EKSPLORASI KHAZANAH AL-QUR`AN
(Fikrah Bangi: 417),
BBB: 11 R.Akhir 1441H. = 08 Disember 2019M.
(Ahad).,
Program di atas
adalah berlangsung di Masjid al-Umm pada hari Sabtu 7 Disember semalam. Program
yang dikenali dengan Eksplorasi Al-Qur`an ini adalah merupakan kerjasama antara
Pusat Kajian Al-Qur`an dan Al-Sunnah Universiti Kebangsaan Malaysia dan Masjid
Al-Umm. Usaha kerjasama ini berlaku selepas pihak Kumpulan Pelajar Master Pusat
berkenaan menemui pihak Nazir Masjid untuk mendapat kerjasama bagi menganjurkan
Eksplosai di atas. Surat cadangan telah dikemukakan kepada Nazir pada
16.10.2019. Perkara ini dibawa ke dalam Mesyuarat Tadbir Urus dan Pengimarahan
Masjid Al-Umm kali ke 11 bertarikh 22
November 2019 dan dipersetujui oleh Ahli Jawatankuasa.
Konsep Ekslorasi, bahawa Kumpulan Pelajar
Ijazah menganjurkan Program (Syarat bagi kelayakan penerusan pengajian siswazah). Ini merupakan kali ke 7
bagi kumpulan siswazah yang mengadakan program setiap tahun bagi kumpulan
siswazah berlainan bagi setiap tahun. Program kali ini dengan kerjasama Masjid Al-Umm, bahawa
pelajar-pelajar membuat kajian terhadap 5 surah pilihan untuk dibuat kajian dan
dibentangklan di dalam Seminar atau Program yang dipersetujui diadakan pada
Sabtu 7 Disember bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 6.00 petang. Li,ma surah
yang akan dikaji dan dinentangkan ialah Surah al-Kahfi, al-Sajadah, Yasin. Al-Waqi`ah
dan Surah al-Mulk.
Pihak Masjid menyediakan ruang dan publisiti
dan pendaftaran. Adalah dijangka peserta sekitar 70 orang. Bayaran bagi peserta
dewasa RM30.00 seorang, manakala bagi pelajar ialah RM20.00. Tempat dijangkana
berlangsung ialah di Bilik Seminar di aras satu Masjid. Walau bagaimana sesudah
dua kali pengumuman di buat sebelum solat Juma`at dan borang pesaerta
dikeluarkan untuk diisi, maka jumlah peserta ialah 140 orang, lantaran itu
tempat program berkenaan ditukar kepada Dewan Serbaguna Tingkat Bawah Tanah
Masjid Al-Umm.
Sebagaimana duijangka, sejak 7.30 pagi
pendaftaran berlaku. Seminar sebelah pagi dari 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari
3 kertas dibentangkan, iaitu: ``Tafsir maudhu`i Surah al-Kahfi dsibentangkan oleh
Ustaz Sya`ari Abdul Rahman. Kedua Tafsir maudhu`i Surah al-Sajadah dibentangkan
oleh Ustaz Muhammad Iqbal dan Ustaz Syaiful Naim, manakala kertas ketiga
sebelum rehat, makan tengahari dan solat zohor ialah tafsir maudhu`i Surah
Yaasin oleh Ustaz `Uzair dan Ustaz Ahmad. Selepas pembentangan dilakukan diadakan soal jawan
sebelum setiap sesi bermula.
Pada saebelah petang (2.00 – 4.00 petang) dua
kertas terakhir dibentangkan iaitu tafsir maudhu`i Surah al-Waqi`ah dintengkan
oleh Ustaz Azren dan Ustaz Syahrul Azmi, manakala kertasterakhir iaitu tafsir
maudhui Surah al-Mulk dibentang oleh Ustazah Syamimi Amira dan Ustazah Aisyah.
Program berjalan lancar dengan peserta setia di tempat seminar berkekalan .
Perjalanan majlis dipantau oleh Pensyarah yang membuat penilaian markah
terhadap pembentangan, Peserta ada yang sengaja datang dari Kemanman dan
Kelang.
Selepas solat `Asar diadakan majlis penutup
dari jam 5.00 -6.00 petang. Saudara Uzair pengarah program menyampaikan ucapan
dan menjemputr Dr Wan Nasyruddin sebagai
Penasihat Seminar menyampaikan ucapan berterima kasih di atas kerjasama pihak
masjid dengan pihak Bahagian Kajian
Al-Qur`an dan Al-Sunnah UKM dan
mengharapkan kerjasama seperti ini berterusan. Sebagai ucapan balas, bahawa
pihak masjid memang memberi tumpuan kepada bidang ibadat, keilmuan dan
kemasyarakatan. Kerjasama ini adalah menepati dengan tumpuan bidang keilmuan
yang kegiatan adalah berterusan, Pihak masjid sedia bekerjasama
mengkaji Al-Qur`an sebagaimana yang dijalankan, Jika bersesuaian pihak masjid
sedia menyediakan satu slot pengajaran di dalam bidang tafsier al-Qur`an sekali
sebulan. Nazir Masjid al-Umm diberi penghormatan menutup Seminar Eksplorasi
Al-Qur`an. Turut sama kedua pihak menyampaikan cerderamata..
Pada malamnya Ustaz Nassyruddin mengisi kuliah
maghrib kepada jama`ah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment