December 15, 2019

BERBAGAI PROGRAM DALAM CUTI PANJANG SEKOLAH


 BERBAGAI PROGRAM DALAM CUTI PAJANG SEKOLAH
(Fikrah Bangi: 423),
BBB: 18 R.Akhir 1441H. 15 Disember 2019M. (Ahad).
Dalam masa cuti panjang sekolah ini berbagai pihak datang ke Masjid Al-Umm untuk mendapat kerjasama dengan masjid yang sudah tentu  mengurangkan kos dan memberi faedah kepada semua pihak. Tidak semua permohonan atau tawaran diterima oleh masjid, melainkan perkara yang difikirkan memberi faedah kepada ramai pihak.
Pada minggu ini ke penghujungnya pada hari ini masjid memberi kerjasama kepada:
Pertama Lembaga Zakat Selangor – Cawangan Hulu Langat bagi melaksanakan Program Agihan Bantuan Pendidikan Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2020 – Operasi Agihan Daerah Hulu Langat yang dilakukan beberapa tempat yang tarikhnya berlainan, tetapi untuk  bertempat di Masjid Al-Umm ialah bertarikh 12 Disember 2019 – Masa antara jam 9.00 hingga 12.30 tengahari.
Dalam ucapan alu-aluan Nazir Masjid Al-Umm sedia bekerjasama  bagi segala program yang memberi manfaat kepada masyarakat, termasuk pengagihan zakat persekolahan. Menurut Ustaz  Salahuddin Azmi bahagian Operasi Pengagihan  Zakat bagi persediaan Peresekolahan, bahawa bagi persediaan tahun 2020 ini melibatkan 30,000 ketua keluarga yang melibatkan peruntukan sebanyak RM35 juta ringgit. Bagi penyampaian di Masjid Al-Umm pada hari ini melibatkan2,022 ketua keluarga dengan peruntukan RM1,681,650.00. Kehadiran keluarga dan anak-anak  dan keluarga memenuhi masjid. Nazir menyampaikan pengaihan token dan diteruskan oleh pegawai hingga tengahari. Sesungguhnya bantuan dapat meringankan ibu bapa bagi persediaan sesi persekolahan bagi 2020.
Kedua ialah kerjasama dengan pihak ABIM Bandar Baru Bangi yang menawarkan khidmat berkhitan kepada anak-anak sekitar Bandar Baru Bangi dengan bayaran minimum sebanyak RM50.00 sahaja ianya  berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Al-Umm. Seramai 50 anak-anak menyertai khidmat khitan dengan kerjasama doktor-doktor perubatan  sekitar Bangi
Majlis pelancaran dilakukan oleh ADUN Sungai Ramal YB Tuan Haji Mazwan Johar. Selepas itu perarakan dilakukan mengelilingi kawasan Masjid Al-Umm kemudian mereka dipancut air dari khidmat yang dilakukan oleh pihak Jabatan Bomba, Bandar Baru Bangi. Majlis berkhitan berterusan hingga 12.00  tengahari.
Majlis ketiga pada hari ini (Ahad 15 Disember) pihak Kelab Raudhah al-Huffaz yang mendapat tajaan dari MAIS bekerjasam dengan Masjid Al-Umm bagi menjalankan perogram Lestari Adab Pacu Peradaban. Program ini berlangsung di Dewan Solat Masjid Al-Umm dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari – Solat zohor.
Antara program yang disusun ialah:
Forum Lestari Adab ibu bapa dan Remaja
Diikuti aktiviti Ramaja dan Kanak-Kanak.
Diikuti jam 10.30 pag - Keunikan dan Taklimat mengenai Ilmu Falak dari bahagian Ilmu Falak, Jabatan Mufti,  Negeri Selangor.
Terakhir ceramah dari tajaan Pusat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga, Negeri Selangor.
Majlis penutup dan makan tengahari.
Pihak masjid dijemput ke Majlis Penutup pada tengahari sebelm solat zohor.
Sekian.

No comments:

Post a Comment