Elizabeth Mitchell menulis buku mengenai latar belakang George W. Bush dan karier Presiden Amerika terkini itu. Bukunya diberi judul 'W. Revenge of The Bush Dynasty'.
Meneliti dari segi sejarah, Bush berdendam bagi membela dinastinya, sekurang-kurang dari segi mikronya berdendam bagi membela bapanya. Secara makro pendendam di tengah keluarga besarnya – Amerika! George W. Bush adalah anak kepada George Herbert Walker Bush benar-benar anak bapak. Banyak persamaan latar dan liku-liku hidup kedua beranak ini.
Walau apa pun Bush dari keturunan elit. Bapanya adalah pilot dalam Peperangan Dunia Kedua. Beliau rela menangguhkan pengajiannya di Universiti Yale kerana mempertahankan Negara. dan dianggap wira kerana kejayaannya memusnahkan rangkaian transmitter radio musuh (Jepun) di Pulau Chichi Jima (1944) di Lautan Pasifik.
Pesawat udaranya ditembak musuh dan beliau hilang di laut, tetapi sempat diselamatkan di saat-saat penghujung ajalnya. Sebagaimana bapanya, Bush adalah juru terbang tentera udara yang mendapat latihan di Moody Air Force di Valdosta, Georgia. Bapa Bush bintang baseball dan beliau dilatih bapanya meminati sukan tersebut. Sebagaimana bapanya lulusan universiti terkenal – Yale University, demikian Bush adalah lulusan Universiti Harvard (1975) di dalam bidang bisnes. Pada pertengahan 1970an bapa Bush dibantu Bush melibatkan diri membuka perusahaan petroleum di Odessa dan Midland – Barat Texas.
Dari usaha keluarga Bush Midland menjadi Bandar maju dengan perusahaan petroleum, manakala Odessa menjadi Bandar sokongan perusahaan. Dari perusahaan tempatan ini, kemudiannya Bush sendiri memperluaskan empayar perusahaan petroleumnya ke luar Negara bersama syarikat koperat yang dikenali dengan `Harken Energy Corporation` dan mendapat kontrek (January 30, 1990) mencari gali minyak di luar pantai Bahrain di Teluk Parsi. Iaitu antara kawasan minyak terbesar antara kawasan minyak Saudi dan kawasan minyak luar pantai Qatar. Kehadiran Harken mengukuhkan penguasaan syarikat-syarikat koperat minyak barat seperti Exxon, Aramco, Cultex, Esso, BP dan sebagainya yang sedia ada di rantau Arab.
Ini menggambarkan betapa tokoh-tokoh politik Amerika mereka yang kukuh ekonomi dan mengapa di dalam percaturan politik antarabangsa mereka bermati-matian mengawal Negara-negera minyak dan menguasainya. Hal ini berlaku kepada keluarga Bush dan juga Dick Cheney Timbalan Presiden Amerika yang merupakan Baron Petroleum. Dengan kekayaan sedemikian bapa Bush dan Bush sendiri yang berstatus sosial yang tinggi itu menguasai politik di dalam parti Republican.
Bush sendiri sememangnya penyokong kuat bapanya. Bush terlibat secara aktif dalam politik sejak 1970an dan merupakan penyokong kuat bapanya. Pada tahun 1994 Bush menjadi Governor Texas. Pada masa pencalonan bapanya menjadi Presiden, Bush sebagai pemimpin delegasi dari Texas mengungkapkan sanjungan terhadap bapanya:
'For a man we respect and a man we love, for her favorite son and the best father in America ...the man who made me proud every single day of my life and a man who will make America proud, the next president of the United States.' (Mitchell, E., 2003: 231).
Bapa Bush menjawat kerusi Presiden menggantikan Ronald Reagan dari Republican yang telah genap tempoh dua penggalnya menjadi Presiden Amerika.
Bush Anak Bekas Presiden
George W. Bush Presiden Amerika kini, naik ke jawatan Presiden sebagai menuntut bela kekalahan bapanya di tangan Demokrat selepas hanya satu penggal berkuasa. Bush berhasrat menjadi Presiden terkenal dan mengatur strategi bagi mencapai hasrat ini.
Dia berazam mendepani dan menguasai cabaran yang dihadapinya, iaitu memperkukuhkan ekonomi dengan penguasaan kawasan-kawasan minyak, melemahkan Islam yang mampu bangkit menjadi kuasa besar dan mencabar Amerika dan menghalang Negara-negara yang cuba membina kekuatan dengan tenaga nuclear. Inilah agenda besar bagi polisi luar negaranya dalam tempoh pemerintahannya (2001-2008) yang mampu melonjakkan namanya.
