December 31, 2007

Pertahan Identiti Dari Globalisasi dan Hegemoni Barat

1. Antara Dasar dan Amalan

Bagi Malaysia, untuk mengatakan ianya tidak mempunyai dasar pelajaran Negara, tidak dapat dikatakan, kerana sekurang-kurang wujudnya dasar yang dikenali dengan `Dasar Pelajaran Kebangsaan` yang berasaskan `Dasar Pelajaran Razak` dan disempurnakan dengan berbagai-bagai penyata seperti Penyata Rahman Talib, Hussein Onn dan sebagainya.

Dasar Pelajaran Kebangsaan ini bertujuan untuk menyatupadukan rakyat yang berbagai kaum dengan menggunakan bahasa Melayu dan kurikulum bersepadu. Tetapi dari segi praktiknya, walaupun dasar ini berjalan, terdapat polisi-polisi mendatang yang menjadi hambatan-hambatan dan dipersoalkan. Dasar ini terumbang ambing dikocakkan oleh desakan kepentingan golongan elit, koporat, penswastaan, komersialisme, politik, perkauman dan globalisme. Desakan-desakan ini mencabar dasar pelajaran kebangsaan. Pihak pelaksana dasar pelajaran (Kementerian Pelajaran) kelihatan menerima tekanan dengan menyelitkan polisi-polisi yang kontradiksi tanpa penelitian dan penilaian yang mendalam dan matang.

2. Sekolah Antarabangsa

Sebagai contohnya polisi baru yang diumumkan oleh Kementerian Pelajaran mulai Rabu 17 Mei 2006 bahawa:

``The Education Ministry announced on Wednesday that Malaysian students will soon be allowed to attend international schools, doing away with the former stringent enrolment criteria

Pada asalnya sekolah antarabangsa didirikan biasanya di ibu-ibu kota bagi menyediakan pendidikan terbuka bagi anak-anak pegawai-pegawai kedutaan luar dan anak-anak para ekspertis luar menghantar anak-anak mereka belajar yang melayakkan anak-anak tersebut menyambung pelajaran di sekolah-sekolah seumpamanya di Negara mana keluarga mereka bertukar tanpa terganggu dari segi pelajaran.

Bagi rakyat Malaysia tidak dibenar belajar di sekolah seumpama ini kecuali mendapat keizinan Kementerian Pelajaran dengan syarat keluarganya adalah rakyat luar Negara dan pernah tinggal di luar negera sekurang-kurangnya tiga tahun berturut-turut.

Tindakan Kementerian Pelajaran bercadang membenarkan pelajar-pelajar Malaysia belajar di sekolah antarabangsa, bererti memberi peluang lebih banyak lagi sekolah-sekolah antarabangsa didirikan di Negara ini yang setakat ini jumlah sekolah sedemikian di Negara ini sebanyak 32 buah dengan jumlah pelajar seramai 10,603 orang. Dari jumlah ini 20% daripadanya adalah merupakan pelajar-pelajar Malaysia. Dengan keizinan ini kelak makin bertambahlah sekolah-sekolah antara bangsa di Negara ini pada masa akan datang. Tindakan Kementerian Pelajaran ini atas alasan-alasan antaranya menjadikan Malaysia `hub` pendidikan bertaraf antarabangsa, memberi peluang bagi ibubapa menghantarkan anak-anak mereka ke sekolah elit dan bermutu tinggi, mengelak dari berlakunya `brain drain` anak-anak terpilih dari belajar ke luar Negara untuk mendapat pendidikan terbaik, mendidik anak-anak dengan budaya dan nilai antarabangsa yang tidak terdapat pada sekolah-sekolah kebangsaan di Malaysia, memudahkan anak-anak yang terdidik di sekolah antarabangsa ini menyambung pengajian ke mana-mana pengajian di luar Negara, memenuhi egoisme golongan elit dan hartawan memperlihatkan kemampuan mereka menghantar anak-anak mereka ke sekolah ternama dan termahal yang membezakan status mereka dengan rakyat biasa dan marhaen yang tidak mampu menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah elit dan ternama `International School` biarpun otak dan prestasi anak-anak mereka tidak lebih baik dari otak anak-anak dari kalangan rakyat biasa dan marhaen. Dan kes khusus bagi membendung ibubapa di Malaysia dari menghantar anak-anak mereka belajar di Negara jiran yang dianggap bermutu sebagaimana tindakan diambil setengah ibubapa di Johor Bharu menghantar anak-anak mereka belajar di Singapura, walaupun anak-anak ini keletihan kerana terpaksa bangun diawal pagi menghadapi kesesakan lalu lintas pergi dan balik petang dan malam, demi kononnya untuk mendapat didikan di sekolah yang dianggap mereka sebagai `standard` dan bermutu.

3. Memperlekehkan Dasar Pendidikan Negara

Tindakan Kementerian Pelajaran untuk membuka ruang dan memberi peluang kepada ibubapa menghantarkan anak-anak mereka belajar di sekolah-sekolah antarabangsa secara langsung atau secara tidak langsung adalah memperlekehkan Dasar Pendidikan Negara lantaran dengan membuka peluang sedemikian Kementerian Pelajaran seolah-olah menerima hakikat bahawa pendidikan di sekolah antarabangsa lebih bermutu dari dasar pendidikan kebangsaan. Apakah ertinya usaha kerajaan selama ini meningkatkan mutu sekolah kebangsaan dengan berbagai-bagai kemudahan seperti makmal, computer, perpustakaan dan perkeranian, meningkatkan latihan perguruan dari maktab-maktab perguruan kepada institute perguruan, menghantar guru-guru lepasan ijazah dan perguruan mengajar di sekolah-sekolah kebangsaan, mempromosi guru besar, pengetua dan guru-guru pakar, menyediakan bangunan-bangunan yang lebih selesa dan bersesuaian dan mengubah kaedah penilaian dari berorientasikan peperiksaan semata-mata kepada lebih bersifat ko-kurikulum, kreatif dan inovatif

Dengan membuka peluang belajar di sekolah antarabangsa adalah menggugat dasar pelajaran kebangsaan yang menyatukan pelajar-pelajar di Negara ini dengan satu dasar pelajaran. Kita harus akui anak-anak yang dididik melalui dasar pelajaran kebangsaan telah berjaya ditanam ke dalam jiwa mereka rasa kebanggaan terhadap negera dengan rasa ke Malaysiaan Generasi yang terdidik dengan dasar pelajaran kebangsaan tidak lagi kekok untuk berkomunikasi antara mereka dari berbagai kaum melalui penggunaan bahasa kebangsaan. Melalui sekolah antarabangsa, walaupun mungkin diwajibkan mempelajari bahasa kebangsaan kelak sebagai salah satu mata pelajaran, tetapi penekanan terhadap bahasa tersebut tidaklah sebagaimana di sekolah kebangsaan dan mereka tidak menggunakan di dalam komunikasi sehari-hari dan mungkin memandang rendah terhadapnya. Pengakuan pelajar di sekolah antarabangsa berikut dapat dijadikan ukuran bahawa:

``I was only exposed to English and other foreign languages. For along time I did not use Bahasa Malaysia and it was hard for me to speak properly

Dengan membenarkan sekolah antarabangsa memperluaskan operasi mereka di Negara ini akan menggugat Dasar Pelajaran Kebangsaan. Oleh kerana kurikulum sekolah antarabangsa yang kelak akan berkembang akan mewujudkan dua aliran yang bertentangan dan melahirkan pelajar-pelajar yang berlainan orientasi, budaya dan nilai yang tidak membantu penyatuan dan integrasi kaum yang mengukuhkan perpaduan bangsa Malaysia. Jika pihak kementerian beranggapan bahawa pendidikan di sekolah antarabangsa ini lebih bermutu dan masyarakat diorientasi dengan pandangan ini, maka ianya menghakiskan keyakinan rakyat terhadap keunggulan dasar pelajaran kebangsaan.

Dengan membuka peluang pelajaran di sekolah antarabangsa mewujudkan jurang pemisah antara golongan elit dan berada dengan rakyat biasa. Pengajian di sekolah antarabangsa memerlukan biaya yang tinggi. Seorang pelajar memerlukan bayaran sebanyak RM4,000/= sebulan bagi bayaran persekolahan, iaitu melebihi bayaran pengajian peringkat ijazah lanjutan universiti tempatan. Perbelanjaan sedemikian tidak mampu ditanggung oleh rakyat biasa. Ini mewujudkan jurang kemampuan belajar di antara golongan elit dan berada dengan rakyat biasa. Keadaan ini tidak wajar dilihat dari segi keadilan dan memasyrakatkan pendidikan.

