bin `Abdullah berkata,
berkata `Ali al-Rudzbari:
``Mushahadah ialah bagi hati, mukashafah
bagi asrar, mu`ayanah bagi abs*ar (penglihatan) dan mura`at bagi yang mempunyi
mata.``
Dengan sanad di atas, berkata Abu `Ali,
``Siapa yang melihat dirinya (dengan ghurur) sekali, dia buta daripada melihat
secara iktibar daripada sesuatu daripada
kejadian kejadian alam.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu `Ali
al-Rudzbari, ``Siapa yang mendakwa dengan dirinya sesuatu, terlepas darinya
hakikat. Jikalau dia tahqiq dengan sesuatu, maka hakikat bercakap dan tidak
berlaku dakwa-dakwi.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku
mendengar Aba `Ali al-Rudzbari berkata,
``Memberi manfaat kepada keyakinan dengan kebesaran yang hak pada mata engkau dan kecil
yang lainnya di sisi engkau dan tetap khauf dan raja` pada hati engkau.``
Katanya aku mendengar Aba `Ali al-Rudzbari
bekata;
``Apa yang lahir daipada ne`mat itu dalil
disebalik sifat karamNya.``
Dengan sanad Mansur bin `Abdullah, katanya,
berkata Abu `Ali al-Rudzbari:
``Lahirnya kebenaran tertinggi dinyatakan
kepada makhluk ialah sebagai penenangan bagi mesra yang mencintaiNya dan jinak
dengan hati para `arifin.``
Dengan sanad di atas berkata Abu `Ali
al-Rudzbari,
Guruku bagi bidang tasawuf ialah Al-Junayd,
Ustadzku di dalam fiqh ialah Abu al-`Abbas
bin Suraij
Ustadzku di dalam sastera (al-adab) ialah Tha`lab,
Dan ustadzku bidang Hadith ialah Ibrahim
al-Harbi.`
Demikian latar dan bidang `Ali al-Rudzbari.
Sekian.
Assalamualaikum wr wb. Saya Sangat berterimah kasih kepada KI RONGGO LAWE
ReplyDeleteberkat semua bantuan yg diberikan saya sdh buka usaha dan memiliki
beberapa Restoran ternama di Surabaya mengatakan ”Saya dulu seperti
orang gila, bahkan hendak bunuh diri, usaha saya ditipu sahabat karib
dan membawa lari semua uang saya. Saya pun harus menanggung hutang
supplier dari usaha kontraktor yang dibawa lari teman saya. Kesana
kemari minta bantuan gak ada yang nolong. Bahkan saya sudah keliling
Indonesia untuk mendapatkan atau mencari pinjaman dan dana gaib, tapi
untung di ujung keputus asa’an saya bertemu dgn KI RONGGO LAWE yang
dikenalkan oleh adik ipar saya, akhirnya bliau menawarkan bantuan Dana
Gaib tanpa tumbal/resiko diawal ataupun akhir dan dari golongan
putih.setelah persyaratanya dilengkapi dan ritual selesai, MENGEJUTKAN
!!!, saya mendapatkan dana gaib sebesar 700jt dihadapan saya.
kalau mau seperti saya hubungi KI RONGGO LAWE Tlp/Sms : 0853-1403-1099, atau KLIK DISINI
solusi tepat salam sukses.
INILAH JENIS MACAM PESUGIHAN DAN BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D.....
>PESUGIHAN TUYUL| PELARIS USAHA
>PESUGIHAN UANG GAIB
>PESUGIHAN JIN KHODAM
>PESUGIHAN ASMA
>PESUGIHAN UANG SEPASANG
>PESUGIHAN UANG BALIK
>PESUGIHAN JUAL JANIN
>PESUGIHAN PUTIH TAMPA TUMBAL
>PESUGIHAN NIKAH JIN
>PELARISAN DAGANG