Namun di luar jangkaan Bush polisi ini juga boleh menggugat dan merosakkan masa depannya. Gugatan terhadap kepentingan minyak Amerika ialah dengan berlakunya Revolusi Iran dan kenaikan Khomeini (1978). Sejak itu dendam Amerika tak pernah padam terhadap Iran hingga kini. Amerika membekalkan senjata-senjata canggih terhadap Iraq di bawah Saddam Hussain bagi melemahkan Iran. Hampir sedekad lamanya peperangan berlaku antara Iraq dan Iran.
Amerika mengaut keuntungan dari jualan senjata kepada Iraq, manakala Rusia menjual senjata kepada Iran. Hasil minyak kedua Negara terbakar begitu sahaja. Apabila Iraq menjadi kuasa terkuat di Asia Barat, Amerika mencari helah bagi melumpuhkan Iraq dengan membiarkan Saddam menyerang Kuwait dan berikutnya atas permintaan Kuwait bapa Bush sebagai Presiden Amerika pada masa itu melancarkan operasi `Desert Storm` pada 16 Januuari 1991 dengan kekuatan udara dan darat.
Ianya peperangan yang menyakitkan hati umat Islam kerana diadudomba oleh Amerika. Oleh kerana misi serangan untuk melumpuhkan kekuasaan Saddam, maka selepas 38 hari serangan yang menghancurkan kekuatan tentera Saddam, maka serangan dihentikan, tanpa bertujuan menguasai Iraq. Mulai dari sini Saddam yang menjadi sekutu rapat Amerika bertukar menjadi musuh ketat. Dengan ini Amerika kehilangan peluang memonopoli minyak di Iran dan Iraq.
Bapa Bush yang suka berperang ini berkuasa tidak lebih dari satu penggal. Sudah tentulah polisinya tidak disukai rakyat Amerika. Ianya dikalahkan oleh Bill Clinton dari Demokrat. Sebaliknya Iraq yang terus di bawah Saddam selepas kejatuhan bapa Bush, dengan hasil minyaknya yang banyak mampu bangkit dari puing-puing keruntuhan perang dan membina kekuatan tentera Iraq, antaranya dengan bantuan Rusia dan kembali mengancam Israil – Anak Mas Amerika.
Kejatuhan bapa Bush ini menyemarakkan dendam Bush menuntut bela di atas kekalahan bapanya dan memperkukuhkan kekuatan Amerika, khususnya di Asia Barat. Skendal Clinton dan Monica Lewinsky melemahkan kedudukan Demokrat dan Bush dari Parti Republikan dipilih untuk menduduki Kerusi Presiden sebagaimana ayahnya dahulu dan mengangkat sumpah Presiden pada 20 Januari 2001. Dengan ini dendam dinasti Bush sebahagiannya tertunai.
Makin Maraknya Dendam
Dengan kenaikan Bush, beliaulah dipertanggungjawab membawa bendera dinasti Bush. Bendera ini mau dikibarkan bukan saja di bumi Amerika, tetapi ke seluruh dunia. Bush berhasrat menguasai sumber-sumber minyak, menangani Iraq yang kembali mengumpul kekuatan dan mengancam Israil, melemahkan ancaman Islam dan menumpas negera-negara yang cuba membina kekuatan dengan kuasa nuklier yang menggugat kewibawaan Amerika dan Barat. Di dalam menghadapi cabaran-cabaran ini Bush kelihatan menurut langkah bapanya, iaitu dengan memilih peperangan dari diplomasi.
Ancaman dari Islam menjadi agenda terbesar Bush, lantaran dipandang selepas musuh tradisi Amerika, iaitu Rusia tidak lagi mampu mengancam selepas kesatuan Soviet pecah pada Disember 1991 semasa Presiden Gorbachev, maka dilihat Islamlah berpotensi bangkit menggugat dan mengatasi Barat.
Kemampuan ini bukan saja datang dari Negara-negara seperti Iran dan Iraq, tetapi bimbang akan bangkitnya Negara-negara Islam yang dulunya di bawah Empayar Ottoman dan dikepung dengan ideologi komunis selama lebih tujuh dekad dan kini terlepas dari kekuasaan Soviet, iaitu seperti Afghanistan, Turkistan, Turkiministan, Kazakhstan, Bulughistan, Kyrgystan, Bosnia, Hungaria, Georgia, Chechnya, dan sebagainya yang tidak mampu dibersih dari Islam oleh Soviet Union dan ditakuti akan bangkit dengan kekuatan Islam.