4. Apa Kurangnya Persekolahan di Malaysia ?

Pandangan tinggi terhadap sekolah antarabangsa lebih bersifat psikologi dan ilusi. Kerana nama (International School) dan elitnya sekolah ini (kerana bayaran mahal), dan di luar kemampuan orang biasa, maka ianya dianggap bermutu dan ada kelas, sedangkan hakikat sebenarnya tidak lebih baik dari sekolah-sekolah biasa yang sederhana baik, apa lagi yang baik-baik di Negara kita. Ibu bapa Malaysia yang mau menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa, kerana anak mereka tidak cemerlang yang melayakkan mereka terpilih ke sekolah-sekolah yang baik di Negara ini.

Hakikat sebenarnya pendidikan di Negara kita tidak kurang baiknya, bahkan lebih baik dari sekolah antarabangsa. Sekolah-sekolah cemerlang di Negara ini seperti sekolah-sekolah asrama penuh, sekolah sains, sekolah menengah kebangsaan agama, sekolah Mara, sekolah yayasan, sekolah agama dan sekolah harian biasa yang juga tidak kurang mengeluarkan pelajar-pelajar cemerlang. Telah beratus ribu pelajar cemerlang yang dihasilkan oleh sekolah-sekolah sedemikian yang dihantar ke universiti-universiti terkemuka luar Negara di dalam berbagai-bagai bidang dan mereka telah pulang dengan kejayaan dan mencurah khidmat baktinya pada Negara. Lebih kurang 50,000 orang pelajar keluaran dari sekolah-sekolah sedemikian setiap tahun juga terpilih belajar di universiti-universiti tempatan di dalam berbagai-bagai bidang dan mereka berjaya dan tidak berkurang mutunya juga berkhidmat di dalam berbagai bidang dan sektor di dalam Negara ini.

Adalah diakui hak memberi pelajaran kepada anak-anak dan memilih corak pengajian yang diingini adalah hak kebebasan ibu bapa. Bagi mereka yang tidak menyetujui dengan pendidikan yang disediakan di negara ini dan mereka berkemampuan dari segi material, mereka boleh menghantar anak-anak mereka belajar bukan saja di Singapura, tetapi di England, Amerika, Australia, New Zealand, Canada, German, Perancis, Rusia dan sebagainya. Biarlah mereka dengan ideal dan ilusi mereka. Tidak banyak mereka yang sedemikian. Mereka yang melihat apa yang sukar dan dikejauhan sebagai indah bermutu dan lupa yang dekat dan berhampiran adalah lebih bermutu. Sebenarnya tidak berlaku apa yang dikatakan sebagai `brain drain`, kerana berapa jauh mereka mengembara dan terpesona, akhirnya mereka akan kembali menjejak bumi nyata. Jumlah mereka ini jauh lebih kecil dari jumlah pelajar cemerlang yang melalui persekolahan Negara.

Sebenarnya pengajian peringkat sekolah- rendah hingga menengah, penting di dalam memupuk nilai, budaya, integrasi, kecintaan dan penyatuan bangsa. Hasrat ini dapat dikatakan hampir tercapai, walaupun tidak dapat dikatakan sepenuhnya. Sekiranya beberapa polisi kerajaan misalnya mewujudkan sekolah-sekolah integrasi antara kaum setakat ini tidak/belum mencapai kejayaan, adalah dibimbangkan pembukaan sekolah antarabangsa akan lebih melebarkan jurang antara kaum dan antara yang berada dengan yang tidak berada. Untuk menguasai bahasa-bahasa dan memahami berbagai budaya peringkat ini boleh dicapai pada peringkat selepas pengajian persekolahan, iaitu pada peringkat pengajian tinggi baik di dalam maupun di luar Negara.

5. Usaha Me`Malenglish`kan Malaysia ?

Kita melihat usaha membuka ruang kepada perkembangan sekolah antarabangsa di Negara ini adalah merupakan rangkaian teratur dari pihak yang mempunyai agenda khusus yang tidak menyenangi dasar pendidikan Negara dan mau me`Malenglish`kan dasar pendidikan Negara dan kalau boleh menjadikan Negara ini sebagai `Little England` atau `Little America` yang kononnya melambangkan Malaysia sebagai Negara maju.

