KEMELUT 1969: MEMBUKA ERA PEMBANGUNAN
(Fikrah Bangi: 429),
BBB:
25 R. AKHIR 1441h. = 22 Disember 2019M. (Ahad).
Telah dibicarakan bahawa Tengku Abdul Rahman sebagai Bapa Kemerdekaan,
tetapi adea kelemahan-kelemahan dari segi kepimpinannya. Beliau tidak peka
tentang kepincangan ekonomi yang dihadapi masyakat. Beliau juga tidak peka
dengan aspirasi masyarakat yang berjuang bagi mengisi kemerdekaan dengan wadah
kebangsaan seperti penggunaan bahaswa Merlayu sebagai bahasa rasmi dan
kebangsaan. Beliau juga tidak peka dengan hasrat rakyat mau dilaksanakan Dasar
Pelajaran yang digariskan di dalam Penyata Razak (1956). Anatara semua faktor
jurang ekonomi yang ketara antara penduduk luar bandar yang kebetulan ialah
orangMelayu dan juga India,manakala di bandar didominasi oleh satu kaum, iaitu orang
Cina. Kemelut ini membuak dan belaku rusuhan yang dkenali dengan 13 Mei 1969.
Akibat dari peristiwa ini membawa kepada
kejatuhan Tunku Abdul Rahman dan meletakkan negara di dalam pemerintahan
MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) yang diketuai oleh Datuk Abdul Razakj yang
kemudian mengambilalih pimpinan negara. Mulai dari masa itu belaku pemerintahan
secara pemerintahan Kerajaan Campuran yang disertai semua parti pada m,asa itu.
Mulai dari masa itu berlaku perubahan
besar. Dari segi pe;ajaram rancangan bagi menbuhkan Universiti Kebangsaan yang
selama ini tertangguh dirasmikan pada 18 Mei 1970, dengan meminjam Maktab
Perguruan di Jalan Pantai, Kuaa Lumpur sebagai kampus sementara. Serentak
dengan itu berlaku perlaksanaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan
kebangsaan. Berikut dari penubuhan UKM, maka semua universiti pada masa itu dan
yang ditubuhkan selepas daripada itu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
rasmi. Sekolah-sekolah menengah Melayu sebagai sekolah menengah kebangsaan
bertambah selari dengan keluaran pelajar dari sekolahrendah yang menyambng
pengajian kepada peringkat menengah seterusnya ke universiti.
Bagi membela masyarakat Melayu luat bandar
yang ketinggalan dari segi ekonomi dan pelajaran, Pembangunan Luar Bandar
dilancarkan, iaitu pembukaan tanah secara besar-besaran seperti pembukaan tanah di Lembah Belot di Pahang secata
besar-besaran, termasuk pembukaan tanah di kawasan-kawasan yang lain.. Projek
tanah yang dikenali dengan Felda (1973) juga dilancarkan
Hasil dari Kongres Bumiputra, naka dilancarkan
MARA (1973). Mara melibatkan berbaga-bagai
kegiatan ekonomi seperti perusahaan dan perniagaan, bahkan di bawah Mara juga
ditubukan bidang pelajaran seperti mengadakan bidang pndidikan yang
menghasilkan ITM dan cawangan-cawangan
di samping bimbingan di dala bidang usahawan dan perniagaan.
Krlulusan dari pengajian Mara, antara mereka dihantar ke luar negara
bagi menyambung pengajian di dalam berbagai-bagai bidang. Sebagai hasilnya, jurang
di dalam pendiikan antara kaum dapat dikurang dan dirapatkan.
Pada masa Datuk Razak, beliau tidak
berkesempatan menghasilkan projek-projek mega dari bangunan-bangunan tinggi
atau jalanrayayang panjang, tetapi
beliau berjaya meletakkan asas bagi pembangunan bangsaMalaysia yang terdiri dai
bidang ekonomi, pelajaran dan kemasyarakatan.. Biarpun beliau tidak lama dalam
pemerintahan (m. 1974), beliau berjaya
mengasaskan dasar –dasar yang kukuh dari segi ekonomi pendidikan, politik dan
kemasyarakatan/
Sekian.
No comments:
Post a Comment