Sebab itu apabila Rusia kalah dalam peperangan dengan Mujahidin Afghanistan dan kebangkitan Taliban, Amerika segera menyerang dan mengambil alih pemerintahan di Afghanistan (2001) semasa Bush dan memastikan tidak bangkitnya Negara Islam. Tugas ini berterusan dipikul Amerika hingga kini.
Amerika kini tidak mampu bersendirian dan tugas memastikan tiada bangkitnya Islam di Asia Tengah kini sama dipertanggungjawab kepada NATO yang menghantar tentera tambahan seramai 32,000 orang (Newsweek, February 12, 2007: 5).
Bush bercita-cita menjadikan dirinya seorang Presiden terkenal yang melonjakkan Dinasti Bush. Jika John F. Kennedy berjaya menyekat Rusia menghantar peluru berpandunya ke Cuba, Ronald Reagan berjaya meruntuhkan kekuasaan Soviet, maka Bush mau diingati dengan kejayaan dan keistimewaannya tersendiri.
Pegawai-pegawainya, rangkaian CIAnya, khususnya Setiausaha Negaranya Rice dan Setiausaha Pertahanannya Donald Ramsfeld mengatur strategi dan agenda agar cita-cita besar Bush tercapai. Agenda bagi menumpaskan kebangkitan Islam paling utama diberi tumpuan. Peristiwa 11 September 2001 adalah dianggap satu peristiwa besar yang memberi kemenangan peribadi dan melonjakkan nama Bush. Ada dua pendapat utama berkenaan dengan peristiwa ini.
Pendapat popular bahawa serangan pesawat yang meruntuhkan bangunan World Trade Centre di New York dan merosakkan bangunan Pantagon di Amerika ini adalah dilakukan oleh apa yang diistilah `Al-Qaeda` yang diketuai oleh Osama Bin Laden, namun hasil dari kajian saintifik dan mutakhir ia adalah dari kesengajaan yang diatur oleh pihak intelligence CIA sendiri bagi mencetuskan satu pandangan popular yang dilebalkan terhadap Islam sebagai `Ganas` atau `Militan`.
Osama Bin Laden dan apa yang dikatakan rangkaian Al-Qaida itu dijadikan 'Kambing Hitam'. Dalam persidangan 'War Crimes Conference And Exhibition' yang dianjur oleh Global Peace Organisation dari 5 – 7 Februari 2007 baru-baru ini Dr. Mahathir sebagai Pengerusi Penganjur melahirkan pendapatnya:
"...he had doubts that the collapse of the World Trade Centre in New York was actually caused by terrorists crashing planes into the towers," tambahnya, "the buildings had collapsed in an orderly manner with such military precision that it all seemed well planned." (The Star, 6 February, 2007: 20).
Berbekalkan tuduhan ganas terhadap Islam Bush yang 'Gila Perang Dan Mabuk Darah' sebagaimana bapanya memerangi Afghanistan dan memburu Usamah Bin Laden dan pengikut-pengikutnya, menekan Negara-negara Islam seperti Iran, Syria, Pakistan, Indonesia, Sudan, Somalia dan Malaysia.
Sebarang kebangkitan atau penentangan yang bersifat Islam dicap sebagai `Ganas`.Mereka yang tertangkap menerima hukuman. Pemimpin-pemimpin Barat seperti Bush, Blair dan Howard berusaha memadamkan istilah 'Jihad' dari jiwa orang Islam. Pada satu peringkat Malaysia sendiri terperangkap dengan tekanan Bush dan Barat dengan menangkap rakyat Malaysia yang pernah membantu Mujahidin memerangi Rusia atau yang pernah melawat ke sana. Mereka ditangkap di bawah ISA dan ada sekolah-sekolah agama yang ditutup dan ditarik benatuan.
Perang Iraq Kali Kedua (2003)
Bush tidak cukup dengan perang di Afghanistan. Dendamnya membara melihat Saddam Hussein makin kuat dan berkuasa. Bush mau mengalahkan Saddam dan menguasai minyak yang ada di dalam perut bumi Iraq. Tindakan bapanya melancarkan perang terhad perlu dilanjutkan kepada kemenangan muktamad.
Saddam perlu dilucutkan dari kekuasaan dan ancaman terhadap Israil perlu dihapuskan. Sekaligus Arab dan Islam perlu dilemahkan. Lantaran itu tuduhan palsu dikenakan terhadap Iraq sebagai mempunyai senjata biologi yang membahayakan dunia.
Iraq menafikan tuduhan ini dan tiada bukti siasatan yang dilakukan oleh misi PBB yang diketuai oleh Al-Baladi. Namun tanpa keizinan PBB Bush dan sekutu-sekutunya menyerang Iraq pada awal 2003 dan berharap dapat menyelesaikan dalam beberapa minggu, tetapi ternyata selepas 3 tahun Amerika dan sekutu-sekutunya terutama dari Britain berperang di Iraq hingga kini mereka masih tidak dapat memadamkan penentangan dari rakyat Iraq. Rakyat Amerika sendiri merasa jengkel dengan tindak tanduk Bush.
Sehingga kini lebih dari 3,100 orang tentera penceroboh Amerika telah terkorban dan lebih dari 650,000 rakyat Iraq meninggal. Dunia sendiri turut membenci Amerika dan tunjuk-tunjuk perasaan berlaku di mana-mana membantah kezaliman Amerika di Iraq dan menuntut mereka keluar dari Iraq.
Bush Di Hukum
Kebencian rakyat Amerika terhadap Presidennya jelas dari keputusan pilihanraya Negara itu yang dijalankan pada awal November 2006. Rakyat menghukum Bush dengan kekalahan di tangan parti Demokrat di Dewan Kongres dan Senat yang sebelumnya dikuasai oleh partinya dari Republikan. Berikut dari kekalahan itu, Bush yang mendendami Saddam sejak dari bapanya mengarah segera dihukum Saddam dengan menggantungnya sampai mati menjelang subuh Idil Adhha 1427.
Suatu tindakan biadab yang menyakitkan hati umat Islam dan hukuman yang dipertikaikan oleh dunia. Selain dari menyindir umat Islam, bush bimbang jika pertuduhan-pertuduhan yang lain terhadap Saddam dibicarakan lebih banyak rahsia Amerika akan terbongkar, khususnya semasa Amerika berbaik dan membantu Iraq dalam peperangan dengan Iran dan sebagainya.
Pengakhiran Yang Buruk
Jelslah Bush yang cuba memulakan pemerintahan dengan baik, makin menuju kepada pengakhiran yang buruk. Dia menurut jejak langkah bapanya yang 'gila perang dan mabuk darah', bahkan lebih dahsyat dari itu. Sewajarnya pertalian biologi dan mental kedua anak beranak ini diperiksa oleh pakar psikitrik, lantaran mereka berdua melakukan jenayah kemanusiaan dan menghuruharakan dunia.
Kini dunia dan rakyat Amerika sendiri berpendapat yang Bush dan tenteranya telah kalah di Iraq. Kumpulan Baker dan Hamilton menasihatkan Kongres agar Amerika menarik balik tentera dari Iraq (The Economist, January 13th-19th, 2007: 9), namun Bush tetap dengan kedegilannya, 'mabuk perang dan mabuk darahnya' terus merancang untuk menambah jumlah tenteranya di Iraq antara 20,000 hingga 30,000 orang lagi, tambahan bagi tentera yang sedia ada di sana seramai 150,000 orang di samping tentera sekutu-sekutu yang lain. Dalam masa kehilangan kuasa di negeranya Bush merancang untuk menyerang Iran demi untuk memusnahkan rangkaian penyelidikan tenaga nuklearnya.
Bush tidak mau Negara musuh tradisinya bangkit mencabar kekuasaannya. Tindakan keras tidak dilakukan terhadap Korea Utara yang beberapa kali telah mengadakan ujian senjata nukliernya, lantaran Korea Utara bukan negera Islam dan tidak begitu penting dari segi ekonomi bagi Amerika. Bush kini hilang pedoman dan perlu ditarik keluar dari dunia halusinasinya (Time, Disember 11, 2006: 20-25).
Dunia dan seluruh manusia bertamadun perlu menyekat dari merebaknya tindakan tidak terkawal dan luar dari rasional. Usaha-usaha perlu diambil oleh PBB, pertubuhan antarabangsa dan berbagai Negara menyekat Bush bermaharajalela. Kecaman, tunjuk perasaan dan bantahan-bantahan perlu terus dilakukan.
Persidangan di Kuala Lumpur mengenai 'Conference of Criminal War' adalah contoh yang baik bagi menyekat tindakan melampau Bush dan sekutunya. Bahkan menurut Dr. Mahathir mereka perlu diadili di 'War Criminal Tribunal' dan mereka ini sepatutnya:
"unwelcome wherever they go. They should be literally hounded. They should have their full frontal and profile pictures put up everywhere as war criminals. And historians should always refer to them as war criminals in history books. History should remember Blair and Bush as the Killers of Children or as the Lying Prime Minister and President. What Blair and Bush have done is worse than what Saddam had done." (the Star, 6 February, 2007: N19).
'Bush Kini benar-benar terhukum dan terbakar oleh api dendamnya.'
Sekian.
Bangi
21 Muharram 1428
09 Februari 2007
No comments:
Post a Comment