Sebenarnya selepas merdeka, khususnya selepas 1970an dasar pendidikan negara telah berada di atas landasan yang betul. Hasil dari dasar ini telah mewujudkan 7 universiti terunggul di Negara ini dan mengeluarkan pelajar yang bermutu setanding kalaupun tidak lebih baik dari pelajar-pelajar yang terus dihantar ke luar Negara. Namun senario perubahan ekonomi dan politik berlaku selepas separuh kedua zaman pemerintahan Dr. Mahathir yang memperkenalkan dasar pengkoporatan dan penswastaan. Politik Umno bertukar dari pejuang-pejuangnya yang tulen kepada penguasaan secara langsung atau tidak langsung oleh kalangan koporat dan penswastaan. Kewangan menjadi perhitungan utama dalam politik lantaran itu berlakulah politik wang (rasuah politik). Wang menguasai pemilihan kepimpinan. Atas faktor komersil dari golongan koporat, swasta dan hartawan yang menguasai media melakukan tekanan agar polisi dan dasar bahasa diubah atas kepentingan komersil dan alasan globalisasi. Kehendak mereka berjaya apabila polisi menggunakan bahasa Inggeris bagi matapelajaran metametik dan sains dilaksanakan di sekolah-sekolah atas kehendak Dr. Mahathir dan diluluskan cabinet pada pertengahan 2002. Ianya dituruti penggunaannya secara bertahap hingga kepada peringkat pengajian tinggi. Polisi ini tidak saja melanggar dasar pelajaran, tetapi untuk jangka panjang melumpuhkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang telah berjaya dilaksanakan selama ini. Pada masa akan datang memperkatakan sesuatu ilmu secara akademik hatta bagi mata pelajaran sastera dan agama tidak dianggap ilmiah dan berprestage kalau tidak disampaikan di dalam bahasa Inggeris. Maruah bahasa Melayu akan menurun sebagai bahasa rakyat kelas bawahan. Perubahan polisi dari menggunakan bahasa Melayu di dalam Matematik dan Sains ke dalam bahasa Inggeris mendapat tentangan sebahagian dari rakyat. Seminar dan kongres diadakan bagi menyuarakan penentangan ini. Seperti Kongres Pendidikan Melayu ke 2 yang disertai lebih dari 1,000 cendikiawan yang menegaskan bahawa:

``Kongres Pendidikan Melayu Kedua menggesa kerajaan mengkaji semula penggunaan bahasa Inggeris sebagai kaedah pengajaran matapelajaran Matematik dan Sains di sekolah, kerana ia boleh mengancam kedaulatan bahasa dan jati diri bangsa Melayu.

Penggunaan bahasa Inggeris dalam Matematik dan Sains adalah kehendak politik, golongan elit koporat dan swasta. Di dalam hal ini dilihat usaha membuka peluang belajar di sekolah antarabangsa yang pada dasarnya menggunakan bahasa Inggeris adalah bagi mengukuhkan kedudukan bahasa Inggeris di dalam pembelajaran di Malaysia. Ianya merupakan pertambahan ruang bagi bahasa tersebut di dalam pendidikan di Malaysia. Sudah tentulah banyak lagi ruang akan dibuka bagi mengukuhkan bahasa Inggeris sebagai sistem pendidikan di Malaysia yang secara tidak langsung melumpuhkan bahasa Melayu yang akhirnya bertarap bahasa rakyat yang tidak berdaya ilmiah.

6. Globalisasi dan Hegemoni

Dengan tidak bersetuju dibuka sekolah antarabangsa kepada rakyat Malaysia, bukan bererti kita menentang peluang untuk rakyat mempelajari keilmuan, khususnya melalui bahasa Inggeris, kerana ada alternative yang lain di Negara ini bagi mereka mempelajarinya. Di dalam keadaan dunia tanpa sempadan dan pengaruh Negara yang kuat dengan kemajuan teknologi, intelektual, ekonomi, budaya dan telekomunikasi, kita dan bahagian dunia lain tidak dapat menolak kemaraan mereka dan terpaksa menerima, tetapi sewajarnya dengan pendekatan terbaik bagi kepentingan kita. Kemaraan secara globalisasi mereka. kita terima, umpamanya kita terpaksa mengakui akan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa dunia yang penting dan kita jadikannya sebagai part and parcel di dalam kurikulum pendidikan kita. Kita juga menerima pengaruh mereka di dalam bidang-bidang yang lain seperti teknologi, ekonomi, telekomunikasi dan sebagainya, tetapi kewaspadaan kita, jangan sampai kehadiran pengaruh luar secara globalisasi ini bersifat hegemoni terhadap kita. Membicarakan persoalan hegemoni ini Chandra Muzaffar mengatakan:

``… hegemony at the global level is sustained by a network of military, political, economic, cultural, media and academic elites functioning within different societies.`` (Global Ethic Or Global Hegemony ?, 2005: 118).

``This hegemonic worldview shaped by the West is further reinforced by ideas, concepts, standard and benchmarks which are rooted to a greater or lesser degree in the Western, more specifically, the American experience. Consequently, the non-Western intelligentsia have got into the habit of imbibling and absorbing, almost uncritically, the leading ideas on democracy and govermence, the market and the economy, education and health, art and architecture and indeed every other facet of life from western sources because we are psychologically convinced of their innet superiority. A defeated, dominated civilization has the tendency to try to imitate the hegemonic civilization

Pokoknya hegemony barat yang lebih superior di dalam berbagai bidang adalah satu bentuk penjajahan baru yang amat sukar ditangkis, bahkan terpaksa diterima bagi survival. Namun penerimaan kita seharus secara bijaksana dan terpilih dan penyesuaian agar dengan cara sedemikian kita dapat menyelamatkan identiti Negara, budaya dan bangsa kita. Seharusnya kita menyedari bahawa globalisasi dan dunia tanpa sempadan adalah:

``Globalisation is more than the spread of neo-liberalism. Thre are also other processes embedded within it. One of these is cultural, i.e. the homogenization of cultures which often threatens the national identities of many countries that have difficulties in coping with it. This is not to say that national cultures would be wiped out by the globalizing processes. However, there is the strong tendency of their marginalization and commodification, thus creating an identity crises.

7. Pertahan Identiti

Di dalam hal ini kita tidak menyetujui dibuka sekolah antarabangsa kepada rakyat Malaysia secara bebas, kerana ianya mengundang kontradiksi dengan dasar pelajaran Negara, melahirkan golongan pelajar elit yang marginal dan ego dengan pengajian mereka dan asing dari didikan dan budaya masyarakat Malaysia. Kita juga tidak setuju dengan mewajibkan penggunaan bahasa Inggeris di dalam matapelajaran Matematik dan Sains, kerana ianya membunuh kemampuan bahasa Melayu di dalam bidang-bidang berkenaan yang ternyata selama ini berkemampuan. Pengukuhan bahasa Inggeris dapat dilakukan dengan berbagai-bagai pendekatan yang lain. Kita perlu mengukuhkan dasar pelajaran yang bersifat Malaysia, beridentiti Malaysia dan tidak dihegemoni oleh Barat. Kalau pelajar luar datang ke Malaysia, mereka perlu dapat menikmati pelajaran secara menu Malaysia, bukan sebagai citarasa barat berada di bumi asing hasil dari globalisasi dan hegemoni Barat. Kita tidak patut melayan kehendak segelintir golongan elit dengan mengorbankan dasar pelajaran Negara yang bersifat Malaysia yang berakar pada rakyat dan Negara ini.

Bangi,

5 J. Awal 1427

2 Jun 2006.
`` (Globalisation Culture & Inequalities, Bangi, 2004: 20)..`` (Ibid. pp. 120-121).Secara lanjutnya beliau mengatakan:`` (MM, Ahad 27 Mac 2005: 11). Berbagai fakta dikemukakan termasuk pendapat UNESCO bahawa penggunaan bahasa Ibunda paling sesuai digunakan bagi pembelajaran anak-anak dan setengah juta pelajar akan tercicir. Namun atas kemahuan golongan elit, koporat dan kuasa politik suara dan desakan rakyat disepikan. Dasar ini masih dipersoalkan. Kajian secara ilmiah di atas kemampuan, keberkesanan dan kemahiran pelajar menggunakan bahasa Inggeris tidak dilakukan. Keputusan peperiksaan yang dijalankan tidak boleh dijadikan ukuran, kerana lebih dari 80% murid-murid memilih membuat jawapan di dalam bahasa Melayu yang dibolehkan. Manakala keputusan berdasarkan graft yang angkubahnya berdasarkan peratusan pencapaian, bukan pada tingginya jawapan yang betul. Jika peratusan jawapan serendah 19%, maka pencapaian 19 markah katakan matematik sebagai pencapaian gred A + dan makin menurun ke bawah..`` (NST, Friday May 19, 2006: 6). .`` ((NST, Friday May 19, 2006: 6).

No comments:

Post a